Friday, December 20, 2013

siapa kata susah jadi PM dan menteri




Lihat apa yang berlaku sekarang ini. Tahun pertama dan kedua selepas pilihanraya adalah merupakan tahun membesarkan tempolok wakil rakyat dan kerajaan, serta tahun rakyat menjadi mangsa pemimpin mementingkan keuntungan fizikal ,dengan menyongsangkan prinsip 1 Malaysia ,pemimpin didahulukan .

Untuk menghalalkan kenaikan:

Apa kata mereka yang tuan-tuan pilih sebagai pemimpin

Menteri Besar perlis, Azlan Man, berkata kali terakhir semakan terhadap saraan, elaun dan keistimewaan untuk anggota pentadbiran dan ADUN di Perlis dibuat pada 2006.

Syed Hamid Katanya, kali terakhir semakan kenaikan kadar tambang bas sekolah dilakukan pada 2009 dan beliau berharap agar ibu bapa membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya pengusaha menaikkan tambang sewenang-wenangnya.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.

Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan kali terakhir pada 2011.
"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut,"

Ayat yang boleh memuntahkan tekak bagi rakyat yang telah tertipu. …

Najib  -"Ini bermakna ada penjimatan wang kerajaan dengan penurunan subsidi. Lebihan (penjimatan) ini nanti dapat digunakan untuk pembangunan dan struktur-struktur yang lain," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2014 di Parlimen di sini,

Najib -"Rakyat kena bersabar dan faham apa yang kita buat, semuanya semata-mata untuk kebaikan rakyat dan kerajaan. Kalau kita teruskan (subsidi), akan bagi kesan yang lebih serius kepada negara," katanya.

Najib "Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.

Hassan Malek"Kita mahu rakyat hidup sihat. Hari ini ramai yang kena penyakit kencing manis kerana berlebihan gula. Dan ini kita perlu lihat secara positif.

Hassan Malek "Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini. 

Pasti senang jadi Perdana Menteri atau menteri. Hanya cakap, terus cakap mengikut kehendak kepala lutut. Masihkah ada yang berkata “kau apa tahu dia jadi menteri tentu nak pecah kepala berfikir untuk rakyat”.

Rakyat belum terlalu bangang.Tahu sebenarnya apa yang berlaku kepada  kewangan kerajaan.Berbelanja terlalu besar dalam tempoh 3 tahun sebelum pilihanraya kerana menjaga hati rakyat agar mengekalkan kontrak 5 tahun lagi bagi kerajaan 56 tahun yang sedia ada.

Ada juga dikalangan mereka dalam kerajaan menjangka  kerajaan yang ada, tidak berpeluang untuk mentadbir semula Putrajaya maka mereka yang berkuasa telah meluluskan perbelanjaan mengikut telunjuk yang berniat berbelanja hingga saat akhir.

Tempoh teragak-agak atau tertunda-tunda untuk mengadakan pilihanraya ke 13 berbelanja kuncup di pangkal,kembang dihujung.Berbelanja mengikut kehendak burung terbang dipipiskan lada. Rusa di hutan santan dan rempah disiapkan.Belum kahwin dah berangan adegan di ranjang.

Barangkali mereka (PM dan Menteri) sentiasa berkata bagini bila berjalan ke pejabat dan program bersama rakyat serta semasa mensyuarat kabinet untuk meluluskan kenaikan harga barang dan harga perkhidmatan “rakyatku..!rakyatku!.rakyatku!..atau pengundiku!!..pengundiku !..pengundiku!....sebagaimana Nabi Muhamad SAW sebelum meninggal dunia, ummatti!..ummatti..! ummatti !...

No comments:

Post a Comment