Thursday, July 25, 2013

Rasuah punca rezeki






Empat puluh tahun lalu semasa berusia remaja dan baru sahaja memiliki Sijil Pelajaran Malaysia masyarakat kampung dan mungkin juga masyarakat Malaysia ketika itu telah mengikhtiraf bahawa kerja-kerja rasuah merupakan salah satu punca pendapatan.atau satu cara punca rezeki.

Mereka sering melontarkan pertanyaan kepada anak-anak muda kampung yang balik dari Kuala Lumpur atau dari bandar-bandar besar berkait  kerja yang mereka perolehi . Ini adalah diantara dialog popular yang biasa mereka bualkan atau pertanyaan," kerja apa sekarang ni jang ?" polis cik".wahh!.. banyak duit luar tu". "kau pulak jang ?sambil menuding jari ke arah anak lain " kastam cik" "itu lagi handar.dapek barang murah" ,,"kau lak din kojo apo" parking atenden KL cik ".ha! tu gajinyo kocik tapi banyak duit luar",

Itu persepsi segelintir rakyat Malaysia berkaitan rasuah .Mereka bukan memberi peringatan kepada anak-anak muda yang baru bekerja supaya mengelakan melakukan rasuah sebaliknya seperti menggalakkan.

Beberapa hari  yang lalu saya bebual kosong dengan dengan rakan- rakan diluar masjid selepas tahlil arwah  untuk muslimin dan muslimat. Diantara kami itu terdapat seorang cina muslim yang berasal dari negeri China dan telah berhijrah serta berkahwin dengan seorang  wanita tempatan lebih 20 tahun.

Diantara perkara yang kami bualkan ialah berkaitan dengan rasuah dan sikap keikhlasan rakyat serta setiap individu negara ini melaksanakan sesuatu kerja sama ada kerja tersebut mendapat ganjaran kewangan atau sukarela. Topik ini menjadi perbualan kami kerana melihat kepada keadaan bangunan masjid yang bernilai lebih 27 juta .

Masjid ini walau pun telah berusia 8 tahun tetapi baru dirasmikan serta diberi nama baru  pada beberapa bulan yang lalu. Apa yang menyedihkan masjid seusia itu telah bocor di sana-sini ,dan telah menyebabkan laluan air di ruang bocor  itu berlumut,  serta mengeluarkan kotor berwarna hijau  yang menjijikan beberapa bahagian siling. Segala lubang saluran air di atas siling tersubat dengan batu-batu besar  mengakibatkan air melimpah sekitar siling . Kiranya adanya ketegasan  pengawasan pasti perkara ini dapat dielakkan.

Sambil  mendongak kepala kearah siling masjid, lelaki cina muslim itu bercerita negara ini sekarang cukup teruk rasuah sebagai contoh masjid ini ,semasa pembinaan tidak diawasi orang yang berkuasa dan kiranya diawasi mungkin budi bicara ringgit menjadi penilaian serta buruh atau orang yang melaksanakan kerja sikap ikhlas,tidak ada dihati mereka membuat amal jariah.Niat pekerja hanya ada kerja dan mudah dapat wang. 

Pelat cinanya masih kuat tetapi dia bebicara dan berbual  lengkap dengan bukti-bukti yang  saya kira tidak diterima untuk didakwa di mahkamah. Bukti-bukti tersebut ada depan mata kita. Sambil menunjuk-nunjuk jarinya kearah siling masjid. “itu lubang tak sumbat kalu adaa olang cek”."Kalu ada olang cek kasi keluarlah itu batu"

Dia meneruskan perbualan dengan mengalihkan lokasi yang ada unsur rasuah dan keikhlasan bekerja  dengan mencontohkan  beberapa tahun yang lalu tugas mengutip sampah kawasan perumahannya diserahkan kepada bangsa melayu (islam ?) apa yang dilakukan oleh pekerja kontrak tersebut ialah jam 11.00pagi masih belum mula mengangkut sampah dan sampah terbiar busuk. PBT terpaksa mengambil alih kerja-kerja tersebut.Orang ramai setiap hari menghantar bantahan.

Majlis Perbandaran melantik kontrak orang cina mengangkut sampah dan orang melayu kerja dengannya, telah menjadikan setiap hari kawasan persekitaran  bersih .Kontrak itu bukan islam tetapi ada keikhlasan berkerja dan mahu melihat kawasan bersih dan cantik.” Silisai masalah”.Kata Jumaat nama islamnya.

“Jalan raya hari ini di tampal, “esok sudah pecah,di tampal lagi,kerana  bahan  batu dan tar yang digunakan tidak berkualiti dan tidak ada pengawasan kerja , hanya percaya kepada kontraktar. Kontraktar mahu wang, setiap hari jalan ditampal maka setiap hari dapat wang . Katanya”itu kontlak olang ada kuasa punya kawan” . 

“Satu cara hah,  jadikan  jalan raya tahan lasak , bubuh simin dulu ,belakang  baru di tar, mungkin wang belanja  jimat sikit, tidak banyak  macam  tampal lubang setiap hali. “Boleh tahan 8 hingga 10 tahun tetapi olang yang punya kuasa tidak mahu ikut.  .”Pasal dia olang  lebih suka kasi kerja dan wang kepada kontrak itu kerana kontrator itu kawannya.Kata olang sekalang  itu keloni”.Lelaki cina itu bercelotih  panjang.Kami mengangguk dan berfikir.

Lelaki Cina itu meneruskan perbualan. Kali ini dia memberi contoh negara asalnya China .”Saya punya negeli dulu  kalau olang rasuah bila kerajaan dapat tahu,dia dihukum bunuh” dengan menunjukan dua jarinya ke leher . Menurutnya lagi ,sesiapa di tangkap rasuah, di suruh jumpa keluarganya dan mengucapkan selamat tinggal  bererti perasuah akan di bunuh dan itulah ucapan serta perjumpaan terakhir baginya.

“Sini ha! (merujuk negara ini)sapa rasuah boleh sinyum  dan banyak wang bila keluar jil” lelaki cina itu bercakap sambil geleng kepala.”Itu  Singapula pun mahu bikin bunuh sapa rasuah”. Saya dan kawan-kawan hanya senyum.

Giliran saya mula buka cerita pengalaman berkereta dengan kawan-kawan menuju ke Kuala Lumpur mengikut jalan lama Seremban- Kuala Lumpur. Beberapa orang anggota polis lalulintas menunggu pesalah jalanraya double line ditepi jalan yang tersorok.Saya di tahannya kerana memotong di garis berkembar.

Entah macam mana tiba-tiba saya dilepaskan tak sempat dia mengeluarkan kertas saman . Dia suruh saya meneruskan perjalanan  sambil menyebut”jalan!.Jalan!. dan menyebut “manikam geng!” manikam!”.Saya melihat cermin sisi kereta dan nampak sebuah lori di belakang kereta saya sarat muatan .Anggota polis menahan lori  tersebut , serta kedengaran sekali lagi dia menyebut “manikam!manikam! kepada seorang lagi kawannya. Ingat di hati tentunya lelaki  India bernama Manikam yang memandu lori berkenaan.Sangkaan saya  meleset ,nampak lelaki cina turun dari pintu lori tersebut.

Penuh dengan tandatanya kenapa anggota polis itu menyebut “manikam” walhal yang memandu Ah Chong.Perkataan” manikam” itu  dirujuk kepada kawan saya, juga anggota polis.Menurutnya “manikam” itu bukan nama lelaki india sebaliknya ialah “money come”,bermaksud “wang sudah mari”.
Tanggapan masyarakat terhadap anggota polis peronda dan polis lalulintas yang menunggu pesalah trafik di sudut-sudut tersorok adalah mengutip wang sogokan.Walaupun ada dikalangan mereka berniat baik melaksanakan tanggungjawab.Bagitulah dahsyatnya persepsi rasuah  di negara ini telah menjadi satu keperluan untuk memudahkan urusan hidup.

Kawan saya yang masih bekerja dan sedang menunggu saat –saat akhir persaraan menceritakan satu lagi adegan rasuah di rancangan Felda berlaku musim membaja sawit iaitu pekerjaan membaja di kontrakkan kerana peneroka tidak mahu melakukan pembajaan sendiri. 

Pemborong kontrak tersebut menggunakan buruh-buruh rakyat Indonesia.Apa yang berlaku seorang anggota polis yang berkhidmat di pondok polis di rancangan itu telah meminta wang perlindungan sebanyak RM300.00/bulan, untuk pondok polis di rancangan itu, dan RM 300.00/bulan lagi untuk balai polis berhampiran.Pemborong enggan memberi wang perlindungan itu.

Keesokan harinya  tindakan anggota polis di pondok tersebut telah membuang angin keempat –empat  tayar lori mengangkut baja yang  diletakkan di hadapan pejabat rancangan, serta mengugut akan melaporkan kepada JPJ dan polis trafik bahawa lori yang di gunakan pemborong tidak ada cukai jalan dan permit.Maka terpaksalah pemborong menunaikan apa yang diminta oleh anggota polis pondok.

Hari ini rasuah serta penyelewengan  bukan hanya melibatkan anggota polis sahaja  sebaliknya wakil rakyat, menteri dan orang awam terlibat sama.Yang dapat dibuktikan masih boleh senyum dan tidak dapat dibuktikan akan menambah koleksi rasuahnya, hingga menjadi kaya-raya.Itulah sebabnya ramai yang hendak menjadi wakil rakyat lebih 3 penggal. 

Hari ini radio dan tv mencanangkan supaya rakyat memainkan peranan memerangi rasuah dengan melaporkannya kepada SPRM kiranya ada berlaku urusan rasuah. Menurut media jangan pandai menuding jari banyak berlaku rasuah atau si A atau si B rasuah.

Kempen kerajaan melalui media ini ibarat melambai tangan kepada orang buta dan bersiul-siul untuk orang pekak kerana kerajaan hanya menanamkan persepsi rasuah kepada rakyat terbanyak berupa pemberian wang tunai secara langsung kepada perasuah.Perasuah yang kaya kerana pandai berasuah terus terlepas dan mengumpul kekayaan kerana perasuah susah hendak di buktikan cara penyelewengannya ada kuasa  pelindung. 

Selagi tidak dimasukkan pertuduhan rasuah perbandingan harta lebih dari pendapatan seseorang selagi itu acara rasuah dan angka pelakunya terus meningkat.