Tuesday, May 29, 2012

Himpunan yang tidak melahirkan Jutaan Faedah

Himpunan yang bertujuan melawan “figure dan digit “dengan Bersih 3, telah diadakan di Putrajaya mendapat liputan meluas melalui RTM. Gambar kelompok-kelompok kumpulan belia yang ramai sentiasa menjadi  tumpuan  utama kamera  tv kerajaan itu.

Rakyat tidak hairan melihat ramainya yang dikatakan belia datang  ke majlis tersebut, kerana majlis itu hanya  bertujuan  mengesahkan  bahawa golongan belia yang sentiasa teransang dengan hiburan percuma. Mereka  akan datang berduyun-duyun dari pelusuk Malaysia apabila dijanjikan sesuatu konsert. Matlamat lebih 5 juta akan hadir sekiranya menjemput penghibur  luar negara. Hampir kesemua  program berkonsepkan  sukan dan hiburan.

Kaum bapa dan ibu, penghuni rumah pentadbiran di Putrajaya, yang menjemput dan mengadakan hari untuk belia ini mengambil  kesempatan  dengan kuasa yang ada menyediakan kenderaan ke Putrajaya.Kaum bapa dan ibu yang menjadi pemimpin itu mencerminkan sikap setengah bapa dan ibu di negara ini memberitahu belia dan anak-anak mereka betapa pentingnya hiburan dari segala-segalanya. Kasihan golongan belia menjadi mangsa  politik orang tua .

Ucapan Najib dari awal hingga akhir telah memutar-belitkan dan menghubungkaitkan tema hari belia “Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini”dengan melahirkan keinginan nafsu  serta bercita-cita nya lagi kerajaan pada PRU 13 untuk  menyambung pemerintahan lebih 56 tahun itu.

Walaupun belum ada kenyataan resmi  jumlah belia yang hadir dari Bernama dan di sahkan oleh Rais Yatim, namun kita percaya lebih 90% adalah belia melayu di negara ini, yang telah “declared” islam. Kehadiran belia menunaikan solat di Masjid Besi dan Masjid Putrajaya tidak seperti kehadiran belia di tempat-tempat hiburan kawasan pesta tersebut di adakan.

Apakah nilai faedah  kerajaan terlalu mengikut rentak Bersih 3 dengan mengumpul jutaan manusia sekiranya  kerajaan masih popular.Berlawan-lawan figure kehadiran manusia dalam sesuatu  majlis tidak menguntungkan sesiapa,malahan merugikan perbelanjaan .

Lebih baik peruntukan berjuta-juta itu di wujudkan peluang pekerjaan kepada belia atau di gunakan  belanja memberi latihan kemahiran dari memberi rasuah atau mengumpan belia-belia dengan hiburan demi menunjuk-nunjukan sokongan yang belum tentu  mengubah  jumlah pengundi  kepada kerajaan.

Belia tidak perlu di set minda mereka dengan agenda hiburan kerana hari  ini salah satu punca masalah sosial adalah berpunca dari hiburan yang melupakan Allah yang menciptanya.Hiburan boleh mengudang masalah sosial di kalangan mereka apabila  terlalu gembira dengan pergaulan bebas serta tidak menjurus kepada pembangunan minda dan pembangunan negara.

Cukuplah belia kita dikelilingi persekitaran hiburan siang malam melalui tv dan konsert live entertainment events serta kelab-kelab disco di seluruh negara.Usahlah kita yang sudah tua, yang telah menjadi pemimpin ini ,menjadikan belia mangsa politik kita, yang tidak memberi  sumbangan membentuk generasi muda kearah insan yang bertakwa.

Hanya sedikit faedah  kepada individu, iaitu berjaya melayan kegembiraan hati apabila dirisaukan dengan kehadiran belia remaja semasa himpunan bersih 3 pada 28 April lalu. Ambil ikhtibar Tragedi Drag Racing Himpunan Belia 2012,  mungkin ianya satu amaran dari Allah sebelah siang, sebelum penyanyi-penyanyi menjerit-menjerit atas pentas  sebelah malamnya.

Tuesday, May 22, 2012

Don't Worry



22,270 orang sahaja yang menyertai Bersih 3.Jangan risau Dato’-Dato’ dalam kerajaan kerana angka tersebut betul tu.


Banyak lagi penyertaan perhimpunan UMNO  ke 66 di Stadium Bukit Jalil, penuh 80000.00.Facebook Najib sudah Lebih 1,0013,442 orang.Mari berjumpa dan mari berhubung sudah capai 1,000,000. Pehimpunan belia Jangkaan penganjur ialah dua juta belia menghadiri Hari Belia 2012 kali ini dengan masa dipanjangkan menjadi lima hari. Persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO)yang menyediakan 60 lot peniagaan  itu dijangka disertai lebih 10,000 orang.

Don’t worry. Angka Mat Pembangkang (Bersih 3)  boleh di kepit celah ketiak apabila Dato’-Dato’ ke Putrajaya.
Kesemua bancian tersebut benar dan menyebelahi kerajaan Dato’-Dato’,Tan Sri dan Tun, tidak usah dirisaukan .Dalam PRU13 ini cuba bandingkan yang berjuta-juta itu dengan pehak pembangkan (Bersih 3) hanya 22,270, kata orang gaji Dato’-Dato’ di Bernama dan disahkan oleh menteri  Dato, yang akan di sambung khidmatnya selepas PRU 13 ini.

Walaubagaimanapun Dato’-Dato’ tak usahlah umumkan tarikh PRU 13 ini dulu,cuba ambil masa 2 atau 3 bulan lagi atau selepas hari raya baru umumkan agar Dato’-Dato’ dapat  mengarahkan seluruh media  di negara ini mencari ustaz-ustaz ,lobai-lobai yang keluar parti PAS serta raja-raja atau tengku-tengku yang keluar DAP juga PKR, membuat kenyataan  bagaimana sudah menyimpangnya dasar pembangkang.

Kalau hendak lebih  hebat dan mujarab  lagi kempen Dato’-Dato’, sebaiknya buat lagi vedio perangai  ahli-ahli atau pemimpin pembangkang dan hantar ke setesyen tv dan akhbar Dato’-Dato’.Kiranya sukar hendak mendapatkan vedio mereka , gambar mereka telanjang pun sudah cukup.

Andainya Dato’-Dato’ masih juga sukar memperolehi gambar pemimpin-pemimpin  dan ahli pembangkang  yang telanjang ,permudahkan dengan mengupah ahli-ahli grafik mencantum-cantumkan gambar orang lain dengan pemimpin yang Dato’-Dato  kira ada pengaruh. Keluarkan dalam akhbar  dan tv dato’ juga jangan lupa minta pengesahan  Ketua Polis Negara bahawa  gambar tersebut benar.

Inilah satu peluang bagi dato’ berkempen dalam masa  terdekat ini lebih-lebih lagi tv3 terlalu suka gambar-gambar  lucah ini menjadi modal, menarik jumlah penonton,  bagitu juga akhbar dato’ Utusan Malaysia bagi menarik pembaca, kalau tidak bangkrap akhbar ini nanti ,mana pulak wartawan itu hendak dato’ letakan.Takkan  semua hendak di letakan di krew URTV.

Sunday, May 20, 2012

Pelopor fitnah politik negara



Oleh kerana lamanya orang ini hidup pelbagai masalah telah di timbulkannya.Fitnah ,Dengki dan Khianat terhadap seseorang  yang  tidak sehaluan dengan nya terus di perkatakannya.Tidak mahu duduk diam selepas bersara.Dia terus bercakap walaupun dia dalam jamban manakala wartawan mendengar dan mencatat  di luar pintu jamban.Busuknya berak mamak ini hingga keluar jamban tetapi wartawan terus setia mencatatkan apa yang dicakapkan nya.

Hukum Allah yang ada dalam Al Quran tidak pernah dipersetujui.Dipertikaikan dengan mengatakan bahawa hukum tersebut di reka oleh ulama'-ulama' politik.Pernah menyarankan supaya Qur’an di tafsirkan mengikut  kehendak semasa.Banyaknya dia membaca telah banyak menerima pelbagai anugerah buku dikurniakan kepadanya. Apakah tidak ada tafsir AlQuraan dalam koleksinya.? Inilah mamak yang patut diberi gelaran "abu jahal moden".

Mamak ini yang sentiasa menjadikan undang–undang di bawah tapak kakinya, baru-baru ini memperlecehkan majlis peguam .Majlis peguam bernasib baik mamak ini tidak memerintah lagi. Kiranya dia masih menjadi ketua gangster negara Malaysia  sudah tentu majlis peguam menerima nasib macam Tun Saleh Abbas atau pun senasib dengan raja-raja melayu yang kuasa imunitinya ditarik oleh mamak ini.

Dalam usia sudah lebih 86 tahun dan menjadi ketua gangster negara lebih 22 tahun masih tidak mahu muhasabah diri dan bertaubat dari bercakap merapu dan tidak memberi  peluang orang lain menguasai media.Tidak pernah cuba duduklah dalam bilik dan sentiasa  sujud kepada Allah jadikan  berzikir dan bermunajat menggantikan cakap-cakap hal dunia berkaitan politik dan sentiasa tidak berpuasahati terhadap orang lain.Dia sentiasa menyangka umurnya panjang dan tidak ingat umurnya semakin pendek.Dia juga menyangka semasa berkuasa musuhnya 1000 orang ,selepas berhenti menjadi 500 orang.

Dosanya menjadi kepala fitnah dan mengaibkan orang dalam politik yang disah-guna hingga hari ini ,mamak inilah pelopornya.Dari zaman mamak ini perkataan liwat dan lewat anak kecil dan cucu kita menjadi “confused” apabila dalam akhbar dan tv menyebutnya setiap saat berita berkumandang .Semasa mamak ini memerintah juga media malaysia tidak menjadi sumber ilmu melainkan fitnah,sex dan propaganda.

Dalam media dari tahun 1998 hingga 2011, sudah 13 tahun,perkataan liwat dan lewat - baru anak dan cucu yang sudah pun  tingkatan 1, faham perbezaannya kerana kes liwat kedua berlaku.

Walaupun bapa  fitnah dan aib negara pernah mengaku yang dia berkuasa boleh buat apa sahaja ,walaupun mereka tidak ada salah apa pun,tapi hari ini lidah biawaknya disambung oleh lidah ular yang sama bercabang.
Kali ini seorang lagi telah menjadi mangsa anak didik mamak bapa fitnah negara dengan  mengaibkan gambar orang politik pembangkang  melayan perempuan sundal. Surat khabar lucah  dan  tv porno negara menyiarkan dan mengulas perilaku sex dalam gambar tersebut.

Dalam zaman “bapa fitnah dan aib negara "hanya seorang sahaja musuh politik yang menjadi mangsa nya tetapi dalam waktu anak didiknya berkuasa,"bapa haramjadah” dua orang musuh politik menjadi mangsa fitnah dan  aib.Semua rakyat Malaysia telah menganggap dengan berhentinya bapa Abu Jahal Malaysia maka hilang fitnah politik,sebaliknya lebih hebat perangai anak muridnya ini.

Tidak tahu apa yang hendak dicari oleh mamak ini lagi.Kuasa dan kekayaan hingga hari kiamat keturunannya  tidak habis-guna ,kecuali  keturunannya menyambung perangai Qarun.

Marilah orang islam di Malaysia ini berdoa agar mamak yang panjang umurnya ini sesekali mencuba-cuba perangai  malaikat. Dia boleh melakukan sifat tersebut kiranya dia mahu, walaupun anak,bini dan cucunya “terkojut boghok “sekejap ,tapi demi  mencapai  keredhaan Allah  lupakan sebentar terkejut tersebut.

Monday, May 14, 2012

haram+jadah = Haram + haram


                           Haramjadahhhhhh !!Haramjadahhhhhh !!
                                Haramjadahhhhhh !!Haramjadah mereka ini jangan terima durian runtuh ini “bahasa seorang manusia yang terdidik oleh keluarga  keturunan Perdana Menteri  serta mewarisi jawatan tersebut  di Malaysia ini sungguhnya amat tidak sopan.Kita percaya bahasa yang biadap ini tentu tidak pernah di ajar oleh bapanya atau ibunya  59 tahun yang lalu.

Bahasa kesat tersebut sudah pasti tidak pernah ditutur oleh Toh Puan Rahah dan Tun Abdul Razak  semasa Najib waktu kecilnya.Tutur kata bagitu hanya dituturkan oleh orang –orang desa yang hidupnya pincang dan serba kekurangan  serta dilanda masalah keluarga dan sentiasa dalam kemarahan.

Sehingga ini tidak ada fatwa dari mana-mana badan yang mengeluarkan fatwa bahawa bahasa tersebut haram dikeluarkan kerana merupakan maki hamun "termasuk yang ditutur oleh Najib . Tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang islam terhadap orang  yang tidak setuju dengannya.Bahasa Perdana Menteri ini telah  melambangkan sikap dan akhlaknya.

Juga belum ada ulasan panjang lebar dari akhbar arus perdana dengan kata kurang ajar itu.Barangkali kata bagitu dihalal –guna oleh akhbar tersebut.Belum juga terkeluar fatwa menasihatkan orang yang menentang FGVH disenaraikan tidak boleh menerima wang durian runtuhnya.

Terlampau seronok mengumumkan wang durian runtuh sampaikan Najib tidak sedar bahawa wang yang akan hendak diberikan kepada warga Felda itu bukan "wang abah dan omaknya" yang punya,maka dia memberi amaran siapa yang menentang jangan cuba-cuba nak menginding.Dia juga lupa bahawa pengundi-pengundi di Malaysia ini bukan hanya rakyat yang berstatus peneroka.

Bagitulah sikap manusia ada kuasa .Semua media menikus ,tak berani menyiarkan dan mengulas kata-kata orang yang mengaku global dan bertemadun

Kita berharap manusia yang mengharamjadahkan orang lain ini akan mejadi kata-kata “pulang tebiat”baginya dan dilaknati Allah kerana “haramjadah” dalam kamus dewan –bererti anak haram. Najib telah menuduh peneroka-peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd sebagai anak haram.

Tuesday, May 1, 2012

Sampai bila bangunan kerajaan menjadi bangunan parti

Sepanjang perjalanan balik ke "warikh" terlihat bendera putih merah tercacak megah di bangunan-bangunan dan rumah-rumah.
Kelihatan sebelum ini bendera merah-putih  tidaklah berkibar sehebat  yang ada hari ini.Hanya papan tanda lusuh ,bertiangkan dua batang sebelah bangunan balairaya,balai muhibah atau dewan orang ramai.

Apakah kesemuanya ini aset UMNO di kampung-kampung tradisi terutama kawasan-kawasan janda-duda 60-70tahun.

Kita lihat 5 buah bangunan yang sempat dirakamkan dalam perjalanan.

Kawasan-kawasan ini tidak ada BERSIH HARTA 1 yang membolehkan rakyat dan orang ramai tahu yang mana satu harta kerajaan atau harta parti UMNO.

Mengikut kehendak papan tanda parti yang terletak sebelah bangunan seolah-olah bangunan tersebut milik parti yang memerintah lebih 54 tahun itu.

Penduduk kampung tentu menganggap bahawa bangunan itu ialah bangunan UMNO kerana bagi mereka UMNO dulu kini dan selama-lamanya telah dihayati "duit UMNO, duit kerajaan maka bangunan kerajaan ialah bangunan UMNO".

Bagi generasi muda yang berfikiran,seperti mereka yang turut serta BERSIH 3, satu hari akan mempertikai harta kerajaan yang ada di kampung-kampung yang telah di exploit oleh UMNO itu.

Antaranya akan ada yang mempertikaikan:-
i) Balai-balai yang ada di kampung ini milik siapa- kerajaan atau parti.
ii) Sumber kewangan membina bangunan ini -kerajaan atau parti.
iii) Tanah yang di bina bangunan itu milik kerajaan atau parti atau wakaf individu.

Kita berharap jika berlaku perubahan kerajaan semasa PRU 13  perkara ini perlu di perbetulkan.Kiranya PRU 13 tidak berubah suasana ,nampaknya balairaya kerajaan balairaya UMNO hingga mati.