Monday, October 27, 2014

REZAB MELAYU -menang sorak kampung tergadai.....







Kenapa PEMIMPIN MELAYU PANDAI BERLAKON TERHADAP RAKYAT. Lulus rezab melayu digadaikan kepada bangsa lain dalam masa yang sama buat tidak tahu rezab melayu telah susut,serta mengadakan forum mendesak  membuat kajian dan mengganti semula.

Apakah ini satu cara menghitamkan pandangan rakyat atau melindungi kesalahan lebih 57 tahun yang lalu. Berlagak membela bangsa - itulah melayu yang mengaku tanah air ini miliknya tetapi  tidak segan silu menggadaikannya.

Fikirkan  - tanah rezab melayu diluluskan oleh menteri besar dan barisan exconya untuk dimajukan oleh pemaju bukan bumi  dan dijual kepada bukan bumi.Lebih tepat lagi membatalkan syarat-syarat yang menghalang tanah rezab melayu dijual-beli kepada sesiapa sahaja.

Biasanya aset yang dibina atas tanah rezab melayu sebelum dijual kepada bukan bumi maka diisytiharkan atau ditawarkan kepada bumiputra terlebih dahulu dengan  potongan harga RM5000 ke bawah . 

Mereka yang membuat tawaran itu telah banyak pengalaman. Pengurangan RM5000 atau lebih RM10,000.00 pun di sambut dingin atau lebih tepat lagi tidak dipedulikan oleh bumiputra kerana kewangan yang terhad.

Pastinya harga lebih ½ juta  bagi mereka  yang miskin di negara sendiri ini, tidak mampu memiliknya.Pemaju dan badan eksekutif kerajaan negeri ,telah maklum  terhadap kemampuan  atau kuasa beli bumiputra. 

Program penswastaan pembangunan hartanah sebagai program menyusutkan rezab melayu, dan program  pemimpin mengutip honorium sebagai hadiah meluluskannya.Tepuk dada tanya ringgit membuatkan rezab melayu menyusut dan tidak akan berganti dulu kini dan selamanya.

Lihat negeri beradat (Negeri Sembilan) daerah jempol sebagai contoh ,dimana agaknya tanah rezab melayu Siapa pemilik tanah yang telah menjadi jutawan jual beli tanah. Siapa eksekutif kerajaan negeri yang berkuasa meluluskannya.

Pemimpin  melayu tidak usah mengubah mimik muka dari kegembiraan hasil tanah rezab melayu kepada mod sedih dan melahirkan simpati atas kehilangan rezab melayu yang tidak berganti.

Ditertawakan oleh bangsa-bangsa lain yang kaya di Malaysia ini,melihat gelagat eksekutif kerajaan melayu, yang sentiasa kehausan wang boleh dijual beli kuasanya ,sanggup menggadaikan tanah  untuk masa depan bangsanya.

Saya cukup meluat melihat apa yang  berlaku di Pusat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di Kuala Lumpur, yang berjaya mengumpulkan mereka yang hipokrit, munafik  berkaitan kehilangan rezab melayu.

Melayu perlu ambil iktibar kisah pak pandir menang sorak,kampung tergadai.

Saturday, October 18, 2014

Negaraku Malaysia






Ya !..atau tidak ! ..saya tak tahu


“Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) menaja kos bersalin pelakon jelita Rozita Che Wan
Bagi  orang miskin artis Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan hendak beranak “.

Itulah di negara ini yang sudah kaya dikayakan lagi. Lagi satu .. janganlah di publisiti kan.Mereka yang miskin dan tidak mampu tentu menitis airmata apabila membaca dan memuhasabah diri.

Mereka  hanya mampu bersalin di hospital kerajaan, sentiasa disindir-sindir oleh kakitangan hospital, terutama yang beranak ramai dan kerap ke hospital yang sama.Beranak pula kurang lebih setahun sekali.


Agaknya yalah ni…

Empat wanita dipercayai pelancong asing yang didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di Port Dickson semalam sedang dikesan”.

Menurut ceritanya tanpa sarung dada.Apa yang hendak dikisahkan lagi kerana dunia nak kiamat.Bukan sahaja pelancong asing, rakyat tempatan pun sudah biasa keluar tanpa sarung peha dan sarung dada.
 
Jangan di larang mereka ini .Apa tindakan kita ialah diseru orang ramai datang beramai-ramai melihat keadaan mereka yang berperangai bukan sebagai manusia itu. Kiranya mereka siuman pasti akan terkial-kial mencari pakaian menutup auratnya. 

Kiranya mereka masih tidak berubah, datang lebih hampir kearah mereka, sehingga mereka tersedar dari naluri kemanusiaan. Tindakan ramai-ramai rakyat tempatan ini sebaiknya dilakukan kepada siapa sahaja manusia yang menganggap dirinya siuman melakukan perangai tidak senonoh.

Manusia..

“TUNKU  Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini semalam, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)”.

Apabila manusia gembira hilang apa yang menghalang untuk melahirkan kembiraan.Ada yang sujud syukur, solat syukur ,mengucapkan Alhamdulilah,berdoa dan sebagainya.

Sebagai manusia di suruh menjaga akhlaknya apabila berada dimana-mana sahaja dia berada dunia ini,sama ada waktu gembira atau dukacita.


Tengku…Tengku.. Tengku…
“Saya sebut dalam masalah yang dihadapi oleh orang kita, orang Melayu/Bumiputera adalah sikap kita… jadi selagi kita tidak ubah sikap selama inilah kita akan ketinggalan. Saya ingatkan orang kita supaya ubah sikap, letakkan nilai yang patut supaya kita tidak jadi pengemis di negara sendiri.”

“Kita berlagak,  tapi poket kita kosong, nilai ringgit sudah mengecil, inflasi kos hidup atasi kemampuan sikap tetapi  kita tetap tidak berubah… tetap  boros berbelanja,” Tengku Razaleigh Hamzah

Macam mana orang melayu hendak berubah tengku,pendapatan bekerja dengan kerajaan gaji permulaan RM850.00/sebulan,menorah getah RM1.80.kg  dengan maksima 30kg/hari bekerja maksima 15 hari. 

Menuai sawit 6m/tan sebulan dengan harga RM300.00.Berniaga hanya layak menguruskan perniagaan gerai- gerai di kawasan pinggir Bandar.Tidak layak memiliki kedai perniagaan di Bandar yang sewa RM5000 sebulan atau hendak membeli sebuah dari deretan kedai di Bandar harganya RM 700,000 ke atas.

Macam mana pulak tengku hendak dikatakan orang melayu berlagak dan boros.Orang melayu yang berlagak dan boros adalah melayu yang jadi wakil rakyat ,bekas wakil rakyat atau orang-orang kuat parti tengku ,yang dulu  berniaga kecil, kedai kasut, restaurant  yang sudah pun bangkrap ,bermula hanya pakai satu kereta buruk, dan rumah tiga bilik atap zing/ardex,kini mempunyai 2 atau 3 kereta mewah serta rumah banglow punya 4 atau 5 bilik dua tingkat.

Sepatutnya tengku aturkan dari tengku mula ada kuasa supaya orang melayu sentiasa meningkatkan pendapatan dan usahakan supaya memilikit gedung perniagaan di bandar-bandar. Hari ini orang melayu hendak bersaing dengan perniaga cina atau india bukan sahaja jauh api dari panggang tetapi ibarat jarak antara bumi dengan langit.Mustahil ada persaingan.

Tuesday, October 14, 2014

Semua parti politik Malaysia sama .



Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang mengudang krisis keyakinan terhadap beberapa perkara berkaitan politik tanah air. Terlalu banyak perkara geram masam dari senyum sumbing yang dilalui dan didengar terutama melalui media.

Kalau dahulunya boleh tidak diambil pusing kiranya media kerajaan pemerintah membicarakan atau mengulas dan memburukkan individu atau parti politik yang tidak sebulu  menurut citarasanya, tetapi media yang saya kira bebas turut melahirkan nada yang sama berkaitan politik tanah air.

Apa yang perlu diperkatakan, adalah tidak ada lagi parti politik yang terbaik untuk disertai  dan dianuti perjuangannya, selepas setahun pilihanraya ke13 berlalu. Banyak perkara,perbuatan dan cakap yang tidak senonoh dilakukan oleh individu dan pemimpin politik, seterusnya mencabar dan menyentuh perasaan  dan fikiran.

Politik yang sedang memerintah hari ini  tidak perlu diperkatakan atau di ulas nada sumbingnya kepimpinan dan pemimipinnya terhadap negara ini. Sedia maklum telah lebih setengah abad berkuasa.Kisahnya hari ini adalah sikap pemimpin, serta dasar parti  selain dari parti pemerintah persekutuan itu.

Merujuk politik kumpulan parti ini –PKR,DAP dan PAS iaitu yang menggelar diri mereka Pakatan Rakyat.Saya kira pakatan yang sentiasa bermuafakat membina sebuah rumah yang rumahnya sudah siap masih ada bunyi tukul dan pahat,.melahirkan hutan" tinjau belukar".

Langkah Kajang  peringkat awalnya, hati ini bersikap positif terhadap perancangan PKR,dengan mengambil kira tentunya ada sesuatu perancangan terbaik tersembunyi yang akan diadakan terutama memandangkan terkorbannya gelaran yang berhormat seorang wakil rakyatnya.

Beberapa hari kemudian hati ini berwajah nagatif, terus berdetik ada niat seseorang untuk menunjukkan kuasa di negeri Selangor bila angan-angan pencalonan ketua umum PKR  diuar-uarkan.  Nyata mula hati ini tidak menerima perancangan yang mengorbankan kepercayaan pengundi Kajang khasnya dan rakyat Selangor amnya.

Meneruskan kebencian, semasa PKR mengadakan pemilihan pemimpin, tidak cukup saya menggelengkan kepala dan mengerut muka terus saya melepaskan geram dimeja bila melihat perangai ahlinya macam lembu liar menguruskan dan menjalani pemilihan.Budaya seorang gila menjadi ikutan .Terus menjadi tidak siuman bukan sahaja disatu lokasi pemilihan malahan dua,tiga,empat  seterusnya semua lokasi.

Kemelut gila kuasa di Selangor mengundang kembali sejarah hati ini pada tahun 1998 yang dulu mempercayai parti politik yang dianggap parti politik dulu kini dan selama-lamanya, bagi saya.Terus longlai apabila berlaku suasana negeri terbiar dilakukan oleh pemimpin berotak lembu.

Kesinambungan krisis keyakinan terhadap parti ialah sebuah parti politik yang perlembagaannya berasaskan islam yang saya yakini 100% kira-kira 10 tahun yang lalu menghadapi krisis dalam yang menjalar keluar.. Mengenali PAS kerana setiap ceramah yang disertai menekankan untuk menjadi setiap rakyat hidup di negara ini sebagai muslim sejati  bukan muslim pada sesuatu perkara atau sebahagian sahaja.

Sedihnya masih belum menjadi kenyataan,pemimpinnya telah mula berkecamuk pimpinannya yang tidak mencerminkan sebagai orang islam yang sabar dan mudah menuduh,bertindak dan berbicara berkaitan “pelahap dan barua “.

Parti pewaris ulama’ sepatutnya bersabar dari kemarahan kerana Nabi kita Muhamad S.A.W menjadi ikutan ,model yang tidak pernah menyakitkan perasaan orang lain. Sebagai pemimpin yang islam pegangannya tentu memaafkan kesalahan orang lain terutama dikalangan jemaah sendiri. Bila ada diantara jemaah terasa hati, tentu member kesan kepada parti terutama ada diantara mereka yang bertindak keluar parti.

Islam tidak ada istilah melukut tepi gantang .Semua memainkan peranan dan hati setiap ahli jemaah perlu dijaga  yang luar gantang di usahakan masuk dalam gantang

Inilah saat keyakinan terhadap parti ini luntur kerana pemimpinnya sama seperti pemimpin parti-parti politik yang ada di Malaysia yang jarang berbicara dan mengaitkan kegiatan dengan islam.Pemimpin parti politik lain selain parti agama melabelkan manusia lain "haramjadah",manakala pemimpin pewaris nabi yang pakar keislaman memanggil orang yang tidak setuju dengannya "pelahap dan barua".

Beberapa hari yang lalu selepas pembentangan bajet semua parti politik dengan pemimpinnya bertaraf ahli parlimen telah dinaikkan upahnya yang bernilai berbelas ribu ringgit.Tidak seorang pun ahlinya sama ada islam atau kafir menoleh kebelakang dan melihat kebawah,yang pengundi-pengundi hari ini mengalami masalah kenaikan harga barang seterusnya berbicara "tangguh dulu kenaikan kasihan masalah rakyat". sebaliknya apa yang kita dengar ..........
"Kenaikan elaun Anggota Parlimen adalah setimpal dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas mereka dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat." 

Aku mengambil kesimpulan lama 30 tahun lalu "aku tidak akan mengundi lagi kerana  tidak ada parti politik dan wakil rakyat yang sesuai".