Sepupu
Najib, si Hishammudin Husin melahirkan rasa kesal dengan lagak Mahathir yang
dianggapnya seorang negarawan sanggup bersekongkol dengan pembangkang yang satu
masa dulu musuhnya,semata-mata untuk menuntut Najib letak jawatan.
Negarawan
hormat demokrasi, tetapi mereka yang mentadbir selepas negarawan bersara yang kononnya menggunakan demokrasi
tidak menjujung demokrasi semasa
mentadbir .
Usaha
Najib mengekalkan kuasa walaupun telah terbongkar tembelang rakusnya tidak lagi
menggunakan demokrasi, sebaliknya bersikap kuku besi terhadap mereka yang
lantang menegur pengamal demokrasi.
Najib
tidak ada sikap sukarela menarik diri selepas heboh diperkatakan beberapa
kesalahan. Sukarela beralah merupakan satu ranting demokrasi yang tidak perlu
orang lain menggunakan kekerasan untuk letak jawatan.
Sekiranya
Najib peringkat awal menyedari skandal yang dilakukan mula terbongkar, terus sahaja menarik menarik
diri dari mentadbir kerajaan,sudah pasti kemelut tidak berpanjangan.Tetapi
sikap ego terus menguasai diri hendak menegakkan benang basah.dan menegakkan
sumpit tidak berisi.
Berkemungkinan
juga Najib hendak mengelakkan malu atau rekod bersih tercemar dan seterusnya di
ambil tindakan undang-undang maka dia sanggup menyeluk perkasam hingga ke pangkal lengan.
Apa
yang diperkatakan dalam gagasan rakyat bukan lagi satu fitnah atau pembohongan.Bolehkah
Najib menafikan 37 perkara yang di bacakan Mahathir semasa deklarasi rakyat
itu.Rakyat yang perihatin hari ini tentunya terkejut kerana apa yang terpampang
dalam media adalah benar.
Kita
perlukan kerajaan sekarang sehingga 3 tahun lagi atau sehingga pilihanraya ke
14. Pendokong deklarasi perlukan orang lain jadi PM. Tidak ada niat mereka
hendak merampas demokrasi pemilihan kerajaan pada pilihanraya ke 13. Pengganti
PM yang baru masih berkisar di kalangan orang UMNO kerana dia menang semasa
pilihanraya.
Najib
ketika ini seperti yang disuarakan yang
Deklarasi Rakyat. bukan Mahathir seorang sahaja yang meluat perangainya dan
bimbang kesan pentadbirannya terhadap negara, tetapi lain-lain pertubuhan NGO
dan orang-orang perseorangan yang berpengaruh, malahan orang UMNO sendiri.
Orang
UMNO tidak dapat hendak melahirkan rasa kesalnya terhadap Najib kerana di
janjikan tindakan yang tidak menguntungkan.seperti yang dilakukan terhadap
Muhyuddin dan Shafie Apdal.
Politik
kebencian terhadap kerajaan hari ini di
lahirkan sendiri oleh sikap
kepimpinan Najib yang berterusan cuba melindungi perangainya melalui
jurucakap yang dilantik pelbagai jawatan. Tindak tanduknya tidak mencerminkan
kepentingan rakyat bagai ayam kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi. Cakap
tidak serupa bikin.
Ramai
yang cuba membandingkan perangai Mahathir
dengan Najib dan mengatakan Mahathir lebih teruk rasuah dan pelbagai perbuatan
mengekal kuasanya. Kita tahu Mahathir sudah berubah dan melihat perangai Najib lebih
teruk dari perangai Firaun yang dikuasainya dahulu. Firaun Mahathir mungkin
terhadap individu musuhnya tetapi firuan Najib menghancurkan negara demi
kepentingan poketnya.
Boleh sahaja mereka di sebelah Najib membongkar semula apa yang Mahathir lakukan 22 tahun sebagai Perdana Menteri agar rakyat membuat perbandingan siapa yang paling melaknat terhadap negara.Inilah masanya Mahathir ditelanjangkan supaya boleh menutup mulutnya terus bercakap berkaitan kepincangan pentadbiran orang lain.

Lagi pun tidak siapa pun mempertikaikan pemilihan kerajaan
sekarang tetapi mempertikaikan mereka yang mentadbir negara dibawah pimpinan
Najib. Najib punca segala-galanya.
Mahathir
tahu,dan pimpin tertinggi UMNO tahu, kerajaan lain atau parti poltik lain
selain UMNO, susah hendak mengambil alih dari sistem demokarasi di Malaysia,
yang penuh dengan penipuan pilihanraya. Pemimpin UMNO sendiri tetunya faham macam
mana partinya boleh memenangi pilihanraya sebanyak 13 kali dan sudah maklum
kempennya,pertolongan pelbagai institusi kerajaan dan,sokongan kewangannya.
Sistemnya
siapa pandai belit dan bayak duit, serta pandai menggunakan kesempatan
kelebihan menjadi kerajaan, boleh memenangi pilihanraya .Lebih tepat lagi
kiranya parti yang ada bersikap lurus
bendul untuk meraih kemenangan nampaknya sentiasa kempunan setiap 5 tahun.
Lagi
pun orang melayu mengambil sikap tidak peduli apa kerajaan,atau Perdana Menteri
dan menteri lakukan terhadap urusan negara. Yang penting bagi melayu dapat
makan dan minum.
Mereka
tidak ada maklumat seperti di senaraikan gagasan rakyat dan lagi, bagi mereka kesalahan
atau dosa yang dilakukan Najib adalah antara Najib dengan Allah. Tidak ada masa
orang melayu hendak mengubah kerajaan.
Bagi
mereka sudah selesa berkeadaan seperti ini. Apa yang Najib lakukan hari
ini,perkara yang sama akan dilakukan oleh sesiapa sahaja apabila ada kesempatan
seperti Najib. Ahli-ahli sahaja yang diseru bersatu demi kepentingan UMNO.
Dimana
letaknya kepentingan rakyat sekiranya pemimpin utama memiliki berbilion wang,
sedangkan rakyat serik nak hidup. Pemimpinnya tidak lagi berjuang untuk rakyat ,cuma
telah menjadikan populariti parti untuk
mencari kekayaan.
Penjilat
Najib melabelkannya Perdana Menteri di pilih secara demokrasi oleh rakyat dan
mendapat sokongan majoriti. Rakyat tidak pernah memilih secara lansung seorang
Perdana Menteri dari PM pertama hingga ke enam .
Individu
yang jadi PM dipilih oleh wakil rakyat dan parti UMNO. Walau pun pada dasarnya
rakyat setuju UMNO jadi kerajaan tetapi belum tentu rakyat setuju pilihan wakil
rakyat UMNO melantik seseorang menjadi PM. Perlantikan ini boleh dipertikaikan
oleh rakyat terbanyak dan bukan lantikan mutlak dan berkuasa mutlak.
Apa pun tindakan dua orang ini -Mahathir dan Najib masing-masing ada muslihat tersendiri.Mahathir takut sejarahnya diungkit oleh Najib dan orang-orangnya apabila Najib terlalu lama berkuasa.Sehingga ini telah beransur-ansur perangai Mahathir telah mula keluar,bukan melalui Najib tetapi penjilat buntutnya.Lebih lama krisis ini akan banyak panau dan pekong Mahathir terkeluar bertujuan perbandingan lebar dan banyaknya nanah pekung masing-masing. Mahathir takutlah apabila banyak perangai buruk itu terbongkar mungkin berakhir ke penjara.
Manakala Najib berterusan begar dan membatu serta tidak mengaku kalah yang terus menjalankan aktiviti mengekalkan kuasa di samping mula meyakinkan rakan-rakan serta suku-sakat, serta berusaha mengambil hati ahli-ahli UMNO yang duduk diluar krisis.
Kadangkala nampak Mahathir dan gengnya ibarat menyalak bukit.Setakat ini Najib belum nampak untuk berhenti memujuk hati pengikutnya,
demi menjaga agar dirinya tidak di lokap polis kerana kesalahannya.