Ahad 23hb.Mei 2011,keinginan membeli akhbar kerajaan hari ini sungguh teruja kerana hari minggu sebagini banyak iklan-iklan yang berguna untuk anak-anak.
Nyata akhbar kerajaan masih tidak berubah menghidangkan dua muka penuh berita - berita politik, kisah Anwar Ibrahim dan berita propaganda yang menjulang kehebatan pemimpin kerajaan.
Membelek-belek berita, terbaca berita yang menggambarkan salah satu akhbar utusan kerajaan terpaksa di selamatkan, kiranya tidak diambil tindakan memulihkan nya akan jatuh bengkrap serta hilanglah nama akhbar yang dikatakan berjasa besar kepada orang melayu itu di dunia Malaysia.
Saya dan mungkin orang melayu yang lain simpati dengan akhbar utusan kerajaan ini tetapi nasibnya terpaksa ditentukan oleh jumlah pembaca atau pembeli maka orang perseorangan tidak dapat menolongnya.
Saya percaya ketika ini akhbar utusan kerajaan ini pembacanya terhad hanya untuk orang-orang yang menyokong kerajaan. Orang yang menjadi pembangkang atau membenci kerajaan sudah tentu membeli akhbar pilihan yang lain yang lebih sederhana cara pemberitaannya atau akhbar kurang mengampu atau lebih tepat akhbar kurang bodek.
Namun bagitu akhbar tak mengapu tidak ada tempat di Malaysia ini.
Utusan kerajaan yang dikuasai oleh parti politik kerajaan, tidak membalik-balik fikiran pemimpin akhbar ini,supaya lebih terbuka dan tidak keterlaluan terhadap orang lain yang tidak sehaluan dengan dasar akhbar ini cara pemberitaan dan ulasan,dan rencananya.
Sekiranya akhbar ini, mengambil kira penyiaran berita kebaikan politik bukan kerajaan atau lebih tepat pembangkang tentunya utusan kerajaan tidak menjadi masalah pasaran pembaca dan pembelinya. Apa yang dilakukan oleh akhbar utusan kerajaan adalah sebaliknya.. Berita keburukan politik orang lain canangkan berulang kali . Tidak ada ruang lansung manusia yang diburukkan itu membela diri melalui akhbarnya. Kutukan yang berterusan menjadi mod pembaca meloyakan.
Katakan pembeli utusan kerajaan ini terdiri penyokong kerajaan 500,000 pembaca akan bertambah menjadi 1,000,000 pembeli bila berita yang dihidangkan ada kena mengena dengan kebaikan pembangkang.
Diambil kira kisah dan rencana pengarang utusan kerajaan semalam (Ahad 23/5/2011) .Kisah memburukan Anwar Ibrahim lebih dua muka surat dan kehebatan pemimpinan UMNO lebih 3 muka surat.
Untuk apa berita ini dipaparkan sekiranya akhbar ini bersikap global yang tidak mementingkan parti atau yang menggambarkan diri utusan kerajaan itu. Akhbar yang bersikap nasional mesti lebih terbuka dan tidak menjadi alat orang atau parti tertentu walaupun parti itu tuan punya akhbar berkenaan. Seramai boleh pembaca diutamakan.Tidak akan hidup akhbar tersebut sekiranya pembacanya terhad.