Friday, January 3, 2014

wakil rakyat pentingkan tempoloknya




Pilihanraya ke 13 telah melahirkan ramai wakil rakyat yang  tidak menyenangkan rakyat. Mereka terus mereka-mereka agenda tersendiri mengikut nafsu .Menggunakan sumber kewangan negara dan negeri untuk melambangkan kemewahan diri.Melupakan rakyat seketika dengan berbelanja dengan memiliki jenama mewah yang pasti melambangkan kemewahan .Kita sedia maklum orang berdendang di pentasnya,orang menari di ladangnya.Ketika inilah takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Dia buat tidak tahu masalah rakyat hari ini dengan kenaikan kos sara hidup.Dia buat tidak tahu rakyat baharu sahaja menghadapi bencana banjir.Dia buat tidak tahu rakyat dipimpin oleh wakil  dan pegawai pentadbir yang rasuah.Dia buat tidak tahu bahawa rakyat tidak tahu kepada siapa hendak selesaikan masalah kerana masing-masing berwakil rakyatkan munafik,cakap lain buat lain. Kalau sudah biawak pasti lidahnya bercabang.Lurus sumpitan hendak mengena.Dia buat tidak tahu rakyat sedang mengalami parang ditengkok pistol di kepala.Dia buat tidak tahu melayu makanya dadah,pakaiannya nanah.

Itulah wakil rakyat Malaysia, hendak menang jadi pemimpin berkobar-kobar undilah saya, dengan kata “rakyat diutamakan,berilah peluang sekali lagi, akan menjana perubahan ke arah kebaikan rakyat.Mulut satu lidah bertopang.

Rakyat telah di bangangkan,ditipu  orang yang bermuslihat dan bermotifkan memperkayakan diri menjadikan negara menjadi mangsa dengan menjadikan kera lotong makan; tupai di julai timpa perasaan.Satu kesilapan telah dilakukan rakyat ,kepada kera membuat amal,di mana nasib akan berubah.Rakyat sentiasa menjadi orang buta kehilangan tongkatnya.

Tahun 2014 dan tahun-tahun seterusnya merupakan tahun mudah juga pada yang ada,sukar juga pada yang tiada.Zaman wakil rakyatnya ,muat tebu  di haluan muat halia di buritan.Menjadikan rakyat lapar dihadapan nasi dan haus depan air.

Mulai tahun baru ini  rakyat mesti mempunyai azam lima tahun akan datang ,telur sesangkak,pecah satu pecah semua  dan perlu ingat,terasakah kerbau pacat di kaki. 

Jangan jadikan mereka ini pemimpin ,Lim Guan EngPermausuri raja berurap-urapan, lipas di dinding ditimpa perasaan,Khalid Ibrahim,  - periuk mengumpat belanga, Najib Razak, - tak berasak lenggang dari ketiak , Hassan Malek – yang sikapnya sepatutnya tahu ,takkan dapat bersiul sambil minum air,  dan tidak kena tepuk dengan tari serta penyapu di ikat sutera.

PRU  ,proses menjadikan orang mandi berselam,awak mandi bertimba,rakyat menjadikan orang kenyang dijamu;lauk sedap dikatakan tawar.Wakil rakyat- pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan ketawa. Takkan bongkok sebab menyorok ,menggunakan kereta RM 100,000 ke bawah..

No comments:

Post a Comment