Sekarang ini kumpulan penjilat
buntut PM telah terbahagi kepada beberapa kumpulan.Kumpulan pertama adalah
kumpulan penjilat yang seboleh-bolehnya menghalalkan derma RM2.6 billion.Seterusnya kumpulan yang
membela apa yang dilakukan oleh PM
sebelum dan selepas dibelai oleh
dermawan hartawan ,dengan mengatakan segala apa yang dilakukan oleh Najib perkara baik dan sepatutnya.
Kumpulan yang paling beruntung
ialah kumpulan yang telah dapat
pangkat,dan jawatan kerana cerita 1MDB
telah beransur-ansur di tutup.Mereka telah berfikir PMnya telah selamat.Mungkin
selamat kerana AG yang dilantik merupakan orang yang telah dipatah tengkoknya
dan disumbat mulutnya. Penjilat jenis ini puji melangit,dan mula buka temberang serta menasihatkan golongan yang dicampakkan Najib bersabar dan teruskan kesetiaan pada parti.
SPRM sudah tutup pejabatnya dan yang tinggal kakitangan kerani pejabat yang kerjanya menguruskan bayar bil pejabat dan menghantar serta menjawab surat.Tidak guna lagi badan pencegah rasuah ini kerana pintu-pintu pejabatnya telah di pasang sarang labah-labah yang membolehkan mereka yang besar boleh sahaja langgar masuk, manakala yang kecil menjadi mangsa.
SPRM sudah tutup pejabatnya dan yang tinggal kakitangan kerani pejabat yang kerjanya menguruskan bayar bil pejabat dan menghantar serta menjawab surat.Tidak guna lagi badan pencegah rasuah ini kerana pintu-pintu pejabatnya telah di pasang sarang labah-labah yang membolehkan mereka yang besar boleh sahaja langgar masuk, manakala yang kecil menjadi mangsa.
Manakala orang yang punya badan
dan berkuasa menyatakan berulangkali telah
diberi amanah oleh parti dan rakyat mesti terus bekerja .Tidak ada istilah
letak jawatan.Dia terus mendewakan diri sendiri ke pelusuk negara mengatakan
tidak ada duit rakyat yang disapunya dan memberi keyakinan kepada bangsa melayu
bahawa kiranya tidak ada UMNO melayu menjadi bangsat di negara sendiri. Selanjutnya
menyatakan parti yang memerintah adalah hasil warisan ayahnya.
Itulah Malaysia negaraku,yang
mempunyai pemimpin yang bercakap sedap dimulut dan bangsanya di bangangkan oleh tatacara
kepimpinannya sendiri dengan menyatakan yang layak memerintah negara ini ialah
UMNO.Kita melupakan kesalahan UMNO oleh kerana orang melayu hari ini dapat makan dan
minum sehingga tidak sedar bangsa lain dapat makan dan minum tetapi mempunyai
aset berjuta-juta.
Kita lupa kesalahan UMNO tanah
rezab melayu banyak kehilangan dan kalau ada pun gantinya semakin lama semakin
jauh ke dalam hutan.Kita lupa kesalahan UMNO melayu tidak mampu membeli unit
kedai dan rumah di bandar-bandar yang berharga RM400K hingga RM700K.
Kita semua tahu emosi Najib telah
mula terganggu akibat tekanan dari rakyat dan ahli partinya yang telah mula
ramai kontra dari yang menyokongnya ditambah
ulasan dan laporan yang tidak menyebelahinya , melalui media sosial serta di parahkan oleh berita akhbar porta internet. Di tambah dengan
kejatuhan ringgit berbanding USD hari ini –RM4.23.Speklusi di jangka hingga
RM5.00, di katakan ada diantara mereka yang terlibat aktiviti kewangan enggan menerima ringgit Malaysia bagi
urusan jual-beli.
Sebenarnya Najib sudah pun
meletak jawatan sebagai Perdana Menteri
yang sekarang ini bertugas sebagai membela diri bahawa dia berkhidmat
untuk rakyat dan parti politiknya dan satu sen pun tidak mentedarah duit
rakyat.
Yang nyata sekarang apa yang
telah terjadi terhadap pemimpin dan
kepimpinan yang telah dilantik rakyat bahawa keyakinan dan keikhlasan menjadi
wakil rakyat telah terbongkar dengan penemuan berbillion ringgit dalam akaun
persendirian.
Walaupun itu merupakan derma
untuk politik,saya percaya sekiranya bukan Najib yang menerimanya sudah pasti
mereka yang terlibat di dakwa di mahkamah kerana menerima sumbangan luar
kemampuan pendapatannya dan penderma ada kepentingan kerana PM mempunyai bidang
kuasa. Keikhlasan terlalu subjektif dan tidak mampu menghindar tujuan rasuah.
Itu hanya kita tahu melalui “pembongkaran
terpaksa” tidak ikhlas yang pada asalnya berita dan dipertikai dengan menyatakan fitnah dan tomahan.Sekarang
penjilat-penjilat PM berusaha meyakinkan orang ramai bahawa wang sebanyak itu
adalah hasil derma ikhlas dari Timur Tengah dan tujuan untuk aktiviti parti
politik.
Banyak ayat-ayat gila selepas
disahkan bukan tomahan atau fitnah.Diantaranya penjilat menyatakan keikhlas
kerajaan dan PM menangani isu IS,dan usaha melawan yahudi dan DAP,serta jangan
di pertikaikan keikhlasan penderma.
Ketaksuban,dan berkepentingan
diri untuk mendapat sesuatu dari PM maka tidak hairan penjilat melupakan bahawa
sumbangan kewangan itu diterima melalui akaun persendirian yang membolehkan
tuan punya akaun mengeluarkan wang untuk pelbagai tujuan.
Hari ini beberapa orang penjilat
telah pun mendapat honorium dan belegar seluruh negara sambil mengandar nama PM
dengan menyatakan sumbangan politik adalah sah.
Media sosial tidak bersimpati
terhadap pembelaan terhadap Najib dan terus memberi maklumat yang betul
terhadap PM dan penjilat-penjilatnya. Penggemar media ini sentiasa menunggu-nunggu
agar sesuatu kejutan bagi memulihkan kepercayaan politik dan kepimpinan negara.
No comments:
Post a Comment