Wednesday, February 19, 2014

pandangan mengikut otak yang cerdik sama bangang





Pandangan mengikut otak , ganjil ,gila telah bergema kembali dalam dunia Malaysia. Berbilion manusia di dunia ini  sejak  lebih 1400 tahun lalu menghayati islam yang sedia ada,tiba-tiba seorang rakyat  Malaysia dan beberapa orang  pengikutnya  mengadakan seminar mengenang kembali  hasil ajarannya.

Mereka sungguh berani  mengadakan seminar yang  fahaman telah di sahkan sesat oleh majlis fatwa. Mungkin yang merasmikan majlis tersebut bekas orang penting negara (beliau berkata Kassim (kanan) bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain) yang juga di akui oleh nabinya  itu adalah pengikutnya.
Apa perlunya menjawab pendapat otak Kasim Ahmad dan Mahathir serta pengikut yang lain yang mendakwa kelahiran ulama (kasta paderi) 300 tahun selepas Khalifah ar-Rasyidun sedangkan dia mengeluarkan idea otaknya lahir 1400 tahun selepas kematian (kasta paderi).
Tidak perlu ulama’ besar menjawab apa yang dikaji oleh kasim Ahmad cukuplah perbandingan jarak masa antara mereka hidup di dunia ini. Hukum akal, siapa dulu yang merasai masin,.manis, atau pahit.Pandangan mengikut otak ini yang cerdik pun jadi bangang
Majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa 18 tahun yang lalu tetapi kasim dan geng-geng seumur dengannya masih berpegang pada hujah selepas 1400 tahun yang dicipta dan dianutinya.
Orang awam cukuplah dengan mengosongkan otak dari pandangan idea agamanya,tetapi memadai menghayati karya sasteranya. Apa yang penting hari ini islam yang sedia ada telah mencukupi. Hanya kita perlu mengerjakan rukun-rukunnya.
Jangan mengikut langkah orang-orang yang kiranya mengikut kebiasaan hampir mengejar kubur.Mereka seperti ini ibarat syaitan yang dikenali yang terus mendampingi manusia agar bersama-sama dengannya di akhirat.

Tuesday, February 11, 2014

Keting bertemu keting .cukuplah cakap aduhhh!! sahaja.



 

Sukan di Malaysia ini sudah menjadi tempat orang melepaskan geram,melepaskan dendam,menunjukkan kuasa,dan melahirkan orang yang terhormat menjadi tidak siuman. 


Itulah diantara sebab utama sukan bola sepak,takraw,badminton,dan hoki di negara ini menjadi belasahan negara-negara yang satu ketika dulu menjadi bulian Malaysia di padang.


Lihat sahaja apa yang berlaku dari bermulanya liga bolasepak Malaysia hingga ke minggu ini pergaduhan setiap kali perlawanan. Gaduh antara pemain-pemain yang dalam padang berpanjangan ke luar padang. Pergaduhan diantara penyokong dalam stadium berterusan ke kenderaan pemain.

  
Turut berasa sedih kerana penglibatan manusia di Malaysia  hormati dan agung-agungkan keturunannya terus mencemarkan nawaitu sukan itu diwujudkan. Keadaan ini berlaku kerana taksubnya hendak kemenangan berterusan apabila modal ala perjudian berjuta-juta dikhuatiri terkorban.


Kemelut  pelbagai jenis sukan di Malaysia ini akan berterusan selagi  rakyat dan pemimpin badan sukan tidak berusaha mencari  jalan penyelesaian  sikap manusia yang tidak bertanggunjawab .Dulu sukan untuk negara ,sekarang sukan untuk perut beta.


Sudah sampai masanya rakyat jangan memanggil kembali tragedi sejarah Tun Besar anak Bendahara di bunuh akibat destar raja Mahmud  terkena bola raga hasil pemainan Tun Besar dalam sepak raga bulatan.

  
Pemainan rakyat biarlah rakyat sahaja yang terlibat,besar risikonya kiranya orang yang dianggap bangsawan oleh rakyat  mencampuri  urusan rakyat  yang di anggap hina-dina.  Sikap Penghormatan dan sanjungan kehilangan daulatnya apabila terus bergurau senda  serta mencemar duli melalui urusan sukan.Sukan tidak mengenal lawan berasaskan keturunan.

Sekiranya ingin meneruskan sikap bersukan memikirkan keterunan buat sahaja liga negeri masing-masing. Ketika itu keturunan boleh mengawal rakyatnya dengan menyepak-terajang mengikut kehendak antara beta dengan patik. Liga Malaysia tidak memerlukan perjanjian antara demang lebar daun dengan sang sepurba.Keting bertemu keting di padang cukup  dengan aduhhh! sahaja .


Saya terus menyatakan bolasepak Malaysia hari ini akan berterusan menjadi jaguh kampong dan gah dalam negara dan negeri, selagi keadaan kepimpinan badan tersebut  tidak dapat membezakan urusan rakyat dan urusan raja.


Badan sukan di negara ini memerlukan ilmu dari Korea,Jepun dan China  yang sentiasa cemerlang  dalam bidang sukan . Pasukan sepaktakraw dan badminton Korea telah menjadi  pencabar utama disamping Thailand, dalam pertandingan antarabangsa baru-baru ini. Di negara tersebut, tidak melibatkan mereka yang disanjungi tetapi terus global di persada dunia.

Wednesday, February 5, 2014

jangan teruskan dosa dari 1998-2013 demi mengajar PKR





Sejak wakil rayat DUN Kajang letak jawatan ramai orang UMNO dan Kerajaan mulai meroyan ,resah dan tidak duduk diam.Wartawan dari pelbagai media berkejar ke hulu dan hilir di  Selangor mencari berita yang menguntungkan majikan masing-masing.

Peringkat awal perletakan jawatan ADUN tersebut  manusia media  hanya pentingkan berita keperluan  Lee Chin Cheh letak jawatan sewaktu PKR menghadapi krisis MB selangor.Seterusnya semua manusia bagi pehak kerajaan dan media bertambah bernafsu apabila Anwar Ibrahim di cadangkan menggantikan Lee dari PKR.

Salah seorang orang kuat UMNO adalah Ahmad Mazalan –ketua penerangan UMNO  yang bertekad dan berjanji memburukkan Anwar  mengungkit kes liwat dan vedio lucah.Dia hendak menyambung lidah devil dikenali Mahathir (1998-2003) dan  Najib Razak (2008-2013). 

Ahmad Mazlan perlu di ingatkan jangan di tambah dosa fitnah yang sedia ada pada diri kita dengan melelong kes Anwar di DUN kajang.  Sebagai ketua penerangan UMNO tidak sepatutnya  dia bangkrap idea untuk kempen.Tidak terkira dosa orang UMNO dan pengikutnya kerana sikap yang berterusan mengaibkan orang.

Muhasabah diri dan cipta idea baru untuk mengambil hati pengundi di Kajang. Jumlah Pengundi: 38,965, Pecahan kaum: Melayu 48.48%, Cina 40.46%, India 10.15%.Untuk menang, Mazalan mesti menawan semula hati orang cina dan partinya tidak cukup hanya sekadar minta maaf kerana kelancangan Najib menyatakan dan melahirkan perkataan ‘sunami cina’.

Orang cina tidak member kesan dengan idea klasik menabur wang sebagaimana yang dilakukan sebelum pilihanraya ke 13  - berjumlah RM2 Juta dibelanjakan bagi menambah baik tiga buah SJKC . RM1 Juta bagi SJKC Aik Min, RM750,000 bagi SJKC Yuk Meng dan RM50,000 bagi SJKC Pei Hwa, selain RM200,000 sebagai dana permulaan bagi tabung pendidikan SJKC itu. Semua menjadi bahan ketawa bangsa yang terkaya di Malaysia ini.

Sebelum berbuat kerja-kerja terkutuk itu perlu merujuk ustaz-ustaz atau ulamak negara apakah tidak mengundang dosa kiranya menyebar fitnah dan mengaibkan.Dinasihatkan jangan sesekali merujuk ulamak berfahaman bughah.

Ahmad Mazalan perlu idea baru berkempen bagi menarik sokongan dun Kajang dengan melihat dan membongkar kelemahan PKR Selangor dan kerja pembangunan yang telah dilaksanakan.Isu peribadi calon wakil rakyat tidak menjadi pekong bagi mereka yang terpikat dan nekad terhadap parti. 

Tengok sahaja pilihanraya yang baru lalu calon yang rasuah, dan skandal terus terpilih .Isu peribadi bukan perkara yang boleh menjejaskan mod pengundi bagi memilih wakil rakyat.Lebih-lebih lagi pandangan terhadap parti serta suasana parti juga menjadi ukuran.

Peribadi Anwar bukan seperti yang digambarkan oleh Mahathir dan Najib melalui mahkamah dan juga bukan seperti gambaran pengkhianat politik yang sebelum ini bersama Anwar. Kenyataan ini boleh di ukur melalui pencapaian Anwar dari tahun 1998 hingga pilihanraya ke13. Belum  pernah mengubah majoriti  sokongan.

Oleh yang demikian Mazalan perlu berfikir ke arah penerusan dosa kerana politik atau mencari pahala demi politik.Keikhlasan hujah perlu dipaparkan dalam berkempen DUN Kajang kiranya ingin mengajar PKR yang terus mengajak pengundi menghabiskan wang rakyat RM1.6 juta lagi.