Thursday, January 29, 2015

undang-undang dipermainkan- hukum mati di sini lari ke sana.





Kita lihat bagaimana undang-undang manusia di permainkan oleh manusia sendiri , untuk mengelak hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.Bererti ada sebalik pelaku  kejahatan yang lebih  dahsyat jahat pelakunya yang perlu dilindungi  kuasanya,perangai buruknya yang berkemungkinan orang ramai tidak menyangkanya.

Berfikir secara bodoh dan melihat perjalanan kes dan perjalanan perbicaraan di mahkamah  mungkin orang tidak siuman sahaja yang berfikir lurus bendul  berkaitan pembunuhan Altantuya sembilan tahun lalu.

Pesalah Sirul Azhar dan Azilah Hadri sepanjang perbicaraan tidak pernah di lihat mukanya semasa di bawa ke mahkamah .Disediakan penutup khas untuknya seolah-olah apabila  ada ketikanya mereka  dibebaskan tidak ada seorang pun yang mengenali apabila dia keluar penjara atau bertugas semula. Ada suatu kuasa perlindung  bahawa mereka berdua tidak patut mati  kerana tugas.

Beribu-ribu kes mahkamah sama ada kesalahan jenayah bunuh,rogol ,rasuah atau jenayah lain mereka yang terlibat hanya mampu  atau di benarkan menutup muka dengan dua tapak tangan,sekumpulan kertas surat khabar atau dengan sehelai kain.

Mahkamah tinggi telah menjatuhkan hukuman mati kedua-duanya pada April 2009 .Kali pertama sikap tidak sampai hati pesalah istimewa ini dijatuhi hukuman  mati dan membebaskannya pada 23 ogos 2013.

Apabila kedua-dua  makhluk  istimewa ini sudah mati hidup semula ,tentunya gembira maka mereka menjalani kehidupan seperti  individu lain ,bebas bagai burung terbang  ke mana sahaja dalam dunia ini. Salah seorang dari mereka berdua  kpl Sirul berada di Australia.Itupun telah lebih 3 bulan yang lalu.

Manusia biasa dalam negara ini sepatutnya ada lagi satu mahkamah selepas  hukuman mahkamah rayuan  pada Ogos 2013 tetapi  pembunuh istimewa ini di beri kebebasan tanpa ragu.

Pehak berkuasa mahkamah tidak berpuas hati terhadap hukuman hidup semula pembunuh yang sudah mati  kerana mustahil Altantuya mati kiranya tidak ada pembunuhnya.Kalau mati demam atau sebab penyakit lain, tentu badannya tidak hangus dan hancur. 

Hendak dituduh orang lain melakukan pembunuhan ,tidak ada bukti  sabit pembunuhan . Motif pembunuhan boleh  di  imagine sahaja ,maka congak seterusnya  berbalik kepada Sirul dan Azila.Pada 14 Januari 2015 kedua-dua pembunuh mati semula.

Sudah mati ,hidup semula ,mati sekali lagi barulah gambar mereka disiarkan melalui media .Azila mungkin tak sempat hendak kemana manakala Sirul sempat ke Australia.

Lakonan seterusnya Sirul berjaya mempermainkan undang-undang dunia  dan tak mungkin hukuman mati di kenakan kerana Australia tidak ada hukuman itu  walau  apa pun kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah.
Kesilapan sengaja atau tidak mengapa passport kedua-kedua penjenayah tidak di tahan sedangkan  mereka melakukan kesalahan berat.Keadaan demikian tidak berlaku terhadap pesalah lain sebelum ini, passport terus ditahan sehingga ke akhir proses undang-undang.

Kini satu lagi lakonan dan penjelasan dan mungkin membela diri dikeluarkan oleh orang yang dikaitkan peringkat awal perbicaraan pembunuhan Altantunya, bahawa tidak ada istilah kambing hitam dalam pembunuhan tersebut dan jangan cuba mengheret atau mengaitkan masalah pembunuhan itu dengan politik.

Benar apa yang dikatakan oleh Razak Baginda, tetapi sesuatu perkara itu berlaku mesti ada sebabnya.Paling mudah sebabnya kedua mereka membunuh  adalah bagi menyelesaikan lintasan masalah yang  kerap memeningkan  kepala mereka.

Sirul dan Azilah mungkin merupakan orang yang menyimpan masalah bertubi-tubi .Dengan kebodohan dan kesetiaan antara gangstar dengan ketuanya, yang hilang pertimbangan hukum Allah, telah sanggup membunuh kejam. Maka memang layak mereka  berdua yang bangang dan tidak menggunakan fikiran sebagai manusia dalam pertimbangan membuat  keputusan ,yang mana salah dan yang mana betul di hukum mati.

Friday, January 23, 2015

JAWI - tak bertolo





Rupanya JAWI(Jabatan Agama Islam Wilayah) kata orang kampung saya,tak bertolo .Tidak berani bertindak setelah digertak oleh beberapa orang diluar pejabatnya yang lebih bertolo dan pandai darinya.

Kita semua tahu yang berkerja di jabatan agama islam itu adalah mereka yang di beri gaji maka dia tidak boleh eksyen dengan orang di luar tempurung. Orang di luar tempurung tidak sebijak mana dalam agama tetapi ada kuasa bapaknya,suaminya,atau anaknya.yang boleh bertindak terhadap ustaz-ustaz upahan di JAWI.

Buka sahaja mulut “ ustaz jangan malukan bini saya” ha! Siap tuding jari bercakap melalui telefon.Apa lagi ustaz upahan pun menggigil dan lembut berkata”ok dato’. 

Itulah di antara sebabnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berlembut dan tidak berani bertindak terhadap gadis yang di cium dan dipeluk artis k-pop.

Dicium dan mencium artis luar ini pernah dilakukan oleh isteri-isteri pembesar negara yang beragama islam namun tidak pula kedengaran teguran dari JAWI atau waran tangkap kerana memalukan penganut agama islam. 

Itulah kerja penguasa agama atau bijak pandai agama di Malaysia ini perbuatan yang nyata haram hanya berani bertindak kepada golongan yang lemah atau rakyat biasa, sebaliknya mereka yang berkuasa sebesar mana sekali pun kesalahanya, mereka terdiam.

Perubahan nada kemarahan JAWI kita sedia maklum mungkin Mufti, dan Khadi  serta pegawai-pegawainya telah mengambil air sembahyang setelah bercakap .Sebelum ini mereka membuat kenyataan ditemani iblis.

Tindakan penguasa agama berkaitan halal dan haram serta hukum syariah selalu tidak tegas dan sentiasa berdolak dalih.tidak konsistan .Tidak berani bertindak kiranya sesuatu pekara yang memalukan islam melibatkan anak dan isteri serta keluarga mereka berkuasa dalam kerajaan.

Sikap anak gadis rakyat biasa di peluk dan di cium artis k-pop maka melenting majlis agama yang bertanggungjawab dan dengan berani mengeluarkan waran tangkap.selepas itu menyuruh gadis tersebut tampil menyerah diri dan sekarang kesemua tindakan yang dirancang telah dibatalkan.

Orang ramai tahu sebabnya kesemua tindakan tersebut di batalkan kerana takut penguasa agama di tuduh wujudnya peraturan  double standard ‘.Ini adalah disebabkan sebelum ini adanya isteri-isteri orang kenamaan yang memeluk dan mencium artis-artis luar negara tetapi tidak ada sebarang kenyataan dari  penguasa agama .

Jelas pada kita masih ada manusia yang berkuasa serta cerdik pandai  islam tetapi masih berusaha menjadikan undang-undang atau peraturan Allah sebagai peraturan sarang labah-labah -,besar terlepas,kecil tersangkut.

Pada  bulan Jun tahun 2014 yang lalu kita mendengar coklat Cadbury mengandungi DNA babi maka haram orang islam memakannya. Beberapa bulan kemudian JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawa coklat tersebut halal dimakan. 

Orang ramai tidak tahu dan tidak ingin tahu apa puncanya fatwa segera dari haram ke halal.Yang nyata lahirnya sikap negatif terhadap  perubahan segera kenyataan JAKIM.

Orang ramai hilang kepercayaan bahawa coklat tersebut benar–benar halal.Berpuluh iklan didada media di siarkan bahawa coklat tersebut halal dimakan.Tentu kemerosotan jualan coklat tersebut dan pendapatan syarikat terjejas. 

Apa pun kesimpulan adalah berpunca penguasa agama islam bertindak terburu-buru  dan takut bertindak lebih jauh selepas kenyataan dikeluarkan kerana melibatkan syarikat besar dan menyumbang dana untuk kerajaan dengan jumlah yang besar.Halal atu haram hasil kerajaan adalah perkara terakhir.

Sunday, January 18, 2015

k-pop -melayu dipimpin oleh mereka yang terlanjang




Kadangkala saya malu hendak mengaku sebagai bangsa melayu samaada di Malaysia atau di luar negara kerana tidak ada satu perkara pun yang melayu boleh di banggakan peringkat negara ini atau peringkat antara bangsa.

Adakah lagu-lagu,tarian atau budaya melayu menjadi pujaan rakyat atau belia di negara Korea,Jepun,China,India atau di negara barat. Artis Malaysia adakah seperti Shah Rukh Khan di Cium atau di peluk isteri-isteri menteri di India atau  berapa ramai peminatnya di luar negara.Semua perkara kepunyaan bangsa melayu gahnya hanya berkokok dalam reban sendiri.Lebih malang lagi ramai artis-artis melayu di Malaysia memuja bintang bollywood,k-pop dan bintang filem,penyanyi dari Hong Kong dan China.

Yang terkenal di Malaysia ini melayu sebagai juara penagih dadah,juara rasuah, juara humbankan bayi,juara valdalisma, juara jual tanah dan kesemua penyakit sosial negara ini melayu yang punya..

Kerana dungunya  bangsa melayu dalam dunia ini, maka sesuatu yang menyoronokkan mindanya dan berlainan budaya yang ada, dengan sendirinya melayu lupa diri dan agamanya, mudah terlibat dan menyanjung serta memuja budaya baru  dari luar.

Masuk budaya Hindustan melayu akan menggila terhadap artisnya.Masuk budaya kong fu melayu akan turut serta. Bagitu juga artis jepun dan hong kong suatu ketika menjadi ikutan, tetapi tidak sehebat sambutan melayu terhadap artis bollywood.Terbaru tarian dan nyanyian Gangnam Style dan k-pop.Kesemua budaya dari luar yang diperkenalkan di Malaysia ini terlebih dahulu di bolot oleh melayu.

Tarian budaya melayu masih lagi tidak berubah. Lenggang lenggoknya masih berkonsepkan gaya lama  yang hanya diubah-ubah serba sedikit mengikut kerancakan muzik yang digubah serta disesuaikan alat muzik terkini, tetapi lenggok malas yang dikatakan lemah lembut itu tidak ditinggalkan. Tarian ini tidak menimbulkan minat anak muda malahan ada yang mencemuhnya.Yang terangguk-angguk,atok-atok dan nenek-nenek.

Tidak ada yang dikatakan baru dalam budaya tarian dan muzik,serta lagu melayu, bertambah malang lagi tidak ada strategi pasaran atau perkenalan peringkat antarabangsa. Budaya melayu hanya menjadi jaguh kampung.

Menyanjung orang luar  telah sebati dalam hidup dan keturunan melayu di Malaysia ini.Itulah sebabnya orang melayu yang dah tua atau muda sama gilanya mengagungkan orang luar. Maka Hollywood ,bollywood dan terbaru k-pop menjadikan melayu lupa batasan agama dan lupa larangan Allah.

Peringkat awal kedatangan orang inggeris ke Malaysia umpanya telah disambut dan disanjung oleh  orang melayu kerana bangsa tersebut mempunyai paras rupa yang cantik dan tampan berbanding bangsa melayu yang kulit sawo matang  dan tidak semancung orang putih kurang menawan dan biasa dilihat.

Melayu mudah terpikat,terutama anak gadisnya terhadap bangsa-bangsa luar ,seperti orang mat saleh,bangsa Pakistan dan Banglades.Ketampanan mereka telah memuja anak gadis melayu maka ramai diantara mereka menyerahkan diri kepada bangsa ini dan berkahwin dengannya.

Dahulu bangsa-bangsa Jepun,Korea dan China tidak menimbulkan minat orang melayu mendekatinya kerana bangsa-bangsa tersebut mempunyai paras rupa mata yang sepet dan keadaan fizikal badan tidak menarik.Hari ini bangsa tersebut telah kelihatan sungguh berlaian .Lelakinya telah tampan manakala wanitanya amat menawan sekali. Mereka telah meninggalkan budaya lamanya yang tidak menarik bangsa-bangsa dunia.

Korea,Jepun dan Cina merupakan bangsa yang sentiasa maju semua bidang dalam dunia ini.Bangsa yang berfikiran positif untuk mencapai  kejayaan dan menguasai dunia telah berusaha mencipta tarian serta irama lagu yang sesuai untuk semua..Lahirnya k-pop bertujuan mengalihkan pemujaan style tarian yang sebelum ini dikuasai oleh orang barat.

Sebelum K-pop berada di persada dunia ,orang melayu  telah mencintai dan sentiasa berkhayal memuja bintang bollywood dari sebelum merdeka hingga kini.Kemuncak memuja bintang bollywood adalah  anugerah bintang kebesaran kerajaan negeri  kepada  pelakon terkenal hindustan dan pelukan isteri –isteri orang bangsawan negara dengan bintang terkenal hindustan Shah Rukh Khan.

Tidak hairan kita maka ramai anak muda yang sedang miang rebung mengucup dan menikmati ciuman bintang k-pop.Bintang k-pop ini telah dihalalkan oleh kerajaan bermula perhimpunan sejuta belia pada tahun 2012.Menteri belia ketika itu mengatakan dengan modal RM1.6 juta  jemput k-pop untung RM140 juta.

Jelas tidak boleh dipersalahkan anak muda hari ini menjadi gila macam bapak-bapak dan ibu-ibunya menggilakan bintang  k-pop dan Hindustan kerana bapak melayu sanggup membeli 1.6 juta maka anak melayu sanggup membeli lebih dari itu.  Manakala ibu-ibu  sanggup di peluk atau di cium maka anak-anak sanggup di raba dan diramas k-pop dan bintang Hindustan.

Perangai anak anak muda tidak akan berubah selagi orang-orang tua turut menyokong  aktiviti cium mencium artis atau penghibur dari luar.

Bertambah  gila anak-anak muda memuja dan mendewakan artis kerana penguasa agama yang  mengawal melayu islam bertindak mengikut kategori  iaitu kategori rakyat biasa dan kategori bangsawan atau mereka yang menganggap very-very important person.

V VIP dihukum dengan lakonan menampar muka atau sebat seperti  dalam drama atau filem, manakala rakyat biasa benar-benar di terajang, kiranya melarikan diri di cari ke lubang cacing. Jangan kehairanan perangai anak muda hari ini kerana mereka di pimpin oleh mereka yang sedang terlanjang menyuruh orang lain pakai seluar dan kain.

Thursday, January 8, 2015

banjir -kejutan musibah dan nikmat rezeki




Banjir  kedatangannya melahirkan rangkuman sifat manusia ,muhasabah,musibah dan ibadah.Tidak perlu gundah dan ngelabah .Mereka terlibat merasai keperitan suasana banjir ketika ini ada rahmat dan nikmat.Selepas banjir surut dan keadaan seperti biasa ada diantara mereka yang terlibat akan menikmati rezeki  yang tidak diduga.

Muhasabah setiap kesilapan manusia terhadap alam ini.Bagitu sempurna di jadikan Allah.Manusia penghuni Malaysia ini tidak simpati dan perihatin  keadaan alam sekitar, serta tiada kerjasama penjagaannya.

Sampah yang berjuta-juta tan setiap hari masyarakat tidak mahu melibatkan diri kitar semula, malahan sanggup melemparkan merata-rata  biarkan bersepah dan menyumbat longkang dan parit.Kayu kayan yang tidak dikawal penebangannya di hutan simpan dan di kampung tempat kediaman menyeksa hakisan tanah dan  kelajuan air sungai .Kita hanya mampu mengeluh “bilalah banjir ini surut”.

Air hujan turun luar biasa musim ini, adalah ujian Allah terhadap rakyat negara ini, yang tidak mengira standard atau golongan yang menerima musibahnya.Perlu diingat bahawa kita terlalu banyak ketawa dari menangis mengingati yang mencipta. Talian hayat dengan Allah sentiasa terputus-putus.

Urusan hidup kita samaada dalam rumah atau luar rumah terlalu  menuju kearah melupakan Allah.Kesibukan melayari dunia membuatkan kita hanya mampu mengingatiNya lima waktu yang memerlukan masa beberapa minit sahaja.

Ruang masa yang ada diantara kita sibuk  berpolitik, yang politiknya tidak menuju kearah diredai Allah.Berpolitik  bertujuan memiliki kuasa untuk bebas dan rakus mengecapi  nikmat dunia, mengumpul harta melalui ekonomi dan hiburan kearah maksiat. Pemimpinnya yang yang sentiasa membelakangkan rakyat.Ucapan pemimpin hanya lunak di bibir bagai iklan –iklan dan lagu propaganda melalui media.

Dua musibah penerbangan yang menimpa kita tidak menjadi pengajaran dan keinsafan semua pehak maka kali ini banjir yang melanda beberapa negeri yang luar kebiasaan yang jelas bukan sahaja masalah geografi tetapi kuasa Allah yang adanya meletup di sana,berbunyi di sini.

Kita bersungguh berdoa dan mengadu hajat seluruh masjid dalam negara, hanya setelah musibah melanda,bertujuan cuba menghalang qadak Allah.Kita tidak merendahkan diri dan bertanya siapa kita yang ada kuasa sedikit, sentiasa mempertikai dan mengelak-ngelak mengikut Al Quran dan sunah . Bersetuju saranan kalimah hanya semasa tahiyat awal dan tahiyat akhir solat.

Ramainya masyarakat hari ini menggunakan kelebihan nilai agama yang ada pada dirinya memperjudikan nasib dengan ilmu Allah memperolehi sumber kewangan, yang nilainya setanding penghibur-penghibur  tanah air.Demand bayaran yang tidak berpadanan dengan ilmu yang disampaikan.

Keadaan pimpinan negara hari ini yang telah melatah, apa sahaja yang dilakukan semuanya kearah  kepentingan diri sendiri,keluarga dan kroni yang rapat. Tidak peduli segala masalah rakyat hanya berupa jeritan  ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.

Lihat dengan mata sendiri nasib mangsa-mangsa banjir yang menerima budi dari mereka yang pandai menyelisik sedang laga dan sekali merengkuh dayung,dua tiga pulau terlampau.Mereka ini ada diantaranya orang kaya enam jahanam yang ketika ini bermurah hati. Hanya Allah yang maha mengetahuiNya.

Keperitan yang melanda mangsa banjir atau musibah yang didatangkan Allah  hari ini, beberapa hikmahnya akan dinikmati dan telah  diperolehi semua pehak. Pemurahnya Perdana Menteri dan wakil rakyatnya menyampaikan bantuan beras dan bahan makanan.Lahir sikap luhur segelintir  rakyat Malaysia sanggup menderma dan mungkin  menerima pahala mudah dari Allah.

Bengkel-bengkel kereta, kedai-kedai perabot atau pembuat perabot,tukang-tukang rumah kampung turut menerima rezeki harimau .Kontraktor jalan yang jarang menerima projek mungkin selepas banjir menerima projek membina jambatan atau sekurang-kurangnya menurap jalan rosak.Pendawai-pendawai elektrik,hari ini tidak dilupakan yang ketika ini semua rumah yang rosak perlukan pendawaian semula.Nyata pendapatan mereka bukan ratus malahan capai ribu ringgit.

Secara positif dari sebalik musibah yang datang ada tujuan tersembunyi dari Allah.Tokeh-taukeh  kaya tuan punya pusat membeli –belah yang rosak teruk mungkin menerima bantuan dari syarikat insuran atau dari kerajaan sendiri dibawah dana bencana banjir  serta berjaya menjual dengan banyaknya berupa kain baju dan benda makanan mangsa banjir.Mereka yang miskin yang punya rumah yang sebelum banjir hanya bertiang empat batang,mungkin selepas banjir akan memperolehi rumah lebih baik.

Nyata yang miskin atau kaya terlibat sama menikmati hasil bencana yang melanda manusia.Disitu letaknya keadilan Allah melalui musibah.Kesabaran kita adalah pengukur segala-segalanya .

Musibah hari ini telah menyedarkan rakyat Malaysia hanya sementara, beberapa bulan selepas banjir atau trajedi reda.Kembali semula seperti kehidupan biasa ,yang kadang-kadang jarang berdoa jauhi musibah serta melakukan solat hajat tolak bala.

Kembali normal rakyat akan berfikir setiap hari mana hendak cari makan hari ini dan mana hendak makan hari ini manakala pemimpinnya berfikir  siapa yang saya hendak makan hari ini.