Pengundi-pengundi DUN kajang
mesti memberi pengajaran kepada calon PKR pada pilihanraya yang akan di adakan
pada bila-bila dengan tidak mengundinya.Tidak
kira siapa calon yang terpilih sama ada hidung
besar,hidung tinggi atau hidung penyet.
PKR cuba mengheret pengundinya
berkongsi masalah bagaimana hendak menarik
rambut dalam tepung. Masalah yang ketua umumnya terpaksa menjaga hati Azmin Ali dan Khalid Ibrahim disamping menjaga
parti jangan hancur dek kerana dua orang
yang mementingkan diri dengan perasaan
ego.
PKR telah menjadi parti tidak bertanggungjawab dengan mempermainkan mandat pengundi ,dengan
membazirkan kewangan dan masa pengundi , serta mengorbankan wakil rakyat yang
popular dengan kelebihan 6824 undi.
Andainya disahkan Anwar menjadi
calon DUN tersebut maka satu fomula taktikal
gila yang telah dirancang oleh PKR.Tidak perlu ADUN Kajang menjadi korban kerana rasa serbasalah
terhadap Khalid kiranya melantik Azmin
Ali .Ramai lagi ADUN PKR yang lain boleh dilantik sebagai
Menteri Besar.
Kemelut MB Selangor menjadikan
Anwar Ibrahim terus gila berkuasa kerana
dari cita-cita menjadi general tidak menjadi kenyataan, sanggup apply
sarjan. tidak bersedia menunggu 5 tahun
lagi. berkemungkinan telah tergambar perkara
mustahil menjadi kenyataan.
Nilai
Anwar terus jatuh dari pandangan umum dan berkemungkinan undi popular menurun
dari Lee Chin Cheh bekas ADUN Kajang.
Pengundi DUN kajang di gesa beri
hukuman kepada PKR semasa pilihanraya kecil di adakan.Tidak guna kita member kepercayaan
kali kedua kepada mereka yang tidak memikirkan kemelut rakyat tetapi terus
berfikir untuk masalah parti.