Wednesday, May 13, 2015

Campakkan je orang yang suka memuji diri di tabung haji




 Hasil carian imej untuk tabung haji 1MDBHasil carian imej untuk tabung haji 1MDB
Sudah satu minggu skandal bantuan tabung Haji kepada 1MDB terdengar oleh rakyat dan penyimpannya.Namun tidak ada desas-desus tangan  yang melencongkan  niat tabung haji untuk berhenti atau lebih cantik bahasa berambus dari intitusi tersebut. Eloklah dipecahkan tradisi tidak akan meletak jawatan sukarela kepada  ikhlas letak jawatan kerana terlanjur melaksanakan perkara yang tidak ada kepentingan tabung haji.

Memang penyimpan tidak rugi dan berkurangan wang simpanan ,tetapi ada syaitan yang mengambil kesempatan melepaskan sesak hutang syarikat atau orang lain dengan menggunakan kesempatan kuasa yang ada untuk berbuat apa sahaja harta rakyat.

“Kau jualah berapa billion tanah yang sekangkang kera itu  yang membawa keuntungan tabung haji namun kau telah boleh melepaskan sesak dada untuk meneruskan kehidupan syarikat kau”.

Keyakinan telah musnah kerana  pengurusan kewangan tabung haji digunakan oleh ular-ular besar  untuk menyelamatkan hutang  syarikat-syarikatnya yang mengalami ke arah bangkrap.Eloklah di campakkan ular-ular ini,Azeez mamak,Johan Abdullah, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Abdul Samad Alias dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan ramai lagi yang duduk semeja mentelaah bagaimana hendak menyelamatkan 1MDB.

Tidak usah berharap kepada mereka semua itu meletak jawatan  secara sukarela kerana kesal dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan, kerana setiap jawatan dapat sumber kewangan mudah untuk isi perut peribadi melalui Tabung Haji.

Mereka semua dari Tabung Haji yang ada kaitan dengan 1MDB diserah tugas untuk menyelesaikan masalah oleh syarikat gengstar negara itu. Kita tidak perlu percaya arahan jual semula tanah yang dibeli dengan harga RM188.5 juta itu kerana ini merupakan bailout bagi menyelamatkan hutang .

Juga tidak usah percaya bahawa tabung haji meraih keuntungan ikhlas dari pembeli  tanah sama ada bukan islam atau islam kerana berkemungkinan harga yang ditawarkan harga paksa atau harga rayuan kepada orang kaya negara, oleh mereka yang berkepentingan dengan 1MDB.

Urusan jual beli tanah diantara 1MDB dengan Tabung Haji  telah selesai .Matlamat untuk melunaskan hutang telah tercapai .Persoalan dapat keuntungan hasil jual beli tanah tersebut bukan isunya,sebaliknya menggunakan wang pendeposit mengikut teragak dihati dan membeli tanah dari syarikat yang dalam kontroversi.  

Lagipun pengurusan Tabung Haji telah pun beberapa kali memusnahkan kenyakinan penyimpan dengan mengubah   dasarnya kepentingan bakal jemaah haji  kepada kepentingan ahli politik dan politik kerajaan.Sepatutnya penyimpan mengambil tindakan sendiri menarik balik simpanannya bagi mengajar syaitan-syaitan dalam Tabung Haji.

Tidak usah berharap mereka semua itu meletak jawatan secara sukarela kerana kesal dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan, kerana setiap jawatan mereka dapat sumber kewangan mudah untuk isi perut peribadi, melalui Tabung Haji.

Kita juga tidak perlu percaya kata-kata manis pengerusinya yang pasti hendak menyelamatkan dirinya yang sepatutnya telah meletakkan jawatan kerana terbongkarnya kerja gila tangan syaitan yang menggunakan duit penyimpan yang berdikit-dikit untuk kepentingan kesilapan beberapa orang pemimpin yang korap.Sembunyi-sembunyi puyuh,kepala tersorok ekor kelihatan.

Penyimpan tidak perlu terpengaruh dengan lagu-lagu pengerusinya ,dengan angka-angka bonus atau dividen yang diberi semasa dia berada dipuncak tabung haji, kerana Tabung haji telah berdiri megah lebih 50 tahun telah mempunyai ladang dan syarikat pelaburan yang mantap ,sedangkan mamak Azeez berada di Tabung Haji bermula 2012.Kita tidak perlu mengharapkan mulut bau madu,pantat bawa sengat.

Perlu ingat di negara ini tidak ada lagi tempat yang selamat dan orang dipercayai kejujuran serta keikhlasan untuk membantu atau menolong seseorang,membantu rakyat serta masyarakat melainkan ada udang disebalik batu,gunting dalam lipatan,sembahyang mencari akal ,rukuk mencari kira-kira,

Monday, May 4, 2015

Perangai kerajaan yang memerintah lebih 57 tahun

Weeeeeeeeeeeeeeekkkkkk!!!!


Macam mana hendak melahirkan perasaan tidak menerima GST. Berhimpun ramai-ramai menyatakan bantahan, di tangkap polis dan mungkin disumbat dalam penjara.Menulis dalam media sosial di mark di bawah akta hasutan.

Menteri dan timbalan menteri, yang berbangga dengan mengeluarkan kenyataan kepada  orang ramai terutama kawasan pilihanraya kecil bahawa rakyat telah menerima dan tidak membantah GST.

Inilah yang dinamakan kenyataan syok sendiri yang pointnya dan ketegasannya, serta penerimaan paksa rakyat,  dilindungi undang-undang polis dan undang-undang pelindungan kekalkan kerajaan sampai kiamat.

Apabila pilihanraya kecil berlaku harga RM90,000 bagi rumah generasi kedua berbanding RM125,000  akan dilaksanakan ke seluruh kawasan Felda seluruh negara, bukan setakat hanya di Parlimen Rompin.Ini bukan gula-gula untuk masyarakat Rompin bersempena PRK.


Pelbagai contoh pengisian perilaku kerajaan perasuah dan wakil rakyat perasuah setiap kali menjelang pilihanraya.Bagi SPR perangai ini satu khidmat bakti kerajaan kepada rakyat. Satu tradisi yang diwarisi setiap kali pilihanraya.
Majlis penyampaian sumbangan bagi masjid, surau dan sekolah agama Permatang Pauh.


Parlimen Rompin sebanyak 1,504 unit rumah PGBF sedang dalam proses pembinaan dan menjadikan kawasan ini yang paling banyak dibina rumah berkenaan. -





Keluar parti makin rancak di Permatang Pauh.

Ayat-ayat cantik dan sedap telinga mendengar
Keluar parti makin rancak di Permatang Pauh.Dijangka PAS dan PKR serta DAP dibubarkan selepas pilihanraya . Kita sama-sama lihat selepas 7 Mei 2015.
"Ini masalahnya apabila kerajaan negeri tidak sama dengan Pusat. Apa sahaja projek yang kita nak buat untuk rakyat sama ada ditolak atau diterima tetapi dengan syarat-syarat yang kita sukar tunaikan.
Pembangkang lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding keperluan rakyat

Ayat –ayat yang membangangkan  rakyat.

Banyak projek pembangunan yang mahu dilaksanakan di negeri ini menghadapi kesukaran ekoran tidak mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan negeri.
"Pilih pemimpin yang boleh mewakili suara rakyat bukannya pemimpin yang hanya menjadi wakil suami,"
Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin berikrar akan bekerja 18 jam untuk rakyat dan tidur hanya  6 jam.

Pilihanraya kecil merupakan gedung rasuah kerajaan kepada pengundi. Menang  UMNO kerana rasuah, sah  pengundi menyokong rasuah, manakala kalah  UMNO pengundi menolak umpan rasuah satu keikhlasan demokrasi.