Friday, June 18, 2021

Parlimen ada hantu ke susah nak buka.

 

 


Dalam keadaan tunduk atau akur terhadap titah Agong supaya parlimen di buka, masih ada yang bingai dengan pelbagai perkataan atau alasan yang bertujuan  memutar belitkan bahasa dari media Istana Negara.Apakah parlimen ada hantu yang ditakuti maka susah nak di buka.

Berikut dipamirkan kenyataan yang tidak siuman,dari mereka  yang mabuk jawatan beberapa orang ahli politik terutama menteri kabinet kerajaan pengkhianat ini.

Keadaan ini di sebabkan mereka sudah syok menerima imbuhan bulanan yang lumayan tanpa melakukan kerja. Mereka di bayangi kerajaan tumbang apabila parlimen dibuka  berkemungkinan jawatan mereka lebur.

Agong: Sidang parlimen perlu diadakan segera

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, maklum Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin.

Kenyataan itu selepas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Jangan berdolak dalih, terjemah segera titah Agong’ - Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menggesa kerajaan supaya menyegerakan pembukaan parlimen seperti mana titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jelas Mohamad, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dengan menggunakan alasan bahawa Agong "tidak bertitah bulan berapa parlimen harus bersidang".


Tuanku berpandangan 'secepat mungkin', tak titah bulan berapa - Takiyuddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan menjelaskan sidang Parlimen akan bersidang semula tidak lama lagi.

Namun Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menitahkan bilakah tarikh yang tepat untuk Dewan Rakyat bersidang, kata Takiyuddin dalam program Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara semalam, Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin selepas mempengerusikan sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu.

‘Buka Parlimen secepat mungkin atau PM undur diri’ - PH

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan jika gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin.

Perkara itu dinyatakan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

Adakah parlimen sama macam pub dan spa?' - Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menempelak rancangan kerajaan bahawa parlimen hanya boleh dibuka selepas negara memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

Dalam satu hantarannya di Facebook, beliau berkata lebih mengelirukan, apabila dimaklumkan pada Fasa 3 semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali bagi aktiviti yang

tersenarai dalam senarai negatif.

Agong tak titahkan parlimen bulan berapa, tapi secepat mungkin - Takiyuddin

Parlimen akan bersidang semula tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan.

Namun, katanya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menitahkan bilakah tarikh yang tepat untuk Dewan Rakyat bersidang.

Speaker: PM berkuasa tetap tarikh parlimen dengan perkenan Agong

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkuasa untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan kembali sidang parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Katanya, komitmen Muhyiddin terhadap usaha untuk mengadakan sidang parlimen sekitar September atau Oktober ini juga dianggap sebagai 'rasional'.

Tempoh satu-satu parlimen 5 tahun, jadi kenapa nak uar-uarkan PRU ni?'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan berkata tempoh satu-satu parlimen itu adalah lima tahun, oleh itu beliau bertanya kenapa perlu menguar-uarkan pilihanraya (PRU)?

Beliau berkata demikian ketika ditanya bilakah PRU akan diadakan dalam Bicara Harakah bertajuk 'Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' yang disiarkan secara maya, semalam.

Raja-Raja Melayu: Tiada keperluan lanjutkan darurat lepas 1 Ogos

Raja-raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos.

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara petang tadi.

Kenyataan itu hadir berasingan dengan kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Adakah kita hadapi krisis perlembagaan, tanya Azalina

Seorang lagi pemimpin politik tampil mempertikaikan cara kerajaan menguruskan pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu mengenai pentadbiran negara.

Kali ini orang yang terlibat secara langsung dengan parlimen sendiri, iaitu Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said.

Parlimen wajar bersidang sebelum tamat darurat, kata bekas speaker

Bekas speakar Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof parlimen bersidang dengan kadar segera tanpa perlu menunggu darurat tamat pada 1 Ogos.

Mohamad Ariff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan rasmi Istana Negara dan kenyataan Penyimpan Mohor Raja-Raja.

"Pada pendangan saya, adalah wajar dan sesuai untuk Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) dan kabinet seterusnya memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen untuk bersidang dengan kadar segera sebelum berakhirnya tempoh darurat sekarang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Agong boleh arah parlimen bersidang tanpa nasihat PM'

Anggota Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, Noh Omar berkata Yang di-Pertuan Agong berhak mengarahkan parlimen bersidang tanpa perlu mendapat nasihat perdana menteri berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

 

 

 

 

 

 

Thursday, June 10, 2021

"Maju sukan untuk negara" sukannya tak maju-maju😆😅😂

 


Ceruk pelosok atau di hujung kampung mana skuad bolasepak negara ini berasal.Tidak layak digelar jaguh kampung kerana tidak pernah jadi jaguh.Cuma gah dengan namanya “Harimau Malaya”.Tentunya tidak sepadan dengan kehebatan tenaga seekor harimau di Malaysia ini.

Saya masih ingat kehebatan skuad tahun 60an,70an dan  awal 80an.Kehebatan skuad kebangsaan Ketika itu membuatkan saya berlumba-lumba membeli dan memiliki tiket ke Stadium Merdeka yang hanya satu Stadium  sepanjang perlawanan melibatkan pasukan negara.

Kini sudah 30 tahun saya tidak menonton dan melibatkan aktiviti sebagai penyokong skuad kebangsaan yang boleh katakan satu sukan yang paling popular, kini bertukar kepada sukan paling saya benci ketika ini dan paling tidak mahu mendengar kehebatan yang tidak sehebat mana sukan itu selalu di gambarkan oleh media Malaysia .

Kadangkala hendak muntah mendengar pujian yang terlau tinggi oleh pengulas sukan di negara ini walhal hanya kemenangan jaguh syok sendiri. Pujian itu hanya melibatkan skuad negeri dan kelab-kelab yang ada di negara ini.Gambaran yang meloyakan bila kemenangan skuad pilihan yang seolah-olah sedang  memiliki piala dunia.

Kebencian terhadap skuad negara tidak cukup dengan tidak menonton dan mendengar kelibatan aksi bolasepak  tetapi ditambah dengan sikap yang dilahirkan melalui kawan-kawan dan keluarga bahawa “sekiranya dijemput ke stadium dengan kereta mewah dengan tiket percuma pun tidak berminat menontonnya.”bagitulah  kebencian saya.

Anak-anak dan keluarga terlalu marah dengan sikap saya dan menuduh saya tidak patriotik. Itulah sikap saya apabila ada cannel televisyen yang menyiarkan secara langsung bolasepak negara.Saya  lagi rela menyokong pasukan lawan.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan skuad bolasepak negara berkedaan sekarang yang sentiasa dibuli oleh skuad luar negara.

Berkemungkinan bayaran/elaun skuad negara adalah lebih murah dari bayaran pasukan negeri atau kelab.Itu salah satu sebab semangat  juang cepat luntur hanya berkobar-kobar  15 minit yang pertama.

Mereka  mudah menyerah mungkin memikirkan perbandingan elaun di bayar oleh kelab mereka berbanding bayaran di taja skuad negara .

Tiga puluh tahun lalu tidak ada pasukkan professional, yang ada pasukan negeri,tidak berlumba-lumba memberi elaun paling banyak.Semangat kental lahir kerana negara.Hari ini bermain untuk memenuhi poket permain atau sumber pendapatan.

Mereka bersaing dengan mempamirkan pemainan yang cemerlang semasa dalam liga bagi memancing taukeh-taukeh kelab untuk ditempatkan dalam pasukannya.Taukeh kelab menggila menawarkan bayaran paling tinggi.

Kita lihat kelab yang menawarkan bayaran yang tinggi kepada pemain sentiasa menjuarai liga bukan satu,dua malahan tiga kejuaraan dalam satu-satu musim.

Formasi permainan,fizikal tubuh pemain dan tektik permainan, kemahiran asas bola sepak  tidak banyak berbeza dengan pemain-pemain zaman Mokhtar Dahari.Soh Chin Aun,Arumugam dan Saharudin Abdullah dan Namat Abdullah serta Shukur Saleh ,Ali Bakar,Isa Bakar.

Kehebatan mereka sudah tentu tidak dapat disaingi oleh pemain sekarang samaada hari ini atau 30 tahun akan datang.Keyakinan ini berdasarkan apa yang berlaku di UAE. Negara luar telah terkini lebih 35 tahun dari Malaysia.Jepun menjadi belasahan Malaysia satu Ketika dulu kini di tempat ke 28 dunia.

Buntangkan mata lihat rangking negara mana perlu di contohi,Thailand.Vietnam,Pilipihina,Indonesia ,Korea Selatan,Jepun dan China.

Tidak usah mimpikan seperti skuad bolasepak negara Eropah,kiranya masih bercita-cita duduk di tangga ke 153 dunia.Sungguh amat memalukan liga professional kita.

Dimana letaknya dikata professional itu ?.Mungkin hendak di letakkan GAHnya dan di canangkan HEBATnya, di sekitar stadium Bukit Jalil atau Stadium terbaru di Johor, serta beraksi  depan media Astro,RTM atau Media Prima.

Liga professional negara ini hanya berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat ,dikalangan belia tetapi gagal menyemai sikap patriotik untuk negara.

Kesemua yang terlibat mementingkan ringgit,menjanjikan bayaran puluhan ribu setiap individu.Dimanakah yang hendak dikatakan sumbangan pemain bolasepak negara ini “majulah sukan untuk negara” sedangkan sukannya tak maju-maju.

Thursday, May 27, 2021

dari kerajaan pengkhianat kepada Kerajaan Covid-19

 


Kerajaan hari ini  di namakan kerajaan covid-19.Wakil rakyatnya terdiri dikalangan pengkhianat sudah semestinya bukannya dianggap pemimipin, melihat kepada apa yang diuruskan nya, adalah berkaitan dengan covid-19. 

Semua media menjadi alat propagandanya .Sepanjang satu jam atau lebih berkisar   covid-19. berita popular di televisyen serta,akhbar.

Dari urusan kanak-kanak sekolah sehigga ke university dari urusan penjaja kecil sehingga ke kilang-kilang yang meliputi kawalan SOP dan perakaan positif serta kematian akibat covid-19. Tidak ada kesempatan menguar-uarkan urusniaga ekonomi negara.

Menteri seramai 70 orang kerja gaji buta. Pengerusi GLC kaut duit rakyat,  duit syarikat masuk poket dengan imbuhan beratus dan puluhan ribu ringgit.Mereka tidak jadi masalah sekiranya PKP bertahun-tahun dilaksanakan.

Yang jadi macam orang bangang duduk dirumah adalah rakyat yang tidak ada pendapatan yang dijanjikan.Silap-silap terlupa patuhi SOP kena denda /kompaun RM50,000.

Kerajaan covid-19 ini terdiri dari wakil rakyat yang mengkhianat disokong oleh lebai-lebai berketayap dan berjubah yang menghalalkan perbuatan khianat mengikut fikiran akalnya dan hadis-hadis ciptaannya.

Peringkat awal  kerajaan covid-19 ini memerintah banyak sumbangan  kewangan telah beri kepada rakyat untuk berbelanja.Ketika ini hilang sikap kasihan kepada rakyat sebaliknya virus covid -19 di utamakan.Rakyat tidak dipedulikan,ada wang atau tidak,makan atau tidak, ada kerja atau tidak.

Setelah Makcik Kiah kaya, kerajaan pula miskin, seperti yang digambarkan oleh Ketua Geng kerajaan Covid-19 dengan nada kerajaan tidak duit sekarang ,fahamlah rakyat bantuan tidak dapat diteruskan.

Kini kerajaan covid-19 sibuk sehingga Kaki naik, kepala turun, Kepala ke bawah, kaki ke atas menguruskan kes covid-19.Rakyat di persalahkan tidak mematuhi SOP covid-19.

Perntah Kawal Pergerakan (PKP) diteruskan, yang mengangakan rakyat untuk mencari sumber kewangan terus menerus tersekat-sekat.

Kita masih ingat salah seorang wakil rakyat pengkhianat ini bersikap takbur,sombong,angkuh dengan melelong dakwaannya bahawa sekiranya kerajaan yang dikhianatnya dahulu terus memerintah akan lebih banyak rakyat mati akibat covid-19.

Allah tidak menyebelahi orang yang terlalu sombong dan bercakap takbur ,lihat apa yang berlaku hari ini (23/5/2021 kerajaan pengkhianat telah menerima balasannya. Rakyat yang mati akibat covid telah mencecah 2248 orang dengan 370,528 kes.

Kes harian telah mencecah lebih lebih 7000 orang.Rakyat tidak selesa menguruskan punca pendapatan.,Anak-anak, tidak dapat meneruskan pembelajaran,rakyat yang dahulu bekerja sekarang telah diberhentikan.

Sektor kilang dan Gedung perniagaan di hadkan waktu urusniaga.Sektor pelancongan ,hotel-hotel,pengusaha bas dan teksi  telah banyak ditutup perniagaan atau bengkrap

Musim covid-19 ini yang amat selesa adalah wakil rakyat menteri,CEO GLC, duta khas yang berpendapatan lumayan tanpa bekerja.

Saya percaya mereka ini tidak ada sikap kasihan dan simpati dengan nasib rakyat ,sekiranya mereka ini prihatin sudah pasti mereka letak jawatan dengan menyerahkan peruntukan gaji mereka kepada rakyat.

Berdasarkan pengalaman dua tahun yang berlalu yakinlah Perdana Menteri dengan kakitangan awam boleh melaksanakan kerja sepanjang tempoh PKP,PKPB,PKPD. Tidak ada gunanya membazirkan kewangan kerajaan dengan membantu orang kaya menerima gaji buta .

Wakil rakyat pengkhianat bekerja sebagai Menteri dan pengerusi GLC masih tidak rasa bersalah dengan menerima pendapatan yang banyak tanpa melakukan kerja. Sepatutnya sukarela meletak jawatan bagi memberi laluan kewangan kepada rakyat yang tidak bekerja atau di berhentikan kerja.

Tiada keperluan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri ketika kes convid-19 bertambah teruk.Kita tahu lantikan Menteri dan Timbalan Menteri  dan Pengerusi GLC dilaksanakan bagi menjaga hati rakan politik yang menyokong perlantikan Perdana Menteri.

Ada diantara menteri yang bergaji lumayan bercakap kepada rakyat terutama kepada golongan belia yang berijazah supaya bersyukur dengan jawatan bergaji dibawah RM 2000.Sekiranya Menteri tersebut di beri gaji seperti mana gaji belia baru bekerja  hari ini, barulah dibenarkan sebagai penasihat.

Tanggungjawab sebagai Menteri yang ketika ini di labelkan pemimpin adalah memastikan rakyat menerima pendapatan sekurang-kurangnya 1/2 pendapatan Menteri yang dilantik,tetapi hari ini Menteri pendapatannya 40-60 kali ganda daripada pendapatan rakyat.

Tidak perlu di buat perbandingan berkaitan pemilikan harta,kenderaan,rumah kediaman dan wang simpanan mereka, sudah pastinya beza antara langit dengan bumi.

Sebagai rakyat kita di bodohkan setiap 5 tahun sekali dengan memilih sekurang-kurangnya 222 orang wakil rakyat parliman dan lebih 500 orang ahli dewan undangan negeri.Kesemua mereka ini matlamatnya menjadi orang kaya.Hipokrit beberapa bulan sebelum pilihanraya.