Wednesday, February 22, 2012

Tahniah EGM Koperasi Peneroka Felda tak jadi......selamatttttttt duit den,



Kali kedua gagalnya  Isa Samad mengarahkan dan mempengaruhi ahli lembaga Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) supaya mengadakan mesyuarat agong khas(EGM) bertujuan meminta dan memaksa ahli-ahli perwakilan bersetuju KPF melabur modal  dalam Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan di senaraikan ke Bursa Malaysia.

Sejak Isa Samad  yang hanya bawa air liur sahaja datang ke Felda ,dia terus  “membeko” dan “mengelisang” mencari  sumber  kewangan bagi kepentingan bosnya. 

Kita semua tahu diantara sebab-sebabnya Isa Samad dilantik ke jawatan  pengerusi Felda ialah bosnya yakin Isa mampu serta bergeliga mencari wang bagi melindungi  kewangan Felda Global Ventures Holding (FGVH) .”Bak kata orang badan pendek  akalnya panjang”,Isa ada pengalaman  apa yang berlaku dengan tanah Yayasan Negeri  Sembilan di Serting.

 Masyarakat peneroka tidak kisah sekiranya Isa menggunakan kebijakasanaannya memperolehi dana dengan melegokan bukan hak peneroka. Apa yang jadi masalah dan dipersoalkan ialah wang ahli Koperasi(KPF) yang terus di  usik, walhal Isa satu sen pun tidak ada menyumbang  dalam KPF.

Pelbagai cara bagaimana hendak mengambil persetujuan perwakilan telah dilakukan oleh Isa  diantaranya  menggunakan kuasanya terhadap kakitangan  supaya mempengaruhi peneroka merangkap perwakilan KPF  mengundi cadangan bosnya. 

Ahli KPF berterima kasih kepada “ANAK” terutama ketuanya  Mazlan Aliman kerana berusaha menyelamatkan wang KPF dari di lego oleh Isa. Saya ada RM230,000.00 dalam KPF.

Tuesday, February 21, 2012

apa dah jadi... jati jadi setan ?...





Kenapa Hasan Ali jadi bagini . Cilok lambang setan seperti mana perbandingan gambar di atas.Seorang mengaku profesional dalam serba serbi hidup dan mampu buat kajian, mentalaah apa sahaja, tetapi logo partinya atau kumpulan nya berdasarkan logo setan” lucius malfoy”.

Bagitulah sekiranya nawaitu kita dan isi hati telah di isi kebencian ,apa sahaja kita lakukan tidak akan menjadi kenyataan.
Allah tahu niat Hasan lebih kepada dendam kesumat yang telah dijaja dan terus dijaja keseluruh negara berselindung agama,melayu dan raja.

Disebabkan sikap ini  Allah menggelapkan idea Hasan mencari satu lambang atau logo berkonsepkan tiga perkara yang konon nya tujuan perjuangan.

Kita tidak hairan sekiranya  ramai pengikutnya mendaftarkan diri  dibawah lambang jati @setan maka akan ramai mereka bersikap setan pendendam profesional.

Ingatlah Hasan sekiranya memperjuangkan islam ,menurut  Imam al-Ghazali Rahimahullahu Ta’ala menghindarkan akhlak yang jahat seperti sikap sombong,takabbur,membangga diri,tinggi hati,banyak bercakap,bersikap dengki,iri hati,pendendam,menyimpan sangka buruk kepada orang lain,khianat,menegakkan benang basah.

Oleh itu hentikanlah perkara yang selama ini saudara hebohkan kerana apa saudara lakukan bukan sifat seorang islam.Saudara hanya melaungkan perkataan islam tetapi perbuatan hujah saudara bukan ciri-ciri seorang islam.

Saturday, February 18, 2012

Lidah dan satu cara menyelesaikan masalah


Bukan ini sahaja yang lidah bercabang

Manusia pun  ada lidang bercabang



Sama juga =







Permohonan pembangkang- Minit mesyuarat  kelulusan PAC  meluluskan pinjaman NFC
1.Syarat tambahan tersebut, kata Azmi, ialah ketua ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat mesti menulis surat kepada beliau mempersetujui minit tersebut didedahkan kepada umum.
Sebelum ini, Pengerusi PAC itu berkata beliau hanya memerlukan surat dari Ketua Pembangkang sahaja.
 Tetapi dalam syarat terbarunya itu, Azmi juga memerlukan surat persetujuan dari Presiden PAS dan Penasihat DAP.

Harussani- MUFTI

2. Dalam tegurannya terhadap perbuatan Najib menyertai perayaan Thaipusam yang disifatkannya “menggadai akidah” itu, Harussani juga berkata, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.


“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Seminggu lepas itu, selepas jumpa  Najib
Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan kaum lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.
"Sekiranya tiada NIAT untuk merayakan atau REDA dengan perbuatan agama lain tidak mengapa, tetapi kalau SAMA-SAMA  merayakan baru tidak boleh," (Mungkin gambar dalam media itu Najib merayakannya di rumahnya di Putrajaya dan dipaksa oleh Rosmah atau orang hindu dengan meletakkan pistol di kepala Najib)
_AGAKNYA SELESAI LAH MASALAH TU.

Program pengeluaran daging
SERDANG 29 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan program pengeluaran daging peringkat pertama "Penternakan Kontrak" dengan National Feedlot Corporation (NFC) di Negeri Sembilan dan Johor, tahun depan.
Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, "Penternakan Kontrak" merupakan perkongsian dan pemindahan pengetahuan dari syarikat-syarikat seperti NFC kepada petani-petani tradisional di luar bandar.
KUALA SELANGOR 26 Jan. - Penjelasan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) jelas membuktikan projek tersebut yang melibatkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCopr) tidak mengalami sebarang kegagalan.
(siapa yang cakap NFCorp. ada masalah .itu syarikat anak beranak Sharizat.Dipertikaikan urusan lembu yang di amanahkan)
Sebaliknya, Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, isu berkenaan sengaja dimainkan oleh pembangkang bagi mengelirukan masyarakat termasuk mengatakan ia diberikan kepada keluarga tertentu dan mengalami kegagalan.
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kerajaan akan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi melindungi kepentingan kerajaan dalam projek Pusat Fidlot Nasional yang sebelum ini diuruskan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC).(Tidak masalah kenapa dilantik firma perakaunan)
Ambrin berkata demikian bagi mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang turut mengaitkan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang mendapat perhatian ramai kerana kegagalan memenuhi matlamat penubuhannya. – BERNAMA
'Daripada penjelasan yang dibuat oleh jabatan itu, adalah jelas Laporan Ketua Audit Negara 2010 membuat teguran terhadap kerajaan atau projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan dan bukannya NFCorp," katanya.
(Apakah  jawapan ini selesai ke masalah)
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penjelasan yang dibuat Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang ,bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dibuat jabatan itu adalah pencapaian NFC sejak ditubuhkan pada 2006 dan bukannya NFCorp sebagai sebuah syarikat.
(Tak usah belit-belitkan isu. Rakyat bukan ramai yang terbodoh lagi)
Kata Mohamad Salleh, beliau tidak dapat mengelak daripada berasa hairan mengapa jabatan berkenaan mengambil masa yang lama untuk membuat penjelasan tersebut kepada umum sedangkan isu berkenaan sudah berlarutan agak lama.
 AGAKNYA SELESAILAH SEKEJAP MASALAHNYA ORANG YANG KERAJAAN BERI KAYA INI.
Mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini yang mendedahkan NFC telah melanggar syarat perjanjian kerana menggunakan wang pinjaman untuk tujuan lain, Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan.
(Datang balik masalah kawan ni)
Nazri Aziz meminta NFC membayar balik semua wang yang telah dipinjamkan oleh kerajaan sebanyak RM 250 juta itu. Nazri berpendapat Shahrizat Jalil tidak perlu berhenti atau berundur dari kerajaan.
(Bagaimana kalau isu ini tidak diketahui umum- untung besarlah sharizat)

Tuesday, February 14, 2012

dunia menteri ,wakil rakyat dan keluarganya,di malaysia

Petikan  catatan dalam sebuah buku "Israk dan Mikraj"mengimbau kenangan kita semua kepada apa yang berlaku hari ini dan yang telah lalu .Kenangan ini khusus kepada kemewahan yang telah di bongkar oleh beberapa badan politik terhadap harta-harta menteri dan wakil rakyat di negara ini.
Memiliki kondominiam ,rumah mewah, kereta mewah, yang bernilai puluhan juta, malahan ratusan juta ringgit. 
Sekiranya diantara individu bertaraf menteri dan wakil rakyat tersebut tidak meneruskan kerjayanya dalam politik apakah mereka mampu memiliki harta sedemikian rupa.

Menteri atau wakil rakyat yang kaya itu sekiranya seorang peguam,guru,doktor atau profesional lain meneruskan kerjayanya, apakah mampu memiliki kondominiam puluhan juta ringgit di negara ini atau di luar negara.

Institusi kewangan seperti Maybank, dan CIMB tidak ada keyakinan yang tinggi memberi pinjaman kepada orang profesional biasa bagi membeli  atau memiliki  harta ratusan juta melainkan orang-orang ini seorang menteri,wakil rakyat,yang membolehkan institusi ini menompang teduh.

Pendedahan harta seorang menteri dan keluarganya baru baru ini telah terbukti dengan firman Allah :

 Apa yang menjadi persoalan sekarang ini adalah dari mana harta tersebut diperolehi.Pinjaman Bank seperti yang dinyatakan atas tiket mana dan kenapa bank bagitu yakin memberi pinjaman pasti ada sumber modal yang besar sebagai sandaran.Pehak bank tidak  bangang menerima hanya menggunakan janji mulut. Bak kata  harapkan gigi dengan lidah.Belajarlah rakyat menjadi pegawai SPRM setiap hari.

Fikirkan gambar ni

Pengundi Bangang ke..atau Menteri Membangangkan Pengundi.




 






Sunday, February 12, 2012

Najib...Najib


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.




 
apa sudah jadi orang melayu sanggup menggadaikan akidahnya demi menjaga hati ,mencari penyokongnya untuk mengekalkan kuasa atau mempertahankan Putrajaya. Kita mintaklah dunia kiamat segera kerana di takuti menjadi ikutan  oleh anak-anak di masa akan datang kerana sudah ramai pemimpin telah  syirik akibat tindak tanduknya.Lagi lama dunia ini akan lebih ramai mengikut seperti Najib ini kerana perbuatannya hanya ditegur seorang ulamak Malaysia.
Profesional agama yang lain semuanya bisu dan buta kerana menjaga jawatan dan periuk nasi. Kita percaya nasib mereka di akhirat nanti.
Orang  ini tidak boleh di jadikan pemimpin kerana agamanya berubah-ubah mengikut keadaan dan sudah sah telah menjadi seperti  AYAHPIN  dan seperti pelakon  beragama islam Hindustan yang  boleh masuk kuil dan menyembah atau menghormati patung-patung kuil
Kita harap Allah mengampunkan dosanya tetapi apakah dosa syirik di ampunkan ALLAH

 
Sejak melayu telah sedar kuasanya akan hilang tanpa bantuan bangsa lain.Mereka hilang arah dengan mencari pendekatan baru  bagaimana hendak  popular serta dapat menawan hati  orang cina dan india.

Melayu yang telah berkuasa terus  gila kuasa dan hendak meneruskan dan mengekalkan kuasanya  maka sanggup menggadaikan agama, dengan menunjukkan kesederhanaan islam  kepada agama lain  dengan berkunjung dan meraikan  amalan agama hindu,budha,kristian dan pelabagai agama yang ada di Malaysia ini.

Bangsa –bangsa lain yang ada di Malaysia ini mengambil  kesempatan dengan sikap mengelabah melayu dengan memohon dan menunaikan permintaan kedua-dua pehak  dengan  pelbagai bentuk termasuk soal akidah.

Bangsa melayu sudah jauh terpesong  yang satu masa dulu sinonim dikaitkan dengan agama islam ieiapi  hari ini melayu telah menganuti pelbagai agama berpegang serta memutar belitkan konsep al-Wasatiyyah dan semua agama adalah sama.  Tidak menghayati firman Allah:

 

















  Dan sudah melupakan firman Allah: 



Sesungguhnya agama (yang bernar dan diredai)di sisi Allah ialah islam,
 
Kita tidak mahu orang melayu banyak masuk neraka  kerana mengikut pemimpin yang syirik.Walaupun yang menentukan syirik atau berdosa itu hanya Allah tetapi berdasarkan perbuatan dan percakapan mereka apakah salah kita  menghukum berdasarkan firman-firmannya..

Cukuplah kita berkuasa lebih 54 tahun, kerana hendak mengekal kuasa bagai firaun pelbagai perkara menyalahi agama islam diredah tanpa batas..Fikirkan dunia syurga untuk akhirat dan bagilah mereka yang segar dengani idea baru untuk memerintah Malaysia ini..Yang untung ialah kita  rakyat dan negara ini.Sesiapa pun memerintah tidak akan menjahanamkan negara ini kerana rakyat mempunyai kuasa memilih.