Friday, October 7, 2016

rasuah satu keperluan di Malaysia



Hari ini sesiapa yang diberi  amanah adalah merupakan tiket mencari kekayaan.Tidak kira apa jenis amanah diserahkan, sama ada bagi pehak kerajaan atau institusi swasta. Satu rasa kegembiraan bagi mereka yang diamanahkan ,terutama mereka yang besar skop dan kuasa yang di pertanggungjawabkan.

Kita lihat dan dengar melalui media hari ini pemegang amanah sudah melampaui  kerakusan seorang manusia yang kita sebagai orang islam sememangnya dilakukan bersama iblis.Mereka yang gagal mengendalikan amanah terutama amanah yang melibatkan kuasa ,sepatutnya tidak boleh lagi hidup di dunia ini seperti  apa yang berlaku di negara China.

Tumpuan perejah amanah bukan sahaja di nilai dengan wang ringgit atau harta yang melibatkan aktiviti  pemberi dan penerima tetapi hari ini telah melibatkan penyelewengan kuasa,dana dan sumbangan yang tersembunyi maksudnya.

Penyelewengan kuasa baru sahaja berlaku dalam negara ini dengan orang paling berkuasa memberhentikan pegawai kerajaan dan menteri kerana melibatkan diri bagi urusan penyiasatan kehilangan dana dan kemasukkan dana berbilion ringgit ke akuan individu.

Manakala penyelewengan urusan dana tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang diberi amanah beberapa kali oleh kerajaan – tentera dan bank rakyat tetapi manusia yang tidak cukup sejuta ,lima juta ,sepuluh juta hendakan lima belas juta.

Hari ini 5 okt.2016, entah berapa kali saya beristaghfar melihat paparan berita gila perasuah atau sekarang ini di namakan pengubahan wang haram yang nilai wang tunai sehingga SPRM  memerlukan masa berjam-jam untuk mengiranya.Perasuah celaka ini bagitu berani menyimpan wang tunai beratus juta dan beribu juta dalam rumah,pejabat atau premis perniagaan.

Sebagaimana yang saya sebut di awal tulisan ini  mereka yang tidak pernah cukup ini hendaklah dilenyapkan dalam dunia Malaysia kerana dalam hati mereka tidak ada rakyat yang mengais pagi dan petang kerana makanan.

Mereka sanggup memperagakan sebuah Rolls Royce, Ferrari, Toyota dan  beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi. Menyimpan wang tunai berjumlah lebih RM30 ribu di rumah dan enam utas jam tangan berharga RM20 ribu setiap satu ,serta beberapa akaun bank bernilai hampir RM10 juta

Mereka yang ada kuasa menerima sumbangan berbilion pula sanggup melantik seramai pengampu dan mencampakan seramai pengkritik yang dilabelkan tidak sehaluan dengannya dan mengecopnya mementingkan diri. Dia lupa sehaluan hanya diguna pakai berkaitan kerja-kerja amal-makrof bukan kerja yang dikategorikan rasuah atau kerja mungkar. 

Bagitulah sikap manusia Malaysia yang sentiasa bersama syaitan  menjalankan amanah dan hipokrit tethadap rakyat dengan menyatakan tidak satu sen masuk poketnya. Walhal membolot setiap sen wang rakyat untuk diri dan keluarga.

Pengedar dadah boleh dihukum mati kerana mengedar dadah hanya berapa gram sahaja yang nilai tidak sampai berjuta  ringgit jika di bandingkan dengan perasuah yang melakukan rasuah puluhan ribu juta.Sudah sampai masanya penyeleweng amanah ini di tolak dalam kubur,sekurang-kurangnya mengurangkan kes .

Kita semua maklum bahawa ahli parliman tidak sanggup membincangkan hukuman mati dikenakan kepada pesalah rasuah atau penyelewengan amanah kerana ditakuti menepuk air dalam dulang atau meludah ke langit.

Ramainya mereka yang tidak amanah adalah disebabkan indoknya  yang tertinggi masih bebas dan tidak pernah didakwa atas kesalahan rasuah.Kita lihat melalui media ramainya pengampu yang ada kepentingan jawatan dan kewangan membela dan menafikan perbuatan rasuah ketua jabatannya.Disamping itu SPRM takut dan tidak mampu bertindak kerana bidang kuasa terhad.

Tentunya mereka yang terlibat  tidak amanah ini mendakwa bahawa mereka yang lebih berkuasa pun sama seperti dia . Maka jadilah rasuah satu keperluan dan menjadikannya satu usaha sampingan untuk menambah pendapatan.

Mereka yang di beri amanah menganggap mereka yang terlalu jujur adalah satu kerugian sepanjang perkhidmatan.Satu penyakit perkhidmatan awam yang diwarisi oleh Perdana Menteri hingga ke Pekerja Am.