Sejak kerajaan Pakatan
Harapan mengambil alih pentadbiran
negara ramai syaitan-syaitan fitnah lahir dan,meroyan-royan berterusan
memburukkan individu dalam kerajaan dan urusan kerajaan keseluruhannya.. Mereka bersuara melalui whatssap group,laman sosial facebook
dan blog persendirian dan terbaru
mengadakan perhimpunan atas nama kebangkitan bangsa melayu dan islam.
Mereka masih tidak berpuashati
dengan proses demokrasi di jalankan di negara ini terutama kerajaan yang
memerintah 60 tahun lalu gagal memenangi
pilihanraya. Mereka yang mencurahkan perasaan melalui laman sosial itu masih
menepuk-nepok dada, menepuk kepala dan menumbuk-numbuk diding melahirkan
kekesalan.
Sepatutnya mereka berasa lega
kerana kerajaan baru mengganti kerajaan yang di sokongnya selama ini terdiri
dari pemimpin munafik yang hanya berikrar tidak makan satu sen duit rakyat
rupanya manusia perompak,penipu rakyat.
Sebelum pilihanraya ke 14 kerana
terlalu taksub kepada satu-satu parti politik dan individu pemimpinnya telah membuatkan dikalangan mereka yang memuja
menolak semua berita ,kesalahan jenayah
rasuah,kleptrokasi kuasa pemimpin ini .Ketika seorang demi seorang yang dulunya
mereka puja adalah merupakan pemimpin munafik .
Hari ini Kebanyakan dikalangan
mereka gagal menolak pemimpin seperti ini kerana kepentingan diri dan ,jawatan yang
merupakan sumber kewangan mudah yang di hulurkan oleh MO1 dari 2009 hingga 2018.Pemimipin yang
terdahulu mengeluarkan wang tunai berjuta-juta dengan mudah bagai mengeluarkan
wang dari poketnya sendiri.
Siapa yang memilih akan dipersoal
oleh Allah di akhirat nanti kerana telah memilih dan simpati dengan pemimpin yang tidak amanah.Kuasa
mengundi yang sepatutnya menolak pemimpin korap setiap pilihanraya.
Apa yang berlaku pada pilihanraya
yang ke 14 adalah satu pilihan yang tepat sekurang-kurangnya bagi peluang bertahan
selama 5 tahun.Gunakan kuasa rakyat setiap 5 tahun melalui penilaian setiap
hari perjalanan kerajaan terpilih.
Rakyat berhak mencatatkan
kesilapan kerajaan semasa, bagi membuat perbandingan untuk pilihanraya akan
datang. Tugas rakyat hari ini membiarkan kerajaan terpilih menjalankan
tanggungjawab. Amalan demokrasi di larang mengganggu segala urusan kerajaan
terpilih.
Kita sedar kerajaan baru yang terpilih
sentiasa diganggu oleh hasutan mereka yang tidak berpuas hati melalui media
sosial serta himpunan jalanan, walaupun baru sahaja 4 bulan berkuasa..Ada di
kalangan mereka menyatakan melayu berada di persimpangan kehancuran.
Pemikiran melayu telah pun hancur
selama lebih 60 tahun dengan minda mereka di set sologan ‘ketuan melayu’ menjadikan melayu tiada persaingan berserah pada
nasib dalam semua bidang kerana tanggapan seorang
tuan negara ini tak akan hilang.
Semangat perkauaman di timbulkan oleh
pemimipin kecewa apabila melayu mula berubah kepada idealogi lain selain idealogi
parti politik 60 tahun lalu.
Mereka yang mengadakan ‘perhimpunan melayan emosi’ ketika ini
terdiri dari bekas pemimpin yang kehilangan kuasa dan sumber kewangan. Perlu di
ingat sebelum turut serta dalam perhimpunan anjuran mereka ,rakyat perlu tahu
latarbelakang pemimpin tersebut.
Rakyat telah memberi tempoh yang
panjang iaitu selama 60 tahun untuk melaksanakan pelbagai kekuatan jatidiri rakyat menghadapi segala rintangan hidup .Usia
selama itu bagi seorang manusia adalah usia bersara hanya perlu menikmat hasil
kerjanya.
Hari ada manusia yang kecewa
selepas pilihanraya telah mengatur langkah undur kebelakang balik semula
sebelum merdeka membangkitkan semangat perkauman,dan seru kembali orang melayu
supaya memberontak menegakkan agama dan
ketuanan kuasa yang mereka sendiri hilangkan sewaktu mentadbir selama 60 tahun.
Orang melayu tidak boleh lagi
tertipu oleh sekumpulan manusia kecewa yang nyata akan merugikan mereka dengan
ideologi sudah ketinggalan jauh. Inilah masa orang melayu perlu berhijrah dari
memikirkan hak mereka yang sudah hancur musnah oleh perakus yang bertopengkan
seorang pembela bangsa kepada melayu bijaksana menyelamatkan tanah rezab melayu
tinggal 12% yang di jual pemimpin melayu celaka 60 tahun lalu.
Turut serta bersama pemimpin
seperti mereka ini adalah satu pilihan yang bijak yang matang lari
menyelamatkan diri dari berlaku kebakaran
lebih besar kepada rumah berusia berusia 60 tahun.Kita berharap lebih ramai yang
meninggalkan tag line dulu kini dan selama-lamnya.