Friday, July 12, 2024

PRK Sungai Bakap satu kejayaan pemimpin politik mempergunakan isu

 

 Harga Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel (11 - 17 Julai 2024)Pening Kepala: Punca, Tanda dan Rawatan ...

 

 

 

 PRK Sungai Bakap satu pengajaran yang terbaik  kepada pemimpin parti  politik pemerintah.Walaupun niat pemerrintah membuat sesuatu perkara untuk kebaikan negara tetapi masih ramai yang tidak kesampaian fikiran untuk bersetuju dengan perancangan pemerintah.

Pilihanraya Sungai Bakap terjemahan yang jelas ahli politik mencanangkan kekusutan rakyat ,khususnya orang Sungai Bakap selaku pengundi berkaitan harga diesel,kenaikan harga barang utama kehidupan.

Pilihanraya sistem demokrasi pengundi boleh menghukum sesiapa sahaja pemerintah dan gengnya yang di fikirkan melakukan kekalutan rakyat.

Pengundi kurang sedar bahawa sesuatu yang di rancang itu adalah kebaikan menyeluruh bukan untuk individu atau kumpulan tertentu tetapi malang rakyat Malaysia berfikir satu lorong iaitu lorong kemarahan kerana berlaku kekusutan kerana perancangan yang dilakukan kerajaan.

Pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan pemerintah kerana impian menjadi wakil rakyat yang berjawatan berterusan mengambil kesempatan  dari keluhkesah  pengundi setiapkali pilihanraya . 

Mengikut sejarah politik negara ini kita semua tahu tiada satu kerajaan pun yang cemerlang mentadbir.Tidak kesampaian untuk memakmurkan fikiran dan corak kehidupan rakyat.Apa yang berlaku  hingga hari ini hanya berjaya menjaga keselamatan rakyat daripada bencana perang perkauman.

Entah bila rakyat dan ahli politik menerima kenyataan bahawa pertandingan lahir kekalahan dan kemenangan .Kemenangan tidak semestinya kita betul bagitu juga kekalahan tidak ush mendabik dada.Kita kesal yang kalah pertandingan mengambil kesempatan memarakkan emosi rakyat  dengan mengungkit-ungkit kelemahan pemerentah.Walhal perkara yang sama berlaku ketika yang kalah akan menang.

Entah bila selesainya "rumah sudah siap,tukul, pahat gergaji ,masih berbunyi. Naik muak sikap pemimpin politik selepas pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau parlimen sentiasa bernafsu menjadi Perdana Menteri.menteri atau jawatan yang lumayan pendapatan.

Kita berharap satu ketika nanti ada generasi yang bersedia menerima sistem demokrasi yang tidak dinodai keputusan pilihanraya dengan cemuhan tidak masuk akal serta pemimpin politik bisu selama lima tahun.