Tuesday, March 10, 2020

Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur.






Bagi mengulas kerajaan hari ini ,perkataan pengkhianat tidak boleh dipisahkan,sehingga pilihanraya ke 15 yang membawa kerajaan pilihan rakyat.

Istilah Bahasa melayu, bersinonim dengan derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati;, Kata Terbitan : mengkhianat, , pengkhianatan, pengkhianat

Bagi mengulas kerajaan hari ini ,perkataan pengkhianat tidak boleh dipisahkan,sehingga pilihanraya ke 15 yang membawa kerajaan pilihan rakyat semula.

Yang khianat hari ini bertanding semula pada pilihanraya tersebut dan memenanginya bermakna telah ditentusahkan oleh rakyat kesucianya sebagai pengkhianat.
Semalam kerajaan pengkhianat atau kerajaan pintu belakang telah mengumumkan barisan kabinetnya.Barisan Kabinet yang menjaga hati dan habuan kepada yang membantu dan menjadi ahli gerombolan si pengkhianat.Kerajaan tuah anjing,celaka kuda.

Tentu senyum lebar pengkhianat dari PKR yang terjun lubuk Bersatu telah di lantik ke jawatan tetap menteri yang direstui oleh ketua pengkhianat sebagai Menteri kanan. Umpama kilat sudah si kaki,kilat pisau sudah ke tangan,kilat cermin sudah ke muka.

Kita semua faham hendak dilantik terus ke jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah terlalu awal dan kejutan yang menggegar jantung orang UMNO.

Agaknya adakah manusia di Malaysia ini bila melihat barisan kabinet kerajaan dari Perdana Menterinya hingga Timbalan Menteri adalah kerajaan yang sah dan halal. Kebanyakannya wakil rakyatnya tidak juga halal kerana khianat naungan politik asal.

Jika ada yang melupakan rupa wakil rakyat yang khianat atau persetankan perkataan khianat itu bermakna manusia itu, terpaksa kerana mencari makan dibawah tadbirurusnya. Golongan ini yang sanggup cium tangan kiri pengkhianat itu.

Syaitan politik yang mewakili pengkhianat tidak usah berbicara mengenai rakyat di utamakan. Fikirkan rakyat hari ini ,tinggi duduk daripada cangkung.

Mengutamakan rakyat hanya berlaku setelah pilihanraya 9 mei 2018  yang berjaya mengukir rakyat tersenyum kembali dari cengkaman politik, perompak,penyamun,perasuah dan kleptrokasi .  Harus di ingat mereka yang menghuni parti politik ini ,bagai kerbau runcing tanduk

Adat Melayu pantang khianat, Orang khianat dimakan kutuk; Menurutkan nafsu datanglah laknat, Orang terlaknat matinya teruk.


Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur.                                                                                                                                  

Sunday, March 8, 2020

Kegiatan syaitan politik


Mood sebelum 9 mei 2018,sebelum pilihanraya ke 14 telah kembali ke dalam minda ini.  Benih-benih perasaan meluat menonton televisyen sudah mula bersarang.

Semua cannel televisyen memuntahkan perasaan ,meloyakan, terutama dipertontonkan pujian yang melambung tinggi terhadap pengkhianat dan syaitan politik yang lahir selepas 1 mac 2020.

Hari ini dua perompak pencuri penyamun dan perasuah telah mula berkokok, tersenyum depan kemera wartawan dan mendakwa mempunyai penyokong di facebook lebih 9.5 juta seminggu.
Andai kata diadakan pemilihan perdana Menteri secara pilihanraya ¾ rakyat Malaysia mengundinya,Pasti menang.Bagitulah hebatnya penyamun utama negara.

Manakala penyamun kedua negara menyatakan akan membantu Perdana khianat memerangi kezaliman kerajaan terdahulu.

Dua orang Penyamun tersebut hendak menunjukkan dia dianiaya  dan dizalimi oleh kerajaan yang diguling dan dikhianati gerombolannya, disamping itu  mendakwa dia secara tidak langsung terlibat menjadi syaitan menghasut, mengkhianati dan merancang kerajaan pintu belakang.

Kita lihat ada diantara penyamun dan perompak yang yang menyokong perdana khianat itu memperolehi harta yang bertimbun-bertimbun.
Riggit sebanyak ini di gunakan oleh perompak membeli orang melayu dengan menabur budi berbelanja membelikan apa sahaja kehendak pengundi melayu maka kita lihat kawasan pilihanraya,  liat hendak bertukar pemimpin.

Menaja pemergian haji dan umrah orang melayu, syaitan pembongak ini berjaya menambat hati mereka yang ditaja pemongak ini dengan gelaran “ bossku!bossku!..bossku!”.Masyarakat Felda menyinga dengan kerajaan yang dikhianat ini, kerana tidak berjaya menghulurkan bonus RM 5000 setahun dan bayaran hasil lambat dilaksanakan.

Orang melayu mudah kebudian, cukup setakat dijamu makan dan dibekalkan keperluan hariannya maka mereka sanggup dikhianati aktiviti sosial dan ekonomi oleh penyamun perompak  dari parti pengkhianat.

Kumpulkan semua ahli parti politik perompak dan penyamun ini dan bandingkan dengan orang kampung yang hanya berciri-cirikan aktiviti seekor ayam.



Mereka telah mengumpul kekayaan sejak menjadi ketua cawangan lagi dan bergelar jutawan senyap serta bertambah kekayaan apabila menjadi ketua bahagian dan wakil rakyat.

Lihatlah tidak perihatinnya bangsa melayu wakil rakyat mereka memiliki berbilion ringgit dan didepan mata mereka kenderaan mewah pelbagai jenama yang digunakan bagai boleh ditukar-guna setiap jam bila berurusan.




Lebih 60 tahun keadaan ini tidak berubah .Wakil rakyat dari parti perompak ini telah meniru perangai Robinhood dengan wang hasil rompakan,rasuah dan samun membiayai sesuka hati aktiviti rakyat.
Rakyat terkeliru apabila perompak ini memberi sumbangan kewangan kepada orang melayu tanpa bekerja keras adakah wang rompakan atau wang kerajaan. Nyata apabila kerajaan 9 may 2018 wujud wang yang diagih-agihkan sesuka hati itu adalah wang kerajaan yang dirompak.

Kerajaan selepas 9 mei 2018 telah mengalami masalah untuk meneruskan aktiviti memberi pendapatan percuma  kepada rakyat kerana keadaan kewangan negara sudah licin di sapu oleh perompak-perompak.
Kita lihat betapa lalainya rakyat melihat kemewahan salah seorang wakil rakyat parti perompak .Ini hanya dapat lihat di luaran, harta rahsia kita tidak diketahui.



Maklumat atau data kemewahan perompak ini diketahui setelah perubahan kerajaan berlaku. seandainya syaitan-syaitan politik ini berterusan memerintah, Malaysia akan mewarisi keadaan negara Greece.
Baru sahaja kerajaan halal melalui pilihanraya, bercita-cita hendak menelanjangkan kegiatan perompak-perompak dari parti perompak, tidak semena-mena lahir pengkhianat dari dalam kerajaan,dengan bantuan parti penyamun,perompak,perasuah,dan pengkhianat seperti apa yang di gambarkan oleh Dr.Mahathir.
Pengkhianat ini telah apply jawatan Perdana Menteri dengan meminta sokongan perompak-perompak dari parti perompak.

Kita sebagai rakyat biasa perangai menjijikkan wakil rakyat, tidak mengubah apa-apa pendapatan atau jawatan.Apa yang dikesali adalah orang melayu menjadi seorang pengkhianat demokrasi kerana berebut jawatan perdana Menteri.
Sejarah memalukan orang melayu telah terukir dihadapan bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini.Membuktikan melayu dalam sejarah melayu memang bangsa khianat,dengki sesama bangsa serta bangsa mungkir janji.
Perdana Menteri Kelapan harus ingat, ucapan tahniah kita terima boleh bertukar kerana cara jawatan diperolehi sokongan  kumpulan perompak,perasuah,pengkhianat disamping perangai anda menjadi pengkhianat serta mungkir janji semasa membentuk Pakatan Harapan.
Ingat ! bagai dedalu api ;hinggap ke pohon kayu ;hinggap di batang ,mati batang,hinggap di ranting,ranting patah. Bangsa anjing;jikalau biasa makan tahi,tidak di makan di cium ada juga.

Tuesday, March 3, 2020

Syaitan politik bersama pengkhianat






Semuanya boleh berlaku .Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan.
Pengkhianat juga ingin berkuasa boleh mendapat sokongan parti politik yang sudah sah perompak ,pencuri,penyamun,perasuah wang rakyat.

Hari ini wakil rakyat kurang akal melakukan perkara yang menjijikkan mengkhianat sesama sendiri yang memikirkan perut sendiri dan menggila kerana hendak menjadi perdana Menteri atau sebangsat-bangsatnya  jawatan setiausaha politik.

Sudah beberapa minggu wakil rakyat yang seterus saya gelar mereka syaitan politik ini keluar masuk  istana negara dan istana sultan dengan kereta-kereta mewah bertujuan hendak melobi sultan jawatan perdana Menteri ,menteri besar atau ketua Menteri ,yang rakyat hanya mampu membulatkan mata. 

Sehingga ini belum nampak syaitan-syaitan politik terlantik sebagai Menteri dan timbalan Menteri.Syaitan politik telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengkhianat demi rakyat. Kelam-kabutkan politik negara lebih seminggu apakah ini rakyat diutamakan.lebih meloyakan bercakap berkaitan kabinet bersih,bercakap bersama dengan penyamun.

Saat hendak membuat perubahan stail pentadbiran negara oleh beberapa orang pemimpin politik yang mungkin ikhlas selepas bulan mei 2018, namun beberapa orang syaitan politik ini terus berusaha menghancurkan niat mereka.

Hari ini syaitan politik ini sanggup menjaga kepentingan diri dari kepentingan negara dan rakyat dengan memecahkan gabungan politik yang sedang memerintah dikira terbaik dalam tempoh 60 tahun lalu.

Syaitan-syaitan ini tidak memandang kekurangan diri mereka sebaliknya nampak suatu hari mereka terkeluar dari blok kepimpinan sama ada ditolak oleh rakan politik atau penghakiman rakyat.

Mereka sentiasa merencana menjadi gunting dalam lipatan dan duri dalam daging ,serta api dalam sekam gerombolan politik mereka bertujuan menghancurkan kerajaan.

Mereka yang bertopengkan reformasi dan taubat dasar politik lama hari ini telah menghancurkan harapan rakyat yang memilih mereka pada pilihanraya ke 14.

Rakyat yang sentiasa berfikiran mahukan kebaikan dari kerajaan telah faham bahawa syaitan politik ini mementingkan perutnya serta poketnya  dan berfikir,kalau-kalau akan berlaku perubahan kepimpinan dia tidak terlantik sebagai menteri maka syaitan-syaitan ini telah mencipta krisis

Takutkan bayang-bayang sendiri ini disebabkan sikap atau kelakuan mereka sendiri yang menjerumuskan kearah perangai si Kitol atau  menubuhkan grembolan pengkhianat.

Kita bimbang binatang -binatang perasuah perompak,wang rakyat akan hidup semula berikutan parutnya masih segar yang berada di 42 tempat kawasan parlimen.

Perompak yang masih aktif tidak dapat di bunuh kerana undang-undang berstatus sarang labah-labah.
Ahli serakah dan kleptrokasi  yang sedang dibacarakan mengitai-ngitai peluang untuk berkuasa semula atau mencari simpati rakan seperjuangannya membebaskan dari tuduhan merompak berbilion ringgit.

Saya beristaghfar beberapa kali melihat wakil rakyat mempermainkan mandate rakyat .Saya tahu mereka ini mahukan bubarkan parlimen serta mengadakan semula pilihanraya kerana perasan bahawa gabungan parti politik  mereka memenangi beberapa siri pilihanraya kecil.

Mengharapkan perubahan kerajaan dengan mengadakan pilihanraya ,syaitan-syaitan politik ini berangan bahawa rakyat akan memilih parti politik mereka atau mengekalkan mereka sebagai wakil rakyat.

Mereka lupa apa yang berlaku di negeri Selangor selepas pilihanraya ke 13 banyak syaitan-syaitan politik kehilangan kerusi.

Kebimbangan negara kearah kehancuran apabila parti-parti politik bertaraf syaitan ini  telah berusia lebih 60 tahun tidak akan bertaubat mengumpul wang berbilion untuk diri sendiri berbelanja wang derma untuk memiliki kereta mewah,menjual dan memiliki tanah rezab melayu menyerahkan kepada bangsa lain.

Syaitan-syaitan politik tentu melepaskan dendam dan menyambung kembali program memperkaya diri dan kroni  dengan menjual  atau menganugerah kewarganegaraan keapada bangsa lain .

Menyekat aktiviti syaitan politik ini hanya mampu, selama  dua tahun dua bulan. kini ada parti politik bekas  gabungan kerajaan duduk semeja bagi menambat hati perompak ,pencuri bersama melambai-lambai jawatan perdana Menteri kelapan. 

Untuk menghalalkan mereka bersekongkol dengan perompak,penyamun dan perasuah ada yang berkata  “undang-undang ada tidak boleh melabelkan mereka bersalah “.

Kini pengkhianat telah Berjaya menguasai perdana Menteri kelapan kita hanya bergantung kepada “untung sabut timbul,untung batu tenggelam”
Untuk menyelamatkan negara cukup terus istiqamah dalam kerajaan  yang diberi mandat bermula 9 mei 2018 bukan melakukan perjumpaan dan keluar dari pakatan politik.