Saturday, June 23, 2012

Isa Samad menjadikan KPF"ibarat nasi sedap gulai mentah; gulai sedap nasi mentah"



Keahlian Isa dalam KPF sebelum ini menimbulkan pertikaian dan bantahan beberapa pihak kerana beliau bukan seorang peneroka, anak peneroka mahupun kakitangan Felda. Sudah jelas dan nyata seperti undang-undang kecil KPF seperti berikut:

KEANGGOTAAN

1.Anggota-anggota  Koperasi  ini  terdiri daripada  sekelian   mereka   yang turut sama dalam permohonan untuk  mendaftarkan Koperasi ini dan  mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut Peraturan dan  Undang-undang kecil ini dari semasa ke semasa  

2).Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada entiti-entiti berikut:-

a).Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik.

b).Koperasi-koperasi peneroka Felda.

c).Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik. "Kakitangan" ertinya kakitangan yang dilantik secara tetap dan bekerja dengan Felda, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan dan koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh Felda.

d).Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi anggota Koperasi sebelum bersara.

e).Koperasi-koperasi kakitangan Felda.

Apakah sebab utama Najib dan Isa  Samad terlalu bersungguh –sungguh hendak menguasai  Koperasi Permodalan Felda sehingga sanggup berjalan dari pintu belakang dengan menggunakan kuasa menteri dan Perdana Menteri.

Melihat kepada fakta-fakta tersebut di bawah dan undang-undang kecil koperasi diatas,  bahawa Isa Samad tidak diperlukan kerana tidak ada rekod yang cemerlang untuk memimpin koperasi , melainkan yang terpalit ialah rekod rasuah politik ( mungkin lain dari kes  rasuah awam negara ?)dan mengkayakan diri  atas nama sebagai memimpin kerajaan negeri.

Lihat lah ini

 1 ). PUTRAJAYA 9 Julai – Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) muncul antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011 .

Kepercayaan orang ramai, pengurusan dan pentadbiran yang baik merupakan faktor utama yang membolehkan KPF memenangi anugerah tersebut.
Malah, kejayaannya merangkul anugerah tersebut merupakan bukti selanjutnya prestasi semasa koperasi itu serta kemampuannya memberikan sumbangan kepada masyarakat dan memainkan peranan aktif untuk terus memperkukuhkan gerakan koperasi di dalam negara.

2). Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memberikan pengiktirafan lima(5) bintang kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) berdasarkan kaedah penilaian flame-t yang merangkumi penilaian dalam aspek kewangan, likuiditi, aset, pengurusan dan teknologi maklumat.

Penilaian dijalankan sepanjang tempoh pemeriksaan usaha wajar ("due diligence") yang dijalankan SKM yang berakhir pada 1 november 2011 yang lalu.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak terlibat termasuk anggota lembaga, pengurusan serta warga kpf keseluruhannya.

Sejarah kecemerlangan KPF ketika ini, maka apa pentingnya Isa Samad masuk campur menguruskan wang warga  Felda. Rekod keuntungan sebelum koperasi  di kacau-bilau oleh Isa Samad dan Najib dari mula di tubuhkan julai 1980 hingga kini lebih 14 % dividen telah diberikan dan baru-baru ini (20/06/2012) telah di umumkan 18%.

Keuntungan , kehebatan dan kesempurnaan pengurusan KPF, dulu, kini dan selama-lamanya adalah yang terbaik,dan tidak usah di pertikaikan.Namun Kedatangan Isa Samad kedalam FELDA “ibarat nasi sedap gulai mentah;gulai sedap nasi mentah".

Tidak ada jaminan sekiranya Isa dan Najib mentadbirkan koperasi, dividen akan naik 20% hingga  30%,tambahan pula usaha memburuk-burukan pengurusan koperasi yang ada, demi untuk mengangkat dan menobatkan Isa Samad sebagai ahli dan bercita-cita melompat sebagai Pengerusi Koperasi, telah dijalan, seperti  memancing undi pewakilan UMNO semasa Isa Samad memenangi Naib Presiden dahulu. Sudah tentu keadaan ini mungkin bertujuan jahat terhadap wang koperasi.

Memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA, tetapi,hari ini syarikat-syarikat Felda telah di sumbatkan oleh Isa Samad ke Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH).Sifat dengki Isa ini telah membuatkan KPF hanya mempunyai Felda Niaga sahaja.

Idea Isa ini membuatkan KPF  berkedudukan serba–salah dikuatiri keuntungan di tahun–tahun akan mendatang  berkurangan kerana anak-anak syarikat FELDA tidak bersama KPF,akan  dikuti  dividen akan berkurangan maka ahli koperasi  menyalahkan  pengurusan dan ahli lembaga. Keadaan ini menjadikan Isa ketawa besar,menandakan agendanya telah berjaya.

Sekiranya Isa Samad di terima menjadi ahli dan seterusnya menjadi Pengerusi KPF, seterusnya mengetuai ahli lembaga koperasi ,cadangan KPF turut serta dalam Felda Global Venture Holdings Berhad akan tercapai.Andainya KPF dalam FGVH membayar dividen kurang dari sekarang ,alasan Isa Samad ianya berdasar pasaran saham semasa,kerana itu sudah satu lumrah.Ketika  itu ahli koperasi "telah jauh, baru dipanggil,telah karam baru bertimba".Baru tahu  susahnya  hitam nak diputihkan.

Apa yang penting bagi Isa ialah menggunakan wang koperasi menambah dana bagi tujuan penyenaraian FGVH dan dana tersebut mungkin boleh digunakan untuk wang pilihanraya sebagaimana berlakunya ladang-ladang pentadbiran yayasan negeri.

  



Saturday, June 16, 2012

Mahathir sudah mula -siang terkenang-kenang ,malam termimpi-mimpi




Akar terjuntai, tempat siamang berpegang – Apabila hendak tahu salah orang, dengarkan tutur katanya:
Dr Mahathir berkata,” sepanjang pemerintahannya, beliau sentiasa berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana menyedari beliau akan akan bersara dan kehilangan kuasa di suatu tahap”.
“Paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak  bersalah”.


Mahathir sudah takut dengan apa yang dilakukannya  terhadap orang lain 22 tahun lalu akan berlaku keatas   dirinya selepas PRU 13.Dulu orang lain sebagai pelakonnya,  sekarang sudah bimbang orang lain akan jadi pengarah,dia akan jadi pelakon .

Imbasan kembali peristiwa-peristiwa yang dilakukannya kepada penentang-penentangnya  sudah terbayang orang lain akan melakukan terhadapnya sekiranya PRU 13 menyebelahi  Pakatan Rakyat.Dia bimbang ketika itu orang akan membuat tuduhan palsu .

Apa  yang hendak dijelaskannya semasa menjadi ketua gengtar negara dahulu tidak ada tuduhan palsu kerana  tuduhan –tuduhan terhadap seseorang semasa rejimnya adalah benar kerana telah melalui proses keadilan.

Dia sengaja membuat lupa ,yang dia ada membuat pengakuan bahawa dia ada kuasa boleh buat apa sahaja Masa ini dia hendak  membangangkan orang, supaya apa yang dibimbangkan hari ini kiranya akan menjadi kenyataan,rakyat akan menganggap seseorang dalam kerajaan baru berkuasa, telah sah menggunakan tuduhan palsu terhadapnya.

Kita percaya kebimbangan bukan kepada Mahathir sahaja tetapi akan berlaku terhadap orang-orang kerajaan dari zamannya hingga zaman Najib .Masalah atau kepincangan undang-undang atau lebih tepat lagi “undang-undang sarang labah-labah” bermula dari mamak ini menjadi ketua geng.Dia juga telah menjadikan undang-undang ketika itu “undang-undang untuk orang, bukan untuk kita”.

Salah satu sebab kerajaan yang ada mempertahankan kesinambungan kuasa adalah bagi melindungi, wangi menjadi busuk,yang lusuh menjadi kopam,yang kudis menjadi pekung,yang reput menjadi ranap. Itulah dikuatiri kerana berkemungkinan ramai penghuni penjara selepas PRU 13 ialah bekas menteri atau orang politik. Tidak mustahil, jadi tekongnya ialah Mahathir Muhamad.

Pentingnya PRU 13 adalah menyelamatkan geng Mahathir hingga Najib sekurang-kurangnya lima tahun lagi ,sementara menunggu Mahathir menarik nafas akhir.Seandainya dalam tempoh tersebut kerajaan yang ada tidak diganti yang baru, Mahathir akan selamat dengan harimau mati meninggalkan belangnya dan gajah mati meninggalkan gading. Sebaliknya PRU 13 menjadi kenyataan kerajaan baru maka Mahathir dan gengnya baik sedikit dari Gaddafi.

Saya dan mungkin berjuta-juta yang lain berharap perkara ini ianya berlaku demi perubahan suasana negara dari nampak tenang ibarat badan sihat ditutupi  baju tetapi kurap seluruh kulit.

Murai berkicau malam mesti ada sebab –terkejut -   boleh  jadi babi hutan lalu di bawahnya atau  hantu syaitan melintas, atau nampak kelibat  malaikat lalu depannya,mungkin juga jirannya tupai jatuh dari ranting patah.

Tuesday, June 12, 2012

Tak tau nak gunakan duit



 
Dipaparkan 60 orang daripada 567 manusia Malaysia yang sudah  “tak tau nak lotakkan dan gunoan duit”.


Apa yang dipersoalkan perkara ini ialah kita tidak boleh menunjukkan kekayaan di mata orang ramai yang  bertungkus lumus mencari wang pagi hingga petang kadangkala hingga larut malam, hendak mendapatkan hujung nilai bidaan pun “soghik hidup”.
Seluruh rakyat Malaysia tahu siapa golong-golongan yang kaya raya tanpa bersusah payah.Apabila terkeluar  berita ada yang sanggup mengeluarkan wang sebanyak beratus atau puluhan ribu ringgit dikalangan orang-orang ini ,maka sudah tentu terbeliak mata dan pensan macam mana wang sebanyak itu di agihkan demi menjaga status mata dan perasaan hati.

Di negara ini,  sikap macam mana baik pun manusia terhadap orang lain sekiranya sikap menunjuk-nunjuk bahawa saya adalah jutawan ,boleh memiliki apa sahaja dengan wang , adalah tidak sesuai kerana masih   ada lagi mereka yang sentiasa kempunan hendak memakan lebihan makanan golongan terpilih.

Jabatan kerajaan mengambil kesempatan untung dengan berlumba-lumba menganjurkan nombor bidaan dan berusaha mendapatkan wang beratus ribu.  Sepatutnya  harga nombor bidaan ada had maksima dan minima supaya tidak ada manusia yang kaya raya sahaja berpeluang menikmati nombor yang tidak mengenyangkan atau melaparkan itu.

Walaupun ada orang mencipta ayat ini" hasil dari bidaan balik kepada kerajaan dan rakyat".Mudah juga pada yang ada,sukar juga pada yang tiada.

Fikir sebentar, wang sebanyak itu bukankah boleh di gunakan kepada manusia yang terbanyak.Mungkin sebelum ini telah berjuta di dermakan  kepada  golongan  terbanyak. Alhamdullilah!. Kesanggupan menderma lagi adalah lebih baik dari membida  nombor  siri.  Nak kaya berdikit-dikit,nak ramai bertabur urai. Negeri besar,rumah besar,berapa pun panjang perian tidak akan terantuk.

Dirasakan cukuplah dengan aktiviti "booking numbor" dengan nilai wang  pertaruhan RM200.00.

Wednesday, June 6, 2012

Mahathir dan Muhyidin pandai mengagak"baru dengar kentut, sudah tahu orang itu nak berak" .

Manusia yang tidak pernah ontok  di Malaysia ini ,Mahathir dan orang yang sepoghak dengannya , Muhyiddin ,satu lorong pendapatnya bahawa pembangkang akan mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" sekiranya kalah dalam pertarungan demokrasi PRU 13. 


Geng  poghak ini “baru dengar kentut, sudah tahu orang itu nak berak" “.

Bagaimana dengan tuntutan  mereka yang tidak puas hati itu telah di siasat,di ambil tindakan atau tidak dipedulikan seperti : - PM kata....kerajaan TIDAK akan layan tuntutan Bersih 3.0. Bagaimana dengan dakwaan Mahfuz Omar   “berhubung wujudnya 'task force' untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti”.Betul atau tidak?, perlu diambil peduli kerana dia hendak memberikan bukti.

Hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) - Guna dakwat kekal.

Demonstrasi berlaku kerana menunjukkan protes tidak puashati.Rasa tidak puashati hanya berlaku kepada mereka yang membangkang.Sikap atau aktiviti kerajaan yang membuatkan orang luar kerajaan mengadakan demonstrasi sebagai melahirkan protes.

Tidak pernah kita mendengar di dunia ini dalam pilihanraya atau aktiviti yang di urus oleh kerajaan yang memerintah,  kerajaan itu sendiri  melahirkan rasa tidak puas hati dan membuat demonstrasi.  Kalau bagitu keadaannya itu dinamakan kerajaan bungko dan hompong. Kerajaan yang memerintah mungkin zalim dalam pemerintahan atau zalim dalam melaksanakan demokrasi  dengan melakukan penipuan  atau mengeksploitasi  terhadap kelemah sistem piliharaya.

Kerajaan  yang memerintah yang ada peluang kuasa atau mengambil kesempatan menggunakan apa sahaja instrument kerajaan  bagi  melindungi kesilapan serta kesalahan kerajaan  bagi mencapai cita-cita mengekalkan kuasa.

Kita  lihat suasana di Malaysia bagaimana kerajaan yang memerintah menggunakan setiap inci dan saat peluang  kuasa mengambil kesempatan mengongkong  media dan institusi kerajaan .Kedua-dua badan ini ,iaitu yang satu takutkan  terjejas permit  atau lesen  manakala yang satu lagi  takut periuk nasi yang mula-mula  dicurahkan garam dengan banyak kemudian  dicurahkan racun.

Perasaan tidak puashati juga berlaku kerana kerajaan yang memerintah terlalu lama, yang kita ketahui peringkat awalnya  mereka yang terlibat memerintah bertujuan baik ,iaitu bagi membela bangsa dan negara tetapi akhir-akhirnya mereka menjadi rakus mementingkan peribadi diri untuk mencari kekayaan. Banyak contoh-contoh di luar  Malaysia ,terutama negara-negara timur tengah yang melahirkan protes  “arab spring”.

Semua dasar kerajaan di dunia ini bertujuan baik tetapi manusia yang menghuni dalam kerajaan semakin panjang usianya ,semakin lapar, sehinggakan mengira pinggan makanan “ satu untuk kau seribu untuk aku”.
Ramai  dikalangan mereka yang mengadakan demontrasi menunggu –nunggu untuk berkhidmat  sebagai  badan kerajaan yang baru  yang  belum diuji kehebatan memerintah namun  oleh kerana kerajaan yang sedia ada mahu terus memerintah walaupun pemerintahannya telah kurang berkesan dan pincang.Mereka yang menunggu terus dalam keadaan menunggu,tidak ada peluang menjadi pemimpin dalam kerajaan baru.

Mereka yang ikhlas  sebagai pemimpin dan ikhlas berkhidmat kerana negara sepatutnya mempunyai ciri-ciri  meletak jawatan kiranya terlalu lama berkhidmat.Adakah manusia mencanangkan dirinya"biarlah den ponek  asalkan negara den kayo " atau "dah ponek den dah tapi tak yo kayo-kayo". Mereka yang ada kuasa iaitu pemimpin, kiranya berkhidmat terlalu lama akan bertambah panjang cengkaman kukunya dan bertambah miskin khidmatnya maka bertambah pula harta pencariannya.

Pembangkang telah menjadi mangsa” kerajaan semasa” yang memerintah sejak 12 kali pilihanraya terutama semasa piliharaya zaman Mahathir.Undi pos telah memenangkan calon-calon kerajaan  yang memerintah, kerana yang mengundi pos ini ialah orang kerajaan seperti polis dan tentera. Karung-karung undi pos itu akan diketahui dari mana datangnya pengundi.Kiranya diketahui undi lebih kepada calon  pembangkang maka ketahuilah nasib ketua mereka, selepas pilihanraya kerana gagal mengawal anak buah.

Orang kerajaan yang mengundi parti lain akan di tag nama sebagai penentang kerajaan.Pengalaman  bagi pilihanraya yang lalu undi pos di pangkah oleh ketua –ketua mereka seorang . Ini kenyataan benar. Kurang percaya tanya lah bekas tentera atau polis yang menetap di kem-kem. Tak tahu siapa yang pangkah kertas undi hak mereka.

Ada saranan supaya rakyat memilih kerajaan yang berpengalaman.Agaknya sampai bila kita memilih kerajaan yang berpengalaman. Lima puluh enam (56)tahun  yang lalu, kerajaan yang ada sekarang ada pengalaman atau tidak .

Apakah apabila kerajaan baru terpilih kesemua anggota perkhidmatan awam akan berhentikan atau syarikat-syarikat swasta dan pekerja , serta kilang swasta  di sita dan ditutup. Yang akan hilang dari pandangan kita hanya Najib dan gengnya dan diganti dengan orang baru dan dasar berubah beransur-ansur.