Sunday, February 17, 2013

are you ready for bn?”.........Nooooooooo!!!!!!!!!........



UNTUNGNYA rakyat Malaysia kerana pembangkang KUAT dan KERAJAAN TIDAK MEMENANGI 2/3 KERUSI DI PARLIMEN.

Diantara kelebihan ialah Perdana Menteri dan kerajaan pemerintahannya tidak boleh bertindak mengikut sukahatinya seperti gambaran  terbaharu Mahathir hendak melucutkan kerayatan Ambiga seandainya rakyat memberi mandat 2/3 kepada BN.

Kita semua tahu zaman pemerintahan Mahathir ,beliau sentiasa berusaha mendapatkan  2/3 partinya di parlimen Tidak kira dengan cara halal atau haram asalkan kerajaan pimpinannya dapat kuasa 2/3 . Sepanjang hidup dia berpolitik memperoehi kuasa majoriti.

Dengan kuasa 2/3,membentuk kerajaan bertujuan dapat menggubal undang-undang untuk memangaibkan manusia lain dan paling tertinggi dalam sejarah kerjayanya, ialah mengaibkan kuasa raja  dengan mencabut imunitinya.Dia yang sentiasa bersultan di mata ,beraja di hati selama 22 tahun. Rakyat dimestikan ,dan mempastikan, perkara ini tidak berterusan berlaku lagi.

Era Najib ini kerana kehebatan pembangkang memenangi lebih 80 kerusi dan telah berjaya mentadbir 4 buah negeri  telah menyebabkan kerajaan pusat yang ada sentiasa dalam kebimbangan  takut kehilangan terus kuasa pada pilihanraya ke 13 akan datang. 

Oleh kerana kerajaan yang sentiasa dalam kecemasan ini maka pelbagai tawaran,bantuan serta hiburan percuma disajikan kepada rakyat, agar rakyat termakan budi dan berkeadaan serbasalah sama ada mengekalkan kerajaan yang ada atau menggantikan kerajaan yang lain.

Zaman Mahathir penipuan dilakukan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk mendapat faedah menambah pengundi untuk parti pimpinanya.Hari ini berlainan sedikit caranya, dan tidak kurang buruknya perangai kerajaan, dengan  mengambil kesempatan  menggunakan wang kerajaan atas nama wang Barisan Nasional atau Wang Najib diagih-agihkan kepada bakal pengundi(rakyat) agar menilai apakah kerajaan yang sedia ada prihatin terhadap masalah mereka. 

Kenapa saya berkata demikian kerana rata-rata sepanjang kempen menyampaikan ringgit  kepada rakyat samaada di dewan atau balairaya,terutama di kampung-kampung, bendera UMNO/BN terpacak di sepanjang jalan sejauh 2km dari pentas penyampaian,disamping itu sepajang temuramah melalui televisyen mereka yang dapat bantuan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri walaupun yang menyampaikanya bukan Perdana Menteri hanya seorang ketua  Cawangan UMNO atau Ketua Bahagian.

Berikut disenaraikan  nilai faedah yang rakyat perolehi dari  parti pembangkang yang kuat, dan rakyat menafikan kurang 2/3 ahli parlimen membentuk sebuah kerajaan.

      i)        BR1M
   ii)   Baucar-buku-1malaysia-RM200
   iii)  Bantuan Sekolah 1 Malaysia-RM100 
   vi)  BR1M 2.0-RM500
   v)      BR1M2.0- RM250-Belia
     vi)   Rebat RM200 Beli Telefon Pintar 3G 1Malaysia – Khas Untuk Belia Umur 21 Hingga 30 Tahun
      vii)  Bantuan Teksi 1 Malaysia
     viii     Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) 
      ix)     Pesara tentera tidak berpencen mendapat bantuan RM1000
   x)    Bekas anggota pasukan keselamatan zaman darurat duda dan balu –Bantuan RM3000
      xi)  BL1M -bantuan lesen 1 Malaysia 2013- kelas B2 pada kadar RM199,
   xii )  Bantuan untuk Tokong dan Kuil  berpuluh dan ratus ringgit
      xiv)   Kerajaan memperuntukkan RM1.1 juta kepada tujuh buah sekolah Cina,

Mungkin banyak lagi wang kerajaan atas nama budi baik Barisan Nasional akan diagih-agihkan.Kebahagiaan rakyat terserlah  dengan bantuan-bantuan selama 2 tahun sejak cakap-cakap pilihanraya akan diadakan. Kekuatan pembangkang dalam parlimen serta lemahnya kerajaan yang memerintah merupakan satu rahmat kepada rakyat.

Ketika ini rakyat boleh meminta apa sahaja dari individu wakil rakyat,parti atau kerajaan sendiri  - yang nyata permintaan rakyat ditunaikan secara langsung tanpa hisab.

Kuasa rakyat pada pilihanraya ke 12 dengan memilih pembangkang 85 kerusi ,kerajaan 137 kerusi telah membuahkan hasil  dengan rakyat mendapat pelbagai kemudahan, serta menambah sumber kewangan,dan paling terbaru mengimport hiburan "k_pop idols Korea Psy dengan tarian Gangnam Style”.

Sekarang ini sedang menunggu janji Muhyiddin Yasin berkemungkinan dengan syarat BN terus berkuasa,BR1M dari RM500 naik kepada RM1,000," .Diharap janganlah janji ini menjadi janji seorang yang sedang “pulang tabiat”.

Ketika ini parti-parti politik dan wakil rakyatnya berada dalam musim tidak besar kepala,dan ego dengan kekayaan yang ada  .Mereka mudah senyum dan senang mengangguk apa yang orang ramai cakap dan sentiasa melayan kemahuanannya.

Thursday, February 7, 2013

Undang-undang Sadiq Segaraga sudah mula disanggah




Kesilapan merancang hari ini akan timbul kesan kebaikan atau keburukannya dimasa akan mendatang.Kita sebagai manusia memang disuruh merancang  yang menentukan keputusan baik atau buruk hanya ketentuan Allah.

Namun bagitu tidak boleh kita memberi alasan  sesuatu  terjadi terutama berlaku masalah dan keburukan setelah 20,30 atau 50 tahun  kita tempuhi, masakan tidak  boleh  pula menyalahkan diri  mereka yang merancang.

Bagitulah apa yang berlaku terhadap perlembagaan Malaysia yang dirancang dan dicipta oleh mereka 56 tahun lalu yang inginkan kemerdekaan segera dan mencipta nama serta bangga dengan merdeka tidak melahirkan peperangan,pergaduhan dan pertumpahan darah ,untuk menjadikan Malaysia negara berdaulat.

Hari ini apa yang dirancang berkaiatan agama dan kewarganegaraan telah mula menyusahkan rakyat dan pemerintah semasa untuk menguruskan dan menjaga hati mereka yang terlibat.Bukan tujuan saya mempertikaikan usaha mereka yang telah mendahului kita.Kita sanjung apa yang lakukan tetapi kesan terhadap apa yang mereka rancang kepada generasi hari ini.

Bukan satu kerja yang mudah sesuatu bangsa yang telah diberi taraf kewarganegaraan untuk bertoleransi berkaitan agama serta hak sama rata.Mereka yang telah di iktiraf sebagai satu bangsa di malaysia tidak peduli  lagi terhadap warga yang satu masa dulu declared bangsa mempunyai hak istimewa.Sebarang tuntutan perlu ditunaikan kerana mereka adalah warganegara 1 Malaysia.

Pada satu masa dan berlainan keadaan mereka bertindak garang.Mereka sudah bijak bukan seperti sifat watak apek dalam cerita Sarjan Hasan yang boleh di suruh arah menyampaikan mesej dari dalam hutan ke kampung dan watak apek tukang jahit kasut dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok yang menurut perintah  Ali Baba menjahit ketulan mayat Kasim Baba. .Juga undang-undang yang ada bukan seperti undang-undang Sadiq Segaraga

Mereka telah kaya,serta lebih kaya dari tiga Abdul yang yang menganggap negara ini dia yang punya.Mereka lebih bijak dari Kasim Patalon penasihat Sadiq Segaraga.Inilah yang telah berlaku hari ini — 

Kumpulan antara agama bukan Islam menyelar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bekas ketua hakim kerana cuba untuk mengawal hak kumpulan minoriti agama di Malaysia dalam perbalahan isu “Allah”, di mana mereka mengatakan ia bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara.

Bagitulah undang-undang Sadiq Siagaraga sentiasa dicabar oleh mereka yang lebih bijak dari penyedianya undang -undang Kasim Patalon.

Mereka telah   bijak  dengan merujuk undang-undang /perlembagaan yang mengenepikan sikap toleransi antara islam dan bukan islam dengan berkata bagini.Apa kata Kumpulan antara agama bukan Islam
MCCBCHST


 “Sebarang cubaan untuk mengawal orang bukan Islam atau mengganggu amalan agama bukan Islam oleh mana-mana badan Islam mesti dihentikan serta merta. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini amalan yang tidak sihat dan boleh membawa kepada kesan sosial yang tidak diingini dan meningkatkan ketegangan antara masyarakat,”



MCCBCHST berkata undang-undang itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam telah diletakkan di dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang menghadkan mereka daripada menyebarkandoktrin atau kepercayaan agama mereka kepada orang Islam dan.membaca perlembagaan dengan berhati-hati dan holistik membaca perlembagaan dengan berhati-hati dan holistik, menunjukkan kepada Artikel 3(4) dan 11(4).


Orang Melayu dan beragama islam perlu bermuhasabah diri,salah siapa dalam masalah ini .Salah generasi melayu hari ini atau melayu generasi 56 tahun lalu.Api yang dulu sebatang mancis telah besar dan boleh memasak nasi dan bersedia membakar rumah,bangunan dan apa sahaja di sorongkan..

Dulu beringin hanya menompang sehelai urat di sebatang pokok tetapi hari ini sudah mula tidak kelihatan pokok asal kerana rendangnya beringin . Benih dedalu hanya menompang cambah di dahan pokok ,ketika ini menunggu masa untuk membunuh pokok asal.