Suatu ketika dahulu orang ramai
sentiasa bercita-cita ingin bekerja dengan syarikat minyak,terutama Petronas
dan Shell kerana gaji dan bonus yang lumayan .Mereka yang berjaya berkerja
dengan kedua-dua syarikat tersebut sentiasa kembang buntut kerana persepsi
masyarakat bahawa salah seorang yang berpendapatan lumayan.Tepat di gelarkan
saudagar emas yang pertama manakala saudagar minyak yang kedua.
Biarlah mereka tukang sapu,driver
crane atau buruh - nun jauh di pelantar minyak yang duduk di sana kadangkala sehingga sebulan
,masyarakat terus mengkategorikan manusia beruntung dan bergaji lumayan,lebih-lebih
lagi kiranya mereka memiliki rumah mewah atau banglow besar.
Bagitu juga anggapan ibu bapa
yang ada anak yang masih belajar ,sentiasa bercakap sesama mereka hendak
menghantar anak-anak mereka ke University Petronas atau sekurang-kurangnya menggalakkan
anak mereka mengambil kursus bidang petroleum,kimia atau pelbagai kursus berkaitan minyak.
Malahan ada ibubapa yang anaknya
masuk University Petronas dan terus
kerja dengan petronas amat berasa gahnya,
menyatakan anaknya bergaji lebih RM5000
sebulan walaupun baharu sahaja menjawat satu jawatan dalam syarikat tersebut.
Hari ini mungkin ada diantara
yang terjebak berkaitan syarikat minyak mengurangkan kakitangan terutama
terlibat terus dengan angka 1000 orang petronas dan 1300 orang dengan Shell yang
di tamatkan perkhimatannya, tentunya terlintas
kekesalan berkhidmat dengan syarikat minyak.
Nikmat yang bertahun-tahun
pendapatan lumayan telah di uji Allah tidak tidur malam serta gelisah
memikirkan hendak kemana selepas ini. Maklumlah kalau bertunas di ragut kambing.
Ganjaran kerana VSS (Voluntary
separation scheme)berhenti secara
sukarela tidak menjamin untuk hidup terus sepuluh atau dua puluh tahun
akan datang, terutama mereka yang berusia yang belum layak bersara. Jika secawan air tawar di buang ke laut
,bolehkah air laut itu menjadi tawar.
Mereka yang 2300 orang ini ,tentu
payah untuk menyambung tugas yang sama
dengan syarikat-syarikat minyak lain yang ada di Malaysia ini, kerana kemurungan
harga minyak berlaku seluruh dunia.Mereka
ibarat santan masuk ke pasu,hampasnya
tumpah ke tanah.Nikmat yang berlipat kali ganda beberapa tahun yang lalu
dengan beransur-ansur di tarik oleh Allah.
Bagi meneruskan cabaran hidup
mereka yang di tamatkan khidmatnya terpaksa beralih ke profesion yang lain
sebagaimana kakitangan MAS satu masa dahulu.Jangan
di biarkan kain basah kering di pinggang.
Apa yang hendak diperkatakan hari
ini adalah kita sentiasa ingat langit tidak sentiasa cerah dan hujan ada
berhentinya.Renungkan kuasa Allah yang sentiasa kaya,hartanya tidak surut,
sedangkan kita hanya seperti roda yang bergangtung rahmat dariNya.
No comments:
Post a Comment