Sunday, March 25, 2012
Desak dan Gasak
1) Nazri suruh Shahrizat bayar balik duit RM250j pada kerajaan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga turut memberi isyarat agar Shahrizat melepaskan jawatan demi survival perti politik itu.
2) Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat ‘untuk kebaikan parti’ telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti.
3) Desakan dari Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Ghapur berkata isu yang membabitkan Shahrizat itu cukup memalukan dan telah menjejaskan BN dan Umno secara keseluruhan.
Shahrizat letak jawatan sebagai menteri 8 April
KUALA LUMPUR, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator.
Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut.
“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri.
“Namun begitu, selepas berbincang dan memikirkan perkara ini, saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.
4) "Ini adalah satu pengorbanan besar daripada seorang pemimpin yang sedang menerajui sayap parti (UMNO),” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam satu kenyataan hari ini.
5) Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'
6) Nazri suruh Shahrizat bayar balik duit RM250j pada kerajaan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
7) KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
8) Wanita Umno negeri: 'Kamilia, jangan buat hal'
Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.
9) Umno Cheras: Pandangan Kamalia positif
Umno bahagian Cheras menyifatkkan kenyataan Naib Ketua wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya, sebagai "ada juga positifnya".
10) KUALA LUMPUR 23 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO walaupun Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim mendesak beliau melepaskan jawatannya.
Presiden UMNO itu berkata, ini kerana jawatan Ketua Wanita UMNO dipilih oleh ahli dan mengikut prinsip, selagi tiada kesalahan dibuktikan tidak ada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatannya.
'Saya tidak kecil hati dengan Kamilia'
11) KUALA LUMPUR 23 Mac - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak berkecil hati dengan tindakan Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan dalam parti.
Menurutnya, desakan Kamilia itu tidak akan menjejaskan hubungan baik mereka yang telah terjalin sejak sama-sama belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban dahulu
Pandangan Desak dan Gasak jalan terbaik ialah “Shahrizat molek letak jawatan Ketua Wanita” beri laluan kepada mereka yang masih segar .Berhenti secara sukarela. Mungkin kita dah” lomau”jalan terbaik ialah berjabat tangan terakhir dan serahkan bendera kepada mereka. Jangan masih menganggap ‘tanpa saya Wanita Tidur”
Apa yang ditunggu lagi,,hendak keluarga menjadi kaya telah pun kaya, dan harta melimpah -ruah.
Friday, March 23, 2012
Politik Made in Malaysia
ragam orang politik- Malaysia only
(i)
maka jadilah bagini
kawan jadi lawan
semua orang lain tak betul
dulu betul sekarang sudah tak betul
maka inilah diantara mereka
(ii)
Cerdik tetapi tidak secerdik orang lebih cerdik darinya
Bodoh tetapi tidak sebodoh orang yang lebih bodoh darinya
Orang percaya tetapi orang yang percaya padanya tidak percaya apa yang dia percaya
Orang mengangguk dengannya tetapi orang yang mengangguk itu tidak tahu apa yang di angguknya
Dia tertawa ,orang pun tertawa tetapi orang yang tertawa itu kerana sakit jiwa.
(i)
Ada wang, tetapi tidak sebanyak semasa wang banyak
Tidak berkuasa -masih ada kuasa tetapi kuasa tidak seperti semasa berkuasa
Tidak diperdulikan - walaupun ada yang memperdulikan tetapi tidak seramai orang memperdulikannya dulu
Tidak ada sumber kewangan, walaupun ada sumber tetapi hanya tinggal satu sumber atau pening lansung tak ada sumber.
maka jadilah bagini
kawan jadi lawan
semua orang lain tak betul
dulu betul sekarang sudah tak betul
maka inilah diantara mereka
(ii)
Cerdik tetapi tidak secerdik orang lebih cerdik darinya
Bodoh tetapi tidak sebodoh orang yang lebih bodoh darinya
Orang percaya tetapi orang yang percaya padanya tidak percaya apa yang dia percaya
Orang mengangguk dengannya tetapi orang yang mengangguk itu tidak tahu apa yang di angguknya
Dia tertawa ,orang pun tertawa tetapi orang yang tertawa itu kerana sakit jiwa.
Saturday, March 17, 2012
Polis kita
Hanya 1% ? terlibat rasuah - KPN
KUALA LUMPUR 14 Mac - Hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, walaupun jumlah itu kecil namun jika dibiarkan ia akan merebak lebih besar seperti mana penyakit kanser jika tidak dikawal.
"Apa yang kita kesalkan orang bercakap macam banyak laporan (rasuah) yang dilakukan anggota kita (PDRM). Ini tidak baik," katanya pada sidang media selepas pelancaran poster Jauhi Rasuah PDRM-NKRA bagi membanteras rasuah di sini hari ini.
Berita dalam akhbar parti UMNO ini membuatkan orang akan “tergolak bahak” membacanya.. Sebabnya tidak memadanan dengan apa yang berlaku dan apa yang dikatakan terhadap imej polis. Saya tahu ketua polis negara itu bercakap sekadar menjaga hati dan perasaannya.
.
Nun jauh di hati kecilnya telah memahami apa yang sebenarnya berlaku. Kalau tidak masakan dia mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dengan memberikan fakta angka peratus yang hendak membuktikan bahawa pelakuan rasuah adalah kecil.
Pelancaran poster ‘jauhi rasuah’ salah satu bukti sudah teruknya keadaan rasuah terhadap anggota polis. Kelaziman apabila penyakit yang menyerang terhadap makhluk di dunia ini telah nampak parah barulah kita tahu bahawa yang penyakit itu merbahaya. Apabila terlalu bahaya maka pencegahan perlu dilakukan dengan memberi kesedaran melalui media,poster dan kempen kepada mereka yang masih belum terlibat.
Di negara ini persangka rasuah terhadap anggota polis sudah menjadi kebiasaan bagaikan setiap gulai mesti ada garam dan setiap kuih mesti ada gula. Tidak dapat hendak di elakkan.
Polis lalulintas, dan polis peronda merupakan anggota yang membawa kuman barah rasuah yang terus berjangkit kesemua anggota lain. Persepsi orang ramai terutama pemandu kenderaan terhadap kedua-dua unit polis ini - apabila menunggu disudut-sudut jalan yang terlindung, kemudian menahannya, kerana satu kesalahan lalulintas ,ialah meminta wang sogokan agar tidak mengambil tindakan saman.
Jangka masa yang lama mengadakan perbincangan antara anggota polis dengan mereka yang melakukan kesalahan dipinggir jalan menambah dekatnya aktiviti rasuah kedua-dua pehak.
Biasanya anggota polis member dua pilihan kepada pesalah sama ada mengeluarkan notis saman atau tunai segera. Tawaran bayaran tunai pada masa itu biasanya lebih murah berbanding nilai saman yang dikenakan..Pesalah tentu memilih bayar tunai ketika itu juga kerana perbandingan harga yang ditawarkan.
Apakah tingkah laku anggota polis seperti tersebut di atas ,tidak disedari oleh ketua polis negara.
Pernah satu peristiwa berlaku di rancangan Felda ,anggota polis pondok yang ditempatkan di rancangan tersebut meminta wang perlindungan daripada kontrak menabur baja sebanyak RM300.00/bulan. Kontraktor tersebut enggan menurut kehendak polis.
Polis terus bertindak membuang angin tayar lori kontraktor berkenaan dan mengugut kontrak mengambil tindakan menyita ‘lori hantu’ yang digunakan atau memberitahu rakan unit trafik menyaman lori yang tidak ada cukai jalan serta keadaan lori yang tidak mempunyai peralatan yang lengkap.
Dengan pelbagai ugutan sepanjang masa menyebabkan kontraktor tersebut terpaksa akur kehendak polis dengan membayar RM300/bulan. Perilaku rasuah anggota polis jarang dilaporkan kerana dendam akan diterima oleh mereka yang melaporkannya.
Imej rasuah anggota polis sebenarnya sudah menjadi pengetahuan umum. Saya sejak alam persekolahan pernah mendengar “ bila keluar sekolah esok kau kerjalah sebagi anggota polis kerana banyak dapat “duit luar “.Apa yang dimaksudkan duit luar itu ialah wang perolehan selain dari sumber gaji bulanan iaitu wang aktiviti haram-rasuah . Waktu itu gaji anggota polis atas sedikit dari buruh kasar.
Rasuah tidak dapat dielakkan menyerang anggota polis kerana mereka yang menjalankan penguatkuasaan terutama orang melayu yang mengaku beragama islam tidak mempunyai kesedaran “Allah melihat perbuatannya - balasan di dunia atau akhirat”.
Kerajaan berilah gaji permulaan konstebal RM3000/bulan pun,perangai “makan suap” polis tidak akan berubah. Mungkin kata KPN dari 1% sahaja rasuah akan jadi tinggal 1% yang tidak rasuah.
Monday, March 12, 2012
Kelab Dato' dan Tan Sri pun turut berkempen
Subscribe to:
Posts (Atom)