Tuesday, October 30, 2012

Isa bercakap macam seluk wang dari poketnya




Titah dijunjung,perintah dijalankan.Itulah yang selalu berlaku di rancangan Felda .Pengumuman Raja Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa bekas isteri (janda)peneroka boleh menuntut durian runtuh,bonos dan pelbagai wang sedekah mengundang masalah kepada kakitangan rancangan.

Pengumuman Perdana Menteri,menteri atau raja Felda berkaitan pemberian kewangan,selalunya menimbulkan gelak besar peneroka dan keluarga tetapi mengedutkan dahi pegawai Felda untuk melaksanakannya.

Buka sahaja mulut pehak yang punya Felda hendak memberi habuan wang melalui media pagi ini,maka pagi keesokan harinya, akan kemaruklah warga peneroka menuntut ,apa yang di cakapkan dipejabat-pejabat rancangan. Janda yang lebih 30 tahun ditinggalkan suaminya akan muncul di pejabat menuntut apa yang dijanjikan mulut.

Tiba-tiba, mereka itu akan jahil peraturan pejabat rancangan,pejabat wilayah dan ibu pejabat yang semestinya memerlukan masa lebih seminggu untuk dilaksanakan titah raja Felda itu.Dia lupa juga bahawa raja Felda bercakap dengan menganggkat bibir atas dan bawah serta mengangkat tangan sebagai menunjukkan isyarat.

Raja Felda, Isa Samad hanya tahu bercakap demi menjaga suasana politiknya, tetapi masih samar-samar sumber kewangan dan maklumat perangkaan  yang diperlukan dari rancangan atau wilayah. Raja Felda  tidak tahu  bahawa habuan berkaitan wang akan lebih ramai janda-janda baru selain dari senarai janda simpanan di pejabat rancangan.

Janda-janda yang baru muncul, luar pengetahuan kakitangan rancangan, yang datang dari jauh,bertanyakan apa yang diumumkan oleh raja Felda. Kakitangan Felda yang masih terpinga-pinga berita laba kepada peneroka itu, akan memberi jawaban belum ada apa-apa perkembangan dari ibu pejabat berkaitan pengumuman. 

Terus menimbulkan kemarahan mereka yang terlibat kepada kakitangan.Kakitangan yang menjadi mangsa kemarahan tersebut hanya mendapat kata-kata maki hamun dan tuduhan satu pembohongan serta sengaja melambat-lambatkan perintah.

Pelbagai risiko lagi timbul dipehak kakitangan rancangan dan wilayah apabila raja Felda,menteri dan perdana menteri nya bercakap ikut sedap mulut dan menyedapkan politiknya dan semasa bercakap seolah –olah procedure kewangan bagai menyeluk poket.

Apa yang dirintihkan oleh janda-janda melalui media adalah bagai “tingkalak menghadap mudik,lukah menghadap hilir”tetapi kakitangan di rancangan di maki hamun seperti "bahasa  maki hamun  Najib "dan dihina dengan tuduhan makan gaji buta dan macam-macam bahasa kesat”tiada terjilat oleh anjing”. 

Sunday, October 28, 2012

menghampiri zina


Membimbangkan, seterusnya menakutkan, perangai anak muda melayu yang ibu bapa mereka mengaku islam, berterusan menjadikan lokasi longkang,parit ,tong sampah,tali air dan bangunan ,untuk membunuh anak zina mereka. .Budaya buang bayi telah menjadi-jadi,.hampir setiap hari berlaku.Jahiliah Melayu Malaysia ini bermula dari rumah dan dapat restu secara tidak lansung dari ibu bapa mereka.

Masalah sosial orang melayu ini berlaku kerana banyaknya aktiviti anak muda melakukan perkara menghampiri zina ,sebelum berzina.Bermula dari sekolah telah terbuka perkara-perkara menghampiri zina dengan kebebasan pergaulan tanpa sekatan.Guru-guru tidak ambil peduli dan tidak dapat mengambil peduli kebebasan murid dalam kelas ,kerana itu bukan tugasnya.Tugas utama mereka mendidik anak-anak mendapat akademik cemerlang.

Terdapat murid perempuan dan lelaki yang lebih bermegah dan bangga  apabila diantara mereka telah mempunyai pasangan diperingkat sekolah lagi. Mereka yang single dikatakan bodoh dan tidak membaharui tamadun.

Ibu bapa lebih bersikap terbuka dengan kebebasan anak mereka apabila pulang dari sekolah  maka lebih banyak peluang melakukan kerja-kerja menghampiri zina dengan teman lelakinya yang bermula dari kelas atau satu sekolah yang sama. 

Balik dari sekolah ramai murid perempuan jadi pembonceng motor pelajar lelaki, yang kadang kala singgah sebentar dimana-mana taman atau tempat yang boleh melakukan kerja yang menghampiri zina.

Ibu bapa hanya membiarkan perkara ini berlaku dan menganggap satu kebiasaan.Masyarakat sekeliling lebih teruk lagi apabila ternampak perkara-perkara menghampiri zina berlaku terus memejamkan mata terutama mereka kenal anak siapa yang melakukan kerja tersebut, kerana ditakuti apabila ditegur akan berlaku tindak balas diluar jangkaan.

Berterusan aktiviti hampiri zina setiap pasangan lelaki dan perempuan terutama mereka yang berada satu kampung,taman-taman perumahan, dan rancangan-rancangan Felda tanpa kawalan ibu bapa.Mereka diberi kebebasan 100% kepada anak mereka, tanpa apa-apa bantahan, apabila mereka balik lewat atau jantan mana yang menghantar pulang ke rumah.

Sehari,seminggu,sebulan dan setahun anak muda yang berpasangan biasanya menunggu teguran ibu bapa, atau halangan berkaitan hubungan mereka berdua. Kesepian teguran seolah-seolah mereka berpendapat perkara yang mereka lakukan adalah baik.dan mendapat restu.
Ibu bapa pasangan lelaki pasti membisu apabila melihat anaknya menjinjing anak dara orang, kerana lelaki bukan ada apa-apa kesan sekiranya melakukan perkara tidak senonoh. Mereka lupa Allah menghukum mereka dengan hukuman yang sama bagi kesalahan zina dan ibu bapa berkongsi dosa dengan anak-anak remaja mereka dibawah tanggungjawabnya.

Kebebasan menghampiri zina tidak berlaku lagi apabila anak-anak muda berada di universiti dan alam pekerjaan .Sebaliknya yang ada kebebasan  untuk melakukan zina pada bila-bila masa, kerana persekitaran untuk melakukan zina terus mengizinkan tanpa sekatan.Mereka yang dalam alam persekolah dulu telah pernah melakukan zina, akan bertambah menyeronokkan bila berada di alam universiti atau alam pekerjaan.

Kebanggaan ibu bapa dan menjadikan satu berita popular, apabila anaknya sebagai pelajar membawa teman lelaki ke kampung atau ke rumah emaknya, malahan kadangkala menompang tidur atau bermalam dirumah mereka yang bukan muhrim tersebut. Aktiviti-aktiviti menghampiri zina berlaku dalam rumah tersebut dengan anak perumpuan mereka tidak menutup aurat umpamanya berseluar pendek atau berbaju tidak berlengan dengan ketiak terbuka.

Jiran-jiran di alam rumah sewa, hanya berfungsi sebagai jiran  yang berpandangan ,yang diperlukan melemparkan senyuman.Kiranya berlaku ada jiran yang perihatin melaporkan  kepada keluarga atau ibu bapa jiran, berkaitan kegiatan anaknya yang menghampiri zina-jarang dipercayai laporan tersebut Sebaliknya pelapor tersebut  di cop sebagai fitnah tanpa siasat.

Tidak ada perasaan kerisauan atau kebimbangan anak akan melaku zina di luar pandangan mata ibu bapa salah satu penyumbang  kearah penzinaan yang melahirkan bayi.Anak yang tidak balik ke rumah ibu bapa dalam waktu yang lama sudah menjadi lumrah dan anak perempuan mereka balik ibu bapa tidak mengambil perhatian atau syak sesuatu terhadap anak perempuan tersebut.
Berita-berita pembuangan bayi melalui media tidak menjejaskan kepercayaan kejujuran perhubungan intim anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki mereka.Bagi mereka itu berlaku kepada anak-anak orang lain.

Orang melayu yang masih menjadikan islam agamanya, hanya satu cara bagi mengatasi keadaan ini dengan terus mempercayai fiman Allah (Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Sebelum melakukan zina-Janganlah menghampirinya. Membawa kerosakan itulah yang berlaku hari ini.
Tidak guna mengadakan rumah-rumah penjagaan untuk anak-anak luar nikah,dan membenarkan menggunakan sarung kemaluan kerana kesemua itu menggalakkan zina.Upacara menanam benih ke perut wanita bukan boleh dilindungi dengan sarung kerana kemurkaan Allah, apabila berlaku sepuluh lapis sarung kemaluan boleh di tembusi dan melahirkan bayi untuk dibuang.

Peranan ibu bapa di rumah,guru-guru disekolah,masyarakat dan pemimpin  seharusnya berfikir semula agar tidak membenarkan kebebasan melakukan perkara-perkara yang menghampiri zina iaitu pergaulan bebas peringkat sekolah dikaji semula dan selanjutnya jangan dibenarkan.

Dari segi  pergaulan bebas biarlah melayu berundur 55 tahun(1957) kebelakang asalkan anak-anak remaja kita tidak berzina dan melahirkan bayi untuk di buang.

Wednesday, October 24, 2012

Iklan



Iklan –Merujuk kepada saranan-Naib Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Kebangsaan, Rubiyah Haron berkata, sepatutnya iklan sama ada di papan iklan, media cetak serta elektronik  menunjukkan budaya bersesuaian dengan rukun negara berkaitan kesopanan dan kesusilaan.

Bukan salah pengiklan  sekiranya iklan tidak sesuai dengan tatasusila negara ini . Semua  syarikat iklan menawarkan bayaran  yang lumayan kepada model iklan terutama kepada wanita  dan memberi pilhanan serta mengetahui setakat mana dirinya di ambil kesempatan.

Wanita yang berkaitan sepatutnya menolak tawaran  yang memaparkan imej  yang tidak sesuai dengannya, dalam keadaan berunsur lucah atau tidak sopan.

Kadang kala terdapat  papan iklan yang memaparkan pakaian dalam  untuk  wanita, yang mengghairahkan.  Semua ini adalah kehendak wanita itu sendiri.Tidak melibatkan eksploitasi terhadap wanita. Pengiklan memberi pilihan hendak telanjang ke atau tertutup.Kadangkala wanita model tersebut berasa bangga dengan kecantikan dirinya dijadikan ikon sesuatu produk.

Individu model sendiri yang mengejar soal bayaran. Tidak guna beretika kerana itu pilihan mereka.
Syarikat iklan terus memikirkan -berektika adalah pilihan kedua atau terakhir, kerana tanggungjawab utama melariskan barang-barangan customernya, menjaga  pungutan hasil syarikat. Agensi pengiklanan bertanggung jawab kepada pelanggan agar syarikat mencapai matlamat itu.

Iklan hari  ini lebih terbuka .sebagai contoh iklan tuala bulanan wanita .Dahulu perkara-perkara berkaitan pakaian dalam wanita adalah perkara sulit dan malu untuk tatapan kelayak ramai.Tidak dibincangkan atau maklumkan kepada umum.Tetapi hari ini ada wanita yang sanggup mengaku memakai sesuatu jenama pakaian dalam dan tuala wanita.

Hari ini kita hanya melihat  grafik tuala wanita di kaca tv atau di papan iklan ,mungkin beberapa tahun akan datang, kelihatan wanita sedang menggunakan jenama yang disukai  melalui gambar sebenar. 

Sehari demi sehari etika kesopanan moral beransur-ansur dilanggar dan dijadikan kebiasaan dan sikap tidak apa dan apa salahnya terus digunakan.

Lihat sahaja hari ini iklan kanak-kanak sedang dipakaikan cawatnya(pampers) melalui tv ,nampak hanya bahagian belakang(bontot) anak tersebut.Berkemungkinan suatu hari, anak yang sedang telanjang bulat ,yang nampak keseluruh badan  tidak kira samaada lelaki atau perempuan akan dipakaikan dengan cawat jenama tertentu -eksploitasi  terhadap kanak, ibu anak tersebut berbangga dengan anaknya cergas serta comel di jadikan model sesuatu jenama pakaian dan mendapat bayaran.

Iklan wanita dengan pakaian dalam sahaja hari sudah menjadi lumrah dipamirkan dimana-mana .Apakah penerimaan sikap wanita seperti ini adakah salah etika  pengiklanan? 

Cara pengolahan dan penonjolan iklan yang menjolok mata dan tidak  ada kesopanan  serta  melanggar etika akan berterusan walau di kuatkuasakan etika pengiklan,melainkan mereka yang diberi kuasa bertindak menarik semula, serta tidak membenarkan iklan tidak senonoh ini di pamerkan kepada umum.

Monday, October 22, 2012

wajah-wajah Ibrahim Ali







Tak payah declared sokong sesiapa  sama ada better the devil you know than the angel you don’t..Orang tau sokong akan membawa rebah.Bila rebah, akan sedarlah diri dan akan nampak yang diatas langit yang di bawah bumi. Dibumi nasib tidak baik ,dipijak-pijak  kiranya bernasib baik dilangkah-langkah . Duduk bawah kangkang manusia yang tegak berdiri.

Wajah –wajah Ibrahim Ali. Wajah Satu- sesumpahan bertukar mengikut keadaan, sekejap jadi PAS sekejap jadi BN dan Wajah kedua - sebagai katak yang melompat-lompat cari air dan makanan.Wajah ketiga –ketua kumpulan mereka yang sudah monopos politik, yang menganggap masih gagah dikatilnya. 

 Hari ini heboh katak melalak menyuruh orang berhenti jadi wakil rakyat kerana sudah tua.Dia ini  sepatutnya peringkat awal kemenangannya dulu  di ambil  sebagai ahli dan wakil rakyat PAS  seterusnya  melantik dia sebagai Menteri Besar kerana dia paling sesuai ., Badan pagan dan pejal ,muda, tak lembik, tegap bekerja dan boleh mengejar pelabur-pelabur untuk  di bawa  ke Kelantan.