Wednesday, February 25, 2015

berhentilah menjaja dan berhentilah objection


Ketika ini ada usaha individu menjaja keputusan mahkamah kes liwat II ke seluruh negara bagi tujuan menjelaskan kepada orang ramai bahawa kes tersebut bukan bersifat politik tetapi kerana perangai individu yang terlibat.

Usaha manusia ini membuktikan fikiran yang masih belum waras kerana orang yang menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah tidak perlu lagi menjaja keputusan tersebut .Keputusan telah diumumkan oleh yang arif hakim dan semua media telah menyiarkan atau telah memaklumkan kepada orang ramai keputusan tersebut.

Ini di namakan dendam politik yang dijangka akan berterusan sehingga pilihanraya akan datang. Pengakhiran dendam ini sehingga umpama yang telah bersalah meninggal dunia masih ada pukulan bertalu-talu melepaskan geram ke atas badan simati .

Apakah tidak yakin dengan keputusan tersebut di terima oleh rakyat seluruh Malaysia dan rakyat dunia, sehingga sanggup membawa peguambela terhandal di Malaysia itu mengaibkan orang sudah di sahkan bersalah. 

Peguam tersebut masih tidak puashati berhujah di mahkamah atau ada lagi kekurangan sifat jelik Anwar yang perlu dijelaskan . Dia tentu tahu kesan keputusan mahkamah tersebut memberi keuntungan kepada nya akan membuatkan dia lawyer paling laris di Malaysia.Lebih-lebih lagi Muhyiddin Yasin mengatakan Shafee peguam bijak pandai.

Sekarang ini orang yang menjaja keputusan tersebut bersetuju dengan keputusan mahkamah tetapi terus mengkeji dan mengimbas kembali apa yang telah perjelaskan di mahkamah. Tidak cukup kedaulatan undang-undang tertinggi mahkamah persekutuan dan masih memandang rendah keputusan mahkamah.

Terima atau tidak keputusan mahkamah sudah pasti berlaku kerana yang arif adalah manusia. Persoalannya mereka yang bersetuju keputusan mahkamah masih mengungkit-ungkit seolah-olah tidak puashati terhadap keputusan tersebut. Jenis apa manusia ini.

Apa yang berlaku sekarang adalah kedua-dua parti UMNO danPKR menggunakan kes liwat ini sebagai hujah politik,cuma berbeza PKR menggunakan kes ini sebelum keputusan mahkamah, manakala UMNO selepas keputusan mahkamah.

Ini satu taktik politik orang yang menjajanya .Sebelum keputusan kes tersebut diumumkan, orang politik sebelah sana menyatakan pehak pembangkang mengambil kesempatan mengkategorikan kes Anwar satu konsipirasi politik dan berjaya mempengaruh orang ramai..

Orang kerajaan pula sekarang ini mengambil kesempatan terhadap keputusan bersalah Anwar adalah kerana  kelemahan akhlak Anwar.Nayata balas dendam hentam- menghentam tidak ada kesudahan.

Sekarang semua orang perlu menyabarkan hati dan pasrah serta menerima keputusan mahkamah.Tidak guna membincang,mengulas dan berhimpun menyatakan perasaan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan mahkamah.

Yang bersetuju apa guna angguk tetapi ada gelengnya, bukankah sudah cukup kepuasan hati dengan ketawa berdekah-dekah, manakala yang tidak bersetuju dengan hakim jangan murung dan menjerit- jerit,menepuk-nepuk badan serta menyising lengan melahirkan kemarahan. Islam ada lagi hakim yang bijaksana yang mungkin membalasnya sekejap lagi di dunia atau akan datang di akhirat.

Mereka yang banyak objection perlu muhasabah diri bahawa keputusan mahkamah memberi keuntungan kepada orang kerajaan sekarang.Kerajaan dan mahkamah yang berkuasa boleh melakukan apa sahaja terhadap mereka yang menentang. Berhentilah menentang dengan apa cara kerana usaha itu melahirkan si buta membilang bintang di langit.

Kes liwat ini telah melahirkan bahan ketawa mereka yang siuman, kerana bagi menghukum seorang ahli politik memakan masa bertahun-tahun berbanding kes liwat orang biasa yang selesai dua atau tiga hari.

Di simpang mana orang politik menunggu,dan melihat serta menggunakan telunjuknya, dari awal kes ini dan akhirnya kes ini.

Wednesday, February 18, 2015

Ulama' Brunei betul atau Ulama' Malaysia benar......

v

Brunei perketat peraturan sambut raya Cina
Berita - malaysiakini.com/news/28937/2015-02-15 18:13:00
Brunei mengetatkan undang-undang berkaitan sambutan Tahun Baru Cina, antaranya dengan mengharamkan tarian Singa dekat dengan masa solat dan persembahan oleh orang bukan Cina.

Langkah itu diambil selepas larangan hiasan Krismas dan selepas solat Jumaat menyeru supaya orang Islam menghindari perayaan bukan Islam.

Tarian singa kini hanya dibenarkan antara  19 hingga 21 Februari antara jam 8 hingga 11.20 pagi dan 1.30 hingga 5.15 petang, menurut Brudirect.

Portal itu juga melaporkan bahawa persembahan itu hanya boleh diadakan di tokong, dewan sekolah rumah anggota-anggota persatuan Cina.

Brunei turut melarang penggunaan mercun dan bunga api yang digunakan secara tradisi ketika perayaan itu.

Pada 7 Februari lalu, The Brunei Times melaporkan bahawa khutbah Jumaat negara itu menyeru orang Islam menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah.

 ISLAM MALAYSIA dan Ulama’nya -Thaipusam: Kehadiran Najib tidak menyalahi syarak - JAKIM

 
Oleh itu, katanya, tidak timbul isu perdana menteri tidak boleh menyertai acara sambutan rakyat bukan Islam kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak agama seperti didakwa sesetengah pihak.- JAKIM- tempat rujuk berkaitan agama islam

Perdana menteri semasa majlis itu,(Thaipusam) Othman(JAKIM) berkata ia juga tidak menyalahi garis panduan kerana kurta adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India pada majlis rasmi dan tidak timbul isu pelanggaran akidah.

Barulah saya tahu bahawa hukum syarak agama islam ini berbeza-beza mengikut negara,negeri dan keadaan ulama’nya. Ulama’ makan gaji lain .Ulama’ bebas lain dan ulama’berani kerana Allah lain.

Mungkin berlainan kitab hukum yang didasarkan pada al-Quran, hadis, ijmak dan qias di Brunei dengan di Malaysia.Kitab hukum di Malaysia di tambah satu lagi kitab iaitu KITAB PERUT.

Banyak perkara yang memeningkan kepala rakyat islam dan bukan islam di negara ini apabila melihat telatah ulama’ islam atau cerdik pandai islam yang mereka ini bukan calang-calang kepadaian islamnya, tetapi tidak sepakat atau seiring memberi panduan berkaitan halal,haram atau berkemungkinan  sesuatu perkara yang menggugat aqidah .

Nyata ulama' di Malaysia ini tidak boleh di jadikan rujukan berkaitan hukum.Hukuman berubah-ubah mengikut keadaan keselesaan diri yang mengeluarkan hukum. Andainya terjejas urusan hidupnya apabila berkata benar maka hukum yang dikeluarkan yang haram bertukar halal atau sekurang-kurangnya haram bertukar harus.