Selagi belum kiamat bertambah ramai manusia berani
.Berani terhadap Allah.Mereka yang berani terhadap Allah ialah mereka menentang
undang-undang Allah atau apa sahaja daripada Allah.Menentang secara terus
terang,munafik atau senda gurau kata yang mengakkan bulu roma.
Selepas Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015)
diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Kita telah melihat ramai
orang telah menjadi gila dan setengahnya telah mengikut atau menyempurnakan
tugas syaitan.
Pelbagai ayat percakapan dan
perbuatan telah dilakukan oleh manusia samaada
yang telah melafazkan syahadah atau yang kafir. Kesemua kearah tidak yakin terhadap apa yang
dijelaskan Allah melalui Al-Quran. Di mana letaknya aqidah mereka yang
berterusan mempertikaikan enkmen Jenayah Syariah itu.
Kita tahu enakmen jenayah
ini mungkin tidak dapat diluluskan segera kerana masalah berkaitan
pelbagai prosedur terutama melibatkan sokongan 2/3 ahli parlimen,tidak selari
dengan perlembagaan persekutuan serta kuasa mahkamah sivil berkaitan jenayah.
Harus di ingat orang melayu telah
mengaku seorang islam sekurang-kurangnya tercatat dalam perlembagaan,walaupun
di pertikaikan islamnya,namun sewajarnya menyokong Enakmen ini untuk
diluluskan.
Inilah sebagai satu usaha kita menegakkan undang-undang Allah.Jadikan tentangan dari mereka yang kafir sebagai ujian Allah terhadap usaha kita dan selanjutnya kita sebagai islamyang penting pasrah - termaktub atau tidak enakmen mungkin kehendak Allah. Yang penting ada usaha sebahagian orang islam di negara ini kearah kehendak Allah .
Inilah sebagai satu usaha kita menegakkan undang-undang Allah.Jadikan tentangan dari mereka yang kafir sebagai ujian Allah terhadap usaha kita dan selanjutnya kita sebagai islamyang penting pasrah - termaktub atau tidak enakmen mungkin kehendak Allah. Yang penting ada usaha sebahagian orang islam di negara ini kearah kehendak Allah .
Yang kafir sudah sedia maklum
tidak akan bersetuju apa yang di buat oleh orang islam .Pertama disebabkan
mereka jahil dan seterusnya memang mereka tidak menerima Allah sebagai
tuhannya.Manakala yang menghairankan mereka yang mengaku islam tetapi tidak
berkeyakinan apa yang PAS bawa adalah hukum Allah.
Undang-undang itu adalah undang
–undang Allah di bawa oleh parti politik PAS ke dewan undangan negeri dan mungkin
juga dengan persetujuan wakil rakyat yang islam di bentangkan di parlimen.
Kita tidak usah membuat tafsiran
sendiri bahawa undang-undang ini dicipta oleh mereka berkepentingan politik.Rujuk
kepada ustaz-ustaz atau ulama’-ulama’
yang hidup dan matinya kerana Allah, bagi mengesahkan kebenarannya.
Tidak perlu menerangkan dengan detail pelbagai kebaikan enakmen jenayah
ini kerana sebagai orang islam yang aqidah kita berkeyakinan Al-Quran itu benar
dan lengkap.Tidak perlu mempersoalkan rahsia Allah kerana ilmu manusia tidak
mencapai ketahap bijaksana penciptanya.
Tidak usah manusia yang
berpengetahuan besar zarah, berbanding dengan kebesaran Allah seolah-olah menjadikan seorang
guru tadika dengan kepetahan muridnya yang terlalu agrasif dengan soalan hingga guru
mencapai tahap migrain. Kita disuruh patuh apa yang Quran suruh. Bukan suruh
melontarkan pertanyaan betulkah apa yang quran sarankan.Siapakah kita dibumi
Allah ini.
Walaupun kita berilmu dan mahir
sesuatu ilmu lebih-lebih lagi ilmu dunia jangan sekali membodohkan orang lain,kerana
kita masih serba kekurangan dari ilmu yang lain, terutama ilmu Allah.Sikap
dengar dan patuh perlu ada dalam memahami dan menghayati arahan Allah kerana
manusia tidak mengenali rahsia Allah, apa yang berlaku hari
ini,esok,lusa,setahun atau lebih kompleks lagi apa yang berlaku beberapa saat
akan datang kesemuanya luar jangkaan manusia.
Suka membandingkan atau
menyamakan sikap penganut agama lain dengan penganut islam bukan perangai atau manusia yang beriktikad luhur terhadap
agama Allah.Nyata keyakinannya terhadap ayat ini dalam Quran telah tergugat .
Ayat-ayat percakapan yang sering
dilontarkan , hukum tidak sesuai ,hudud PAS, hudud politik ciptaan mereka
sendiri.serta lebih teruk lagi hudud
tidak terdapat dalam Al-Quran masih kedengaran melalui tukang canang keyakinan walaupun ketua golongan ini telah
beransur-ansur kendur kerana usia.
Tidak kedengaran rakyat Malaysia
terutama mereka yang melabelkan hudud PAS menyatakan hudud yang diguna-pakai di
Brunei adalah Hudud Brunei atau hudud sultan Brunei .
Enakmen Jenayah ini tidak adil bagi mereka yang suka berzina,melanggan
pelacur kelab malam, penagih arak tegar, mencuri ,merompak dan perasuah, membunuh
sesama manusia . Apabila enakmen ini diluluskan kebanyakan perkara mungkar sebagini
dilakukan oleh mereka yang bersuara lantang membantah dengan mencabar kewibawaan
undang-undang Allah ini.Kita tahu golongan ini anak-beranak,cucu-cicit dan mereka sendiri mencintai atau telah menjadi darah daging mereka melanggan perbuatan maksiat.
Fikirkan keadaan sekarang terdapat ramai anak
luar nikah ,atau bolehkah di nafikan ramai dikalangan anak-anak yang remaja tidak berzina,murid sekolah menengah
mengandung tanpa diketahui bapanya,kesan pergaulan bebas melakukan kerja mukah serta tidak takut hukuman anjuran atau ciptaan manusia.
Hukuman yang
sesuai dengan kesalahan yang dilakukan hanya hukuman yang datang dari Allah
melalui Nabi kita Muhammad SAW yang
berbentuk firman Allah iaitu Al-Quran.Manusia di cipta oleh Allah maka Allah
yang berkuasa, tentu tahu hukuman yang adil kepada hambanya.Menggunakan otak dan
pandangan mata sahaja tidak akan dapat menikmati rahsia disebalik kejam
mencabar perikemanusiaan.
Undang-undang
Allah adalah undang-undang tertinggi untuk makhluknya di dunia dan akhirat.Usah
cuba dipertikaikan.Tidak usah dicari
bukti kebenaran atau keadilan enakmen ini kerana Allah melalui Rasulnya
Muhammad SAW telah memperlihatkan hasilnya lebih 1430 tahun lalu malahan ada di
antara negara didunia sekarang melaksanakannya tanpa masalah.
Usaha beberapa orang rakyat Malaysia membentangkan Enakmen jenayah ini adalah satu usaha murni yang pasti direstui oleh Allah .Mereka yang menyokong usaha ini tahu seperti menanti orang dahulu,mengejar orang kemudian, namun mereka semua tahu adanya sembunyi-sembunyi puyuh,kepala tersorok,ekor kelihatan.
No comments:
Post a Comment