Empat puluh tahun lalu semasa berusia remaja dan baru sahaja memiliki Sijil Pelajaran Malaysia masyarakat kampung dan mungkin juga masyarakat Malaysia ketika itu telah mengikhtiraf bahawa kerja-kerja rasuah merupakan salah satu punca pendapatan.atau satu cara punca rezeki.
Mereka sering melontarkan pertanyaan kepada anak-anak muda kampung yang balik dari Kuala Lumpur atau dari bandar-bandar besar berkait kerja yang mereka perolehi . Ini adalah diantara dialog popular yang biasa mereka bualkan atau pertanyaan," kerja apa sekarang ni jang ?" polis cik".wahh!.. banyak duit luar tu". "kau pulak jang ?sambil menuding jari ke arah anak lain " kastam cik" "itu lagi handar.dapek barang murah" ,,"kau lak din kojo apo" parking atenden KL cik ".ha! tu gajinyo kocik tapi banyak duit luar",
Itu persepsi segelintir rakyat Malaysia berkaitan rasuah .Mereka bukan memberi peringatan kepada anak-anak muda yang baru bekerja supaya mengelakan melakukan rasuah sebaliknya seperti menggalakkan.
Mereka sering melontarkan pertanyaan kepada anak-anak muda kampung yang balik dari Kuala Lumpur atau dari bandar-bandar besar berkait kerja yang mereka perolehi . Ini adalah diantara dialog popular yang biasa mereka bualkan atau pertanyaan," kerja apa sekarang ni jang ?" polis cik".wahh!.. banyak duit luar tu". "kau pulak jang ?sambil menuding jari ke arah anak lain " kastam cik" "itu lagi handar.dapek barang murah" ,,"kau lak din kojo apo" parking atenden KL cik ".ha! tu gajinyo kocik tapi banyak duit luar",
Itu persepsi segelintir rakyat Malaysia berkaitan rasuah .Mereka bukan memberi peringatan kepada anak-anak muda yang baru bekerja supaya mengelakan melakukan rasuah sebaliknya seperti menggalakkan.
Beberapa hari yang lalu saya bebual kosong dengan dengan
rakan- rakan diluar masjid selepas tahlil arwah
untuk muslimin dan muslimat. Diantara kami itu terdapat seorang cina
muslim yang berasal dari negeri China dan telah berhijrah serta berkahwin dengan
seorang wanita tempatan lebih 20 tahun.
Diantara perkara yang kami
bualkan ialah berkaitan dengan rasuah dan sikap keikhlasan rakyat serta setiap
individu negara ini melaksanakan sesuatu kerja sama ada kerja tersebut mendapat
ganjaran kewangan atau sukarela. Topik ini menjadi perbualan kami kerana
melihat kepada keadaan bangunan masjid yang bernilai lebih 27 juta .
Masjid ini walau pun telah
berusia 8 tahun tetapi baru dirasmikan serta diberi nama baru pada beberapa bulan yang lalu. Apa yang menyedihkan
masjid seusia itu telah bocor di sana-sini ,dan telah menyebabkan laluan air di
ruang bocor itu berlumut, serta mengeluarkan kotor berwarna hijau yang menjijikan beberapa bahagian siling. Segala
lubang saluran air di atas siling tersubat dengan batu-batu besar mengakibatkan air melimpah sekitar siling .
Kiranya adanya ketegasan pengawasan pasti
perkara ini dapat dielakkan.
Sambil mendongak kepala kearah siling masjid, lelaki
cina muslim itu bercerita negara ini sekarang cukup teruk rasuah sebagai contoh
masjid ini ,semasa pembinaan tidak diawasi orang yang berkuasa dan kiranya
diawasi mungkin budi bicara ringgit menjadi penilaian serta buruh atau orang
yang melaksanakan kerja sikap ikhlas,tidak
ada dihati mereka membuat amal jariah.Niat pekerja hanya ada kerja dan mudah dapat wang.
Pelat cinanya masih kuat tetapi
dia bebicara dan berbual lengkap dengan
bukti-bukti yang saya kira tidak
diterima untuk didakwa di mahkamah. Bukti-bukti tersebut ada depan mata kita. Sambil
menunjuk-nunjuk jarinya kearah siling masjid. “itu lubang tak sumbat kalu adaa
olang cek”."Kalu ada olang cek kasi keluarlah itu batu"
Dia meneruskan perbualan dengan
mengalihkan lokasi yang ada unsur rasuah dan keikhlasan bekerja dengan mencontohkan beberapa tahun yang lalu tugas mengutip sampah
kawasan perumahannya diserahkan kepada bangsa melayu (islam ?) apa yang dilakukan
oleh pekerja kontrak tersebut ialah jam 11.00pagi masih belum mula mengangkut
sampah dan sampah terbiar busuk. PBT terpaksa mengambil alih kerja-kerja
tersebut.Orang ramai setiap hari menghantar bantahan.
Majlis Perbandaran melantik kontrak orang cina
mengangkut sampah dan orang melayu kerja dengannya, telah menjadikan setiap
hari kawasan persekitaran bersih
.Kontrak itu bukan islam tetapi ada keikhlasan berkerja dan mahu melihat
kawasan bersih dan cantik.” Silisai masalah”.Kata Jumaat nama islamnya.
“Jalan raya hari ini di tampal, “esok
sudah pecah,di tampal lagi,kerana bahan
batu dan tar yang digunakan tidak berkualiti dan tidak ada pengawasan
kerja , hanya percaya kepada kontraktar. Kontraktar mahu wang, setiap hari jalan
ditampal maka setiap hari dapat wang . Katanya”itu kontlak olang ada kuasa punya kawan” .
“Satu cara hah, jadikan jalan raya tahan lasak , bubuh simin dulu ,belakang
baru di tar, mungkin wang belanja jimat sikit, tidak banyak macam tampal
lubang setiap hali. “Boleh tahan 8 hingga 10 tahun tetapi olang yang punya
kuasa tidak mahu ikut. .”Pasal dia olang
lebih suka kasi kerja dan wang kepada
kontrak itu kerana kontrator itu kawannya.Kata olang sekalang itu keloni”.Lelaki cina itu bercelotih panjang.Kami mengangguk dan berfikir.
Lelaki Cina itu meneruskan
perbualan. Kali ini dia memberi contoh negara asalnya China .”Saya punya negeli
dulu kalau olang rasuah bila kerajaan
dapat tahu,dia dihukum bunuh” dengan menunjukan dua jarinya ke leher . Menurutnya
lagi ,sesiapa di tangkap rasuah, di suruh jumpa keluarganya dan mengucapkan
selamat tinggal bererti perasuah akan di
bunuh dan itulah ucapan serta perjumpaan terakhir baginya.
“Sini ha! (merujuk negara ini)sapa
rasuah boleh sinyum dan banyak wang bila
keluar jil” lelaki cina itu bercakap sambil geleng kepala.”Itu Singapula pun mahu bikin bunuh sapa rasuah”. Saya
dan kawan-kawan hanya senyum.
Giliran saya mula buka cerita pengalaman
berkereta dengan kawan-kawan menuju ke Kuala Lumpur mengikut jalan lama
Seremban- Kuala Lumpur. Beberapa orang anggota polis lalulintas menunggu
pesalah jalanraya double line ditepi
jalan yang tersorok.Saya di tahannya kerana memotong di garis berkembar.
Entah macam mana tiba-tiba saya
dilepaskan tak sempat dia mengeluarkan kertas saman . Dia suruh saya meneruskan
perjalanan sambil
menyebut”jalan!.Jalan!. dan menyebut “manikam geng!” manikam!”.Saya melihat
cermin sisi kereta dan nampak sebuah lori di belakang kereta saya sarat muatan .Anggota
polis menahan lori tersebut , serta kedengaran
sekali lagi dia menyebut “manikam!manikam! kepada seorang lagi kawannya. Ingat di hati tentunya lelaki India bernama Manikam yang memandu lori
berkenaan.Sangkaan saya meleset ,nampak
lelaki cina turun dari pintu lori tersebut.
Penuh dengan tandatanya kenapa
anggota polis itu menyebut “manikam”
walhal yang memandu Ah Chong.Perkataan” manikam” itu dirujuk kepada kawan saya, juga anggota
polis.Menurutnya “manikam” itu bukan
nama lelaki india sebaliknya ialah “money
come”,bermaksud “wang sudah mari”.
Tanggapan masyarakat terhadap
anggota polis peronda dan polis lalulintas yang menunggu pesalah trafik di
sudut-sudut tersorok adalah mengutip wang sogokan.Walaupun ada dikalangan
mereka berniat baik melaksanakan tanggungjawab.Bagitulah dahsyatnya persepsi rasuah di negara ini telah menjadi satu keperluan
untuk memudahkan urusan hidup.
Kawan saya yang masih bekerja dan
sedang menunggu saat –saat akhir persaraan menceritakan satu lagi adegan rasuah
di rancangan Felda berlaku musim membaja sawit iaitu pekerjaan membaja di
kontrakkan kerana peneroka tidak mahu melakukan pembajaan sendiri.
Pemborong kontrak tersebut
menggunakan buruh-buruh rakyat Indonesia.Apa yang berlaku seorang anggota polis
yang berkhidmat di pondok polis di rancangan itu telah meminta wang
perlindungan sebanyak RM300.00/bulan, untuk pondok polis di rancangan itu, dan
RM 300.00/bulan lagi untuk balai polis berhampiran.Pemborong enggan memberi
wang perlindungan itu.
Keesokan harinya tindakan anggota polis di pondok tersebut
telah membuang angin keempat –empat
tayar lori mengangkut baja yang
diletakkan di hadapan pejabat rancangan, serta mengugut akan melaporkan
kepada JPJ dan polis trafik bahawa lori yang di gunakan pemborong tidak ada
cukai jalan dan permit.Maka terpaksalah pemborong menunaikan apa yang diminta
oleh anggota polis pondok.
Hari ini rasuah serta
penyelewengan bukan hanya melibatkan
anggota polis sahaja sebaliknya wakil
rakyat, menteri dan orang awam terlibat sama.Yang dapat dibuktikan masih boleh
senyum dan tidak dapat dibuktikan akan menambah koleksi rasuahnya, hingga
menjadi kaya-raya.Itulah sebabnya ramai yang hendak menjadi wakil rakyat lebih
3 penggal.
Hari ini radio dan tv
mencanangkan supaya rakyat memainkan peranan memerangi rasuah dengan
melaporkannya kepada SPRM kiranya ada berlaku urusan rasuah. Menurut media jangan
pandai menuding jari banyak berlaku rasuah atau si A atau si B rasuah.
Kempen kerajaan melalui media ini
ibarat melambai tangan kepada orang buta
dan bersiul-siul untuk orang pekak kerana
kerajaan hanya menanamkan persepsi rasuah kepada rakyat terbanyak berupa
pemberian wang tunai secara langsung kepada perasuah.Perasuah yang kaya kerana
pandai berasuah terus terlepas dan
mengumpul kekayaan kerana perasuah susah hendak di buktikan cara
penyelewengannya ada kuasa pelindung.
Selagi tidak dimasukkan pertuduhan rasuah perbandingan
harta lebih dari pendapatan seseorang selagi itu acara rasuah dan angka
pelakunya terus meningkat.