Tuesday, January 13, 2026

Tak tahu nak cakap apa cerita rasuah di negaraku

 Rasuah di mana-mana - Sinar PremiumRasuah 'kanser' yang perlu dibuang segera - Berita | Majoritibunuh -bunuh penyeleweng/perasuah /pengkhianat/pengubahan wang haram/jangan simpati atau kasihannnn!!.........

Perangi rasuah sampai sudah - Sinar HarianIndeks Persepsi Rasuah bukti Malaysia bukan 'juara' rasuah ...

Tiada ke hukuman tunduk dan maut di hujung senapang bagi mereka yang rasuah,pengkhianat penggubahan wang haram. Seperti  negara luar yang bersungguh-sungguh melaksanakan hukuman terhadap mereka yang menyeleweng, seperti :-China 

China hukum mati bekas pegawai tertinggi PARTI kerana rasuah

BEIJING: China hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas bekas pegawai wilayah selepas disabitkan kesalahan berkaitan rasuah, kata mahkamah di wilayah utara Inner Mongolia, perkembangan terkini dalam kempen menyeluruh Beijing terhadap rasuah. 

lihat kes ni 

Malaysia:  AGC berkata tiada tindakan selanjutnya akan diambil berhubung pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan kepada Zahid atas 47 pertuduhan yang melibatkan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram  

8 Jun 2020KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan ...
 

Hukuman penjara Najib dikurangkan 12 tahun kepada 6 tahun, denda RM50 juta

Pasukan pembelaan Najib Razak tidak menolak kemungkinan akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengampunan penuh berkait sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.  

 Balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan bersubahat dengan suaminya memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapat kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi

Negara luar 

tidaklah terkejut sangat dengan hukuman yang dikenakan ke atas bekas menteri di Singapura bernama S Iswaran. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana dituduh menerima “hadiah” atau gratifikasi daripada penganjur Grand Prix Singapura. Beliau menghadapi 35 tuduhan.  

Berita terkini tentang rasuah di Malaysia
sedang hangat dengan siasatan SPRM terhadap kartel tender Tentera Darat, penahanan 17 pengarah syarikat, dan penyitaan RM6.9 juta wang tunai serta emas, selain perbincangan untuk mengukuhkan perlindungan pemberi maklumat (whistleblower) dan menyamakan hukuman rasuah dengan jenayah dadah, di mana ahli politik dan masyarakat menyeru tindakan lebih tegas, 

cadangan hukuman yang lebih tegas, termasuk hukuman mati seperti di China, untuk meningkatkan ketakutan dan pencegahan. 

Hari ini di Malaysia bebaskan ,bebaskan bebaskan .Undang -undang dua darjat dilaksanakan, orang kampung rasuah penjara puluhan tahun,orang putrajaya di ampunkan

siasatan awal SPRM dalam kes dakwaan rasuah perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), mendapati wujud aktiviti penerimaan suapan secara terancang dalam kalangan pegawai tentera. 

kadangakala kita sakit hati bila mendengar berita "didapati bersalah dan di hukum penjara denda berjuta-juta "tidak sampai hukuman setahun dijalankan mohon pengampunan,

Inilah undang-undang kita,undang-undang sarang labah-labah.besar terlepas kecil tersangkut.

Kita terlalu berharap hukuman mati bagi kes RASUAH ,PENGKHIANATAN TERHADAP NEGARA,PENGGUBAHAN WANG HARAM

 

 


Tuesday, December 30, 2025

Wakil rakyat negara ini takut menggubal undang-undang rasuah,penyelewengan dan pengkhianatan "sentiasa mimpi senjata makan tuan"

Saya berpegang pada yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah.Yang betul kita beri pujian manakala yang  salah dihukum mengikut undang-undang.Mahkamah menyelesaikan kemelut yang bersalah.

Kemana kita hendak mengadu kalau bukanya hakim mahkamah.Tidak boleh buat keputusan mengikut kehendak indiviu atau sekumpulan masyarakat .Rasuah atau menggunakan wang negara untuk kepentingan kita atau geng kita adalah satu perbuatan mencuri atau merompak yang senjatanya merompakannya ialah kuasa.  

Orang Kampung macam saya ini airmata darah sekali pun tidak akan jumpa 2.3 bilion atau 42 juta.Merompak menggunakan senjata usah mimpi dapat merompak dengan mudah sebanyak itu. 

Kita tengok pemimpin politik bawah ini,Apa matlamatnya untuk keadilan,sepatutnya kita bersyukur kerana hakim bertindak betul bagi mengatasi korupsi di negara kita.

"Pemimpin Umno masih marah dengan tindakan DAP meraikan keputusan mahkamah untuk Najib Razak kekal di penjara, menyebabkan Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh mendesak agar parti keramat Melayu itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menghidupkan semula MN  "

Kenapa kita takut mengikut contoh undang-undang negara luar,China ,Singapura dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan negara ini tidak ikhlas mengatasi peneyelewengan.Sebab utama mereka sebagai wakil rakyat yang berkuasa menggubal undang-undang takut "senjata makan tuan" 

Hari ini negara dikejutkan dengan berita Pegawai tertinggi tentera terlibat dengan rasuah, bekas menteri    menyapu duit rakyat berjuta-juta.Kes tertunggak yang masih belum bicara nilai wang berjuta dan berbillion