Beberapa perkara berikut adalah
perbezaan perbelanjaan hidup rakyat biasa dengan pemimpin yang dilantik oleh
rakyat biasa. Pemimpin yang di lantik menggunakan wang rakyat ikut kemahuan
kuasa,manakala rakyat hanya mampu melinangkan airmata .
Rakyat biasa masih
ramai berkeadaan seperti apa yang berlaku terhadap Siti Khatijah Osman dari
Dungun dan seorang wanita berusia 30 tahun dari Kuala Kerai. Mereka memerlukan
kewangan mengubat penyakit jantung dan memerlukan kewangan menambah-baik rumah kediaman terbengkalai yang bocor dan reput serta telah lima tahun terbengkalai.
Punca pendapatan bulanan masing-masing sekitar RM500 dan RM300 sebulan.
Saya kira yang memerlukan pembedahan jantung hanya sekitar bawah RM45000.00
manakala pembiayaan rumah belum siap hanya sekitar RM 30000.00. Tidak sampai
pun 0.1% dari kos Rosmah Mansor menggunakan
jet untuk ke Doha bagi urusan peribadi.
Marilah
kita berusaha mencari mereka yang senasib atau lebih teruk lagi dari dua orang
rakyat Malaysia ini ,untuk di beri pembelaan sewajarnya. Meluluskan perbelanjaan mengikut telunjuk nafsu syaitan
yang sedikit pun tidak memikirkan rakyat
terbanyak pasti ada balasan Allah,lebih-lebih
lagi, kiranya mereka yang berkuasa meluluskannya bertujuan atau berniat menjaga
hati seseorang .
1.DUNGUN – “Saya merayu agar bantuan kepada anak saya
dipercepatkan. Kalau dia gagal melakukan pembedahan kali ini, saya tak tahu
macam mana keadaannya selepas ini. Mungkin akan bertambah kritikal.
Demikian luahan Siti Khatijah Osman, 34, ibu kepada Muhammad Azrul Afiq Rusli, 12, yang kini menghidap sakit jantung dan masih lagi menunggu bantuan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 1 Disember nanti.
“Suami saya hanya
melakukan kerja
kampung dengan pendapatan RM500 sebulan.
2.Rumah didiaminya sejak 10 tahun lalu itu tidak
selamat kerana banyak lantai reput dan bumbung bocor, malah tidak selesa sebab
tiada bilik air sempurna dan bilik tidur.
Kalau saya minta
bantuan sebuah rumah baharu mungkin ambil masa lama tetapi sekarang, saya cuma
nak siapkan rumah yang sudah lima tahun
terbengkalai.
Rahimah berkata, dia
perlukan bantuan menyiapkan rumah baharu itu kerana tidak mampu mengeluarkan
wang sendiri dengan pendapatan hasil menoreh getah RM300 sebulan.
Azalina semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa Rosmah
diundang ke Doha atas kapasiti peribadi dan penggunaan jet tersebut diluluskan
dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan pembiayaan jet eksekutif
swasta oleh kerajaan terhadap lawatan isteri perdana menteri ke Qatar.
Rosmah turut menghadiri persembahan fesyen amal dan menyertai majlis
minum teh bersama isteri Sheikh Abdullah pada hari yang sama.
Tujuan utama kunjungan ke Timur Tengah itu adalah untuk menyampaikan ucaptama selama 25 minit di forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di Hotel St Regis di Doha pada 11 November.
Tujuan utama kunjungan ke Timur Tengah itu adalah untuk menyampaikan ucaptama selama 25 minit di forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di Hotel St Regis di Doha pada 11 November.