Sunday, March 8, 2020

Kegiatan syaitan politik


Mood sebelum 9 mei 2018,sebelum pilihanraya ke 14 telah kembali ke dalam minda ini.  Benih-benih perasaan meluat menonton televisyen sudah mula bersarang.

Semua cannel televisyen memuntahkan perasaan ,meloyakan, terutama dipertontonkan pujian yang melambung tinggi terhadap pengkhianat dan syaitan politik yang lahir selepas 1 mac 2020.

Hari ini dua perompak pencuri penyamun dan perasuah telah mula berkokok, tersenyum depan kemera wartawan dan mendakwa mempunyai penyokong di facebook lebih 9.5 juta seminggu.
Andai kata diadakan pemilihan perdana Menteri secara pilihanraya ¾ rakyat Malaysia mengundinya,Pasti menang.Bagitulah hebatnya penyamun utama negara.

Manakala penyamun kedua negara menyatakan akan membantu Perdana khianat memerangi kezaliman kerajaan terdahulu.

Dua orang Penyamun tersebut hendak menunjukkan dia dianiaya  dan dizalimi oleh kerajaan yang diguling dan dikhianati gerombolannya, disamping itu  mendakwa dia secara tidak langsung terlibat menjadi syaitan menghasut, mengkhianati dan merancang kerajaan pintu belakang.

Kita lihat ada diantara penyamun dan perompak yang yang menyokong perdana khianat itu memperolehi harta yang bertimbun-bertimbun.
Riggit sebanyak ini di gunakan oleh perompak membeli orang melayu dengan menabur budi berbelanja membelikan apa sahaja kehendak pengundi melayu maka kita lihat kawasan pilihanraya,  liat hendak bertukar pemimpin.

Menaja pemergian haji dan umrah orang melayu, syaitan pembongak ini berjaya menambat hati mereka yang ditaja pemongak ini dengan gelaran “ bossku!bossku!..bossku!”.Masyarakat Felda menyinga dengan kerajaan yang dikhianat ini, kerana tidak berjaya menghulurkan bonus RM 5000 setahun dan bayaran hasil lambat dilaksanakan.

Orang melayu mudah kebudian, cukup setakat dijamu makan dan dibekalkan keperluan hariannya maka mereka sanggup dikhianati aktiviti sosial dan ekonomi oleh penyamun perompak  dari parti pengkhianat.

Kumpulkan semua ahli parti politik perompak dan penyamun ini dan bandingkan dengan orang kampung yang hanya berciri-cirikan aktiviti seekor ayam.



Mereka telah mengumpul kekayaan sejak menjadi ketua cawangan lagi dan bergelar jutawan senyap serta bertambah kekayaan apabila menjadi ketua bahagian dan wakil rakyat.

Lihatlah tidak perihatinnya bangsa melayu wakil rakyat mereka memiliki berbilion ringgit dan didepan mata mereka kenderaan mewah pelbagai jenama yang digunakan bagai boleh ditukar-guna setiap jam bila berurusan.




Lebih 60 tahun keadaan ini tidak berubah .Wakil rakyat dari parti perompak ini telah meniru perangai Robinhood dengan wang hasil rompakan,rasuah dan samun membiayai sesuka hati aktiviti rakyat.
Rakyat terkeliru apabila perompak ini memberi sumbangan kewangan kepada orang melayu tanpa bekerja keras adakah wang rompakan atau wang kerajaan. Nyata apabila kerajaan 9 may 2018 wujud wang yang diagih-agihkan sesuka hati itu adalah wang kerajaan yang dirompak.

Kerajaan selepas 9 mei 2018 telah mengalami masalah untuk meneruskan aktiviti memberi pendapatan percuma  kepada rakyat kerana keadaan kewangan negara sudah licin di sapu oleh perompak-perompak.
Kita lihat betapa lalainya rakyat melihat kemewahan salah seorang wakil rakyat parti perompak .Ini hanya dapat lihat di luaran, harta rahsia kita tidak diketahui.



Maklumat atau data kemewahan perompak ini diketahui setelah perubahan kerajaan berlaku. seandainya syaitan-syaitan politik ini berterusan memerintah, Malaysia akan mewarisi keadaan negara Greece.
Baru sahaja kerajaan halal melalui pilihanraya, bercita-cita hendak menelanjangkan kegiatan perompak-perompak dari parti perompak, tidak semena-mena lahir pengkhianat dari dalam kerajaan,dengan bantuan parti penyamun,perompak,perasuah,dan pengkhianat seperti apa yang di gambarkan oleh Dr.Mahathir.
Pengkhianat ini telah apply jawatan Perdana Menteri dengan meminta sokongan perompak-perompak dari parti perompak.

Kita sebagai rakyat biasa perangai menjijikkan wakil rakyat, tidak mengubah apa-apa pendapatan atau jawatan.Apa yang dikesali adalah orang melayu menjadi seorang pengkhianat demokrasi kerana berebut jawatan perdana Menteri.
Sejarah memalukan orang melayu telah terukir dihadapan bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini.Membuktikan melayu dalam sejarah melayu memang bangsa khianat,dengki sesama bangsa serta bangsa mungkir janji.
Perdana Menteri Kelapan harus ingat, ucapan tahniah kita terima boleh bertukar kerana cara jawatan diperolehi sokongan  kumpulan perompak,perasuah,pengkhianat disamping perangai anda menjadi pengkhianat serta mungkir janji semasa membentuk Pakatan Harapan.
Ingat ! bagai dedalu api ;hinggap ke pohon kayu ;hinggap di batang ,mati batang,hinggap di ranting,ranting patah. Bangsa anjing;jikalau biasa makan tahi,tidak di makan di cium ada juga.

No comments:

Post a Comment