Tuesday, December 31, 2013

naik harga... untung kerajaan ..turun harga ....untungkan rakyat





Cabaran menjalani hidup sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dan kepentingan dalam masyarakat. Bekas pesara yang jumlah pendapatan RM1800 sebulan.Menghabiskan masa usia yang sepanjang hari menghampiri mati . Duduk di sebuah rumah kos sederhana  taman perumahan yang penghuninya 99.99% orang melayu yang mengaku islam.Pagi-pagi membelek berita online terus melahirkan kembali virus-virus kebencian terhadap kerajaan dan pemimpinnya.

Setiap hari sentiasa memilih fikiran yang rasional untuk menjalani   hidup . Memiliki makanan yang berkualiti dengan harga yang boleh di perolehi serta berkira-kira dengan pendapatan yang terhad.Tidak boleh dan tidak mampu menambah pendapatan dengan usia yang sudah bersara seandainya harga barang-barang berubah secara mendadak.

Usia bersara 60-70 tahun tidak layak  lagi memikirkan dalam hidup menambah pendapatan. Yang di perlukan untuk memiliki makanan dan menggunakan khidmat utiliti awam untuk meneruskan hidup,  serta berfikir menambah ibadat untuk akhirat.Kubur kata mari ,rumah kata pergi, buruk sangat keduniaan, seandainya baru memulakan perniagaan dan memulakan kerjaya.

Kesemua penduduk disini saya percaya masih siuman menentang usaha menaikan kos sara hidup tahun 2014.  Hanya mereka yang gila sahaja yang menyokong usaha tersebut. Perbezaan antara mereka, pro dan kontra adalah perbezaan melahirkan emosi. Ada yang membisukan mulut kerana terpaksa melindungi program kerajaan yang dipilih dan ada yang bersikap senyap kerana takut menyakitkan  hati jiran yang bersetuju.

Apa pun masalahnya hari ini adalah kenaikan kos membeli bahan-bahan untuk menjadikan makanan ,RM50 hanya boleh memiliki barang asas seperti beras 10kg dan sotong atau ikan 1kg untuk diproses  menjadi makanan. Wang sebanyak itu tidak boleh memiliki bahan tambahan seperti gula,tepung,dan sayur. 

Isteri pun merungut apabila setiap hari hanya mampu membawa balik ke rumah ikan kembung dan ikan keli.Ikan tenggiri RM 25/kg hanya mampu mencolek-colek dan membalik-balikkan dengan tangan semasa di pasar.Bermonolog perasaan dengan “beli ke tak beli”,dan  membuat keputusan meninggalkan pasar dengan membawa ikan popular.

Kos makanan dan minuman seorang pekerja pejabat atau mereka yang memilih makanan di warong atau restoran  di sekitar perumahan ini , sarapan RM6.00 dan makan tengah hari RM8.00.

Sehingga ini 1708 laporan polis  pro kenaikan  harga dan pro kerajaan  berkaitan kenaikan kos sara hidup 2014 ini.Laporan ini adalah dari kalangan mereka yang kaya,yang kenaikan ini tidak menjadi kudis bagi mereka .  Kebanyakan mereka terdiri dikalangan orang melayu.Orang melayu yang telah di tolong oleh kerajaan melalui memperkasakan bumiputra.Tentunya mereka bukan penoreh getah,buruh-buruh atau terdiri rakyat terbanyak.Saya rasa pendapatan mereka semua masih still in 5 angka.

No comments:

Post a Comment