Keahlian Isa dalam KPF sebelum ini menimbulkan pertikaian dan bantahan beberapa pihak kerana beliau bukan seorang peneroka, anak peneroka mahupun kakitangan Felda. Sudah jelas dan nyata seperti undang-undang kecil KPF seperti berikut:
KEANGGOTAAN
1.Anggota-anggota Koperasi ini terdiri daripada sekelian mereka yang turut sama dalam permohonan untuk mendaftarkan Koperasi ini dan mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut Peraturan dan Undang-undang kecil ini dari semasa ke semasa
2).Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada entiti-entiti berikut:-
a).Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik.
b).Koperasi-koperasi peneroka Felda.
c).Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik. "Kakitangan" ertinya kakitangan yang dilantik secara tetap dan bekerja dengan Felda, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan dan koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh Felda.
d).Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi anggota Koperasi sebelum bersara.
e).Koperasi-koperasi kakitangan Felda.
Apakah sebab utama Najib dan Isa Samad terlalu bersungguh –sungguh hendak menguasai Koperasi Permodalan Felda sehingga sanggup berjalan dari pintu belakang dengan menggunakan kuasa menteri dan Perdana Menteri.
Melihat kepada fakta-fakta tersebut di bawah dan undang-undang kecil koperasi diatas, bahawa Isa Samad tidak diperlukan kerana tidak ada rekod yang cemerlang untuk memimpin koperasi , melainkan yang terpalit ialah rekod rasuah politik ( mungkin lain dari kes rasuah awam negara ?)dan mengkayakan diri atas nama sebagai memimpin kerajaan negeri.
Lihat lah ini
1 ). PUTRAJAYA 9 Julai – Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) muncul antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011 .
Kepercayaan orang ramai, pengurusan dan pentadbiran yang baik merupakan faktor utama yang membolehkan KPF memenangi anugerah tersebut.
Malah, kejayaannya merangkul anugerah tersebut merupakan bukti selanjutnya prestasi semasa koperasi itu serta kemampuannya memberikan sumbangan kepada masyarakat dan memainkan peranan aktif untuk terus memperkukuhkan gerakan koperasi di dalam negara.
2). Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memberikan pengiktirafan lima(5) bintang kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) berdasarkan kaedah penilaian flame-t yang merangkumi penilaian dalam aspek kewangan, likuiditi, aset, pengurusan dan teknologi maklumat.
Penilaian dijalankan sepanjang tempoh pemeriksaan usaha wajar ("due diligence") yang dijalankan SKM yang berakhir pada 1 november 2011 yang lalu.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak terlibat termasuk anggota lembaga, pengurusan serta warga kpf keseluruhannya.
Sejarah kecemerlangan KPF ketika ini, maka apa pentingnya Isa Samad masuk campur menguruskan wang warga Felda. Rekod keuntungan sebelum koperasi di kacau-bilau oleh Isa Samad dan Najib dari mula di tubuhkan julai 1980 hingga kini lebih 14 % dividen telah diberikan dan baru-baru ini (20/06/2012) telah di umumkan 18%.
Keuntungan , kehebatan dan kesempurnaan pengurusan KPF, dulu, kini dan selama-lamanya adalah yang terbaik,dan tidak usah di pertikaikan.Namun Kedatangan Isa Samad kedalam FELDA “ibarat nasi sedap gulai mentah;gulai sedap nasi mentah".
Tidak ada jaminan sekiranya Isa dan Najib mentadbirkan koperasi, dividen akan naik 20% hingga 30%,tambahan pula usaha memburuk-burukan pengurusan koperasi yang ada, demi untuk mengangkat dan menobatkan Isa Samad sebagai ahli dan bercita-cita melompat sebagai Pengerusi Koperasi, telah dijalan, seperti memancing undi pewakilan UMNO semasa Isa Samad memenangi Naib Presiden dahulu. Sudah tentu keadaan ini mungkin bertujuan jahat terhadap wang koperasi.
Memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA, tetapi,hari ini syarikat-syarikat Felda telah di sumbatkan oleh Isa Samad ke Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH).Sifat dengki Isa ini telah membuatkan KPF hanya mempunyai Felda Niaga sahaja.
Idea Isa ini membuatkan KPF berkedudukan serba–salah dikuatiri keuntungan di tahun–tahun akan mendatang berkurangan kerana anak-anak syarikat FELDA tidak bersama KPF,akan dikuti dividen akan berkurangan maka ahli koperasi menyalahkan pengurusan dan ahli lembaga. Keadaan ini menjadikan Isa ketawa besar,menandakan agendanya telah berjaya.
Sekiranya Isa Samad di terima menjadi ahli dan seterusnya menjadi Pengerusi KPF, seterusnya mengetuai ahli lembaga koperasi ,cadangan KPF turut serta dalam Felda Global Venture Holdings Berhad akan tercapai.Andainya KPF dalam FGVH membayar dividen kurang dari sekarang ,alasan Isa Samad ianya berdasar pasaran saham semasa,kerana itu sudah satu lumrah.Ketika itu ahli koperasi "telah jauh, baru dipanggil,telah karam baru bertimba".Baru tahu susahnya hitam nak diputihkan.
Apa yang penting bagi Isa ialah menggunakan wang koperasi menambah dana bagi tujuan penyenaraian FGVH dan dana tersebut mungkin boleh digunakan untuk wang pilihanraya sebagaimana berlakunya ladang-ladang pentadbiran yayasan negeri.