Wednesday, December 24, 2014

melayu jangan biarkan kaduk naik junjung




Saya turut menyokong penuh adanya NGO dan individu  di Malaysia ini yang memperjuangkan nasib bangsa melayu,agama islam dan raja-raja.Namun harus diingat bahawa orang melayu sudah terlambat untuk menoleh kembali  bagaimana terpeliharanya bangsa melayu islam  dan ‘accessory ‘kewujudannya di  negara ini  

Melayu hendak gah kembali sebagaimana zaman kegemilangan penyatuannya, tidak mungkin tercapai, kerana sikap pemimpinnya terlalu berlembut berkaitan kewarganegaraan,ekonomi,bahasa dan pelbagai tolenrasi. Sehinggakan hari ini tidak yakin lagi kepada sokongan bangsa sendiri sehingga sanggup melamar bangsa lain untuk mentadbir .

Kita tidak seperti Brunei dan Indonesia yang negaranya tidak sewenang-wenangnya melaksanakan warganegara terbuka. Lihat kedua-dua negara tersebut mudah melaksanakan apa yang di rancang kerajaan, tanpa melayan kerenah bangsa-bangsa lain dalam negaranya


Sepatutnya orang melayu meneruskan kuantiti  atau bilangan orang cina dan india dalam jemaah kabinetnya dan juga anggota khidmat awam seperti pada zaman Tengku,Tun Abd.Razak dan Hussin On yang ketika itu tidak melebihi  2 orang cina dan seorang india manakala perkhidmatan awam pula boleh dibilang dengan jari.

Hari ini melayu bersaingan kuasa dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia kerana kerayataan bangsa lain tidak boleh dipertikaikan, telah sama macam melayu dan berhak memperolehi apa sahaja  yang orang melayu dapat, malahan ada bangsa lain mempersoalkan status melayu di negara ini.

Walhal boleh sahaja melayu tidak pedulikan bangsa lain  dan akan dapat membentuk kerajaan melayu tulin, manakala orang cina  atau bangsa lain di jadikan sebagai pembangkang. Malang sekali dua kumpulan melayu mempunyai cita-cita atau agenda tersendiri -  ada yang sudah memerintah ingin meneruskan pemerintahannya dan komuniti melayu yang lain bersemangat ingin membentuk kerajaan baru.

Kedua-dua sikap melayu tersebut tidak mahu bersatu, yang kesudahannya bangsa lain mengambil kesempatan atau menangguk dalam air keruh. Orang cina dan india mengemukan pelbagai tuntutan terhadap kedua-dua melayu yang bercita-cita tinggi  untuk berkuasa itu.

Perpecahan melayu  bertambah parah ,apabila melayu yang ghairah ingin meneruskan pentadbiran selama 57 tahun mempunyai sumber kewangan dari kerajaan dan mengambil kesempatan menggunakan kewangan tersebut bagi menabur budi kepada bangsa cina dan india dengan memberi peruntukan kuil,tokong,sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan badan-badan kebajikan mereka. Melahirkan masyarakat ' kaduk naik junjung.'.

Melayu bersemangat baru, telah mengunakan aktiviti sosial dan isu-isu sesuatu kaum bagi menambat hati mereka dari keturunan cina dan india untuk meraih sokongan semasa pilihanraya.Isu kalimah Allah,keadilan sosial yang memperjuangkan tanpa mengira kaum. 

Sedikit demi sedikit mengurangkan tumpuan terhadap bangsa melayu selanjutnya melayu lemah kewujudannya, yang dulu bangsa terpilih kini bangsa tersisih, sehingga dikalangan mereka melupakan melayu yang kain basah ,kering di pinggang.

Hari ini telah ada melayu bertindak menyedarkan bangsanya melalui media bahawa bangsanya mula menyembah-nyembah bangsa lain untuk mencari kuasa . Dukacita keadaan melayu sekarang masih berkokok dan berlaga sesama sendiri dalam gelanggang.

Melayu perlu satu revolusi untuk menyedarkan kembali ingatan,supaya sedar bahawa negaranya dan bangsanya akan pupus kuasa dan tidak tertunainya ingatan Hang Tuah “Melayu tidak akan hilang di dunia”.

Pilihanraya ke 14 melayu perlu bersatu dalam satu parti yang baru dan bercita-cita memerintah negara ini secara persendirian bangsa. Biarlah bangsa-bangsa lain di negara ini menjadi pembangkang. Dengan mentadbir secara satu bangsa maka lebih mudah untuk kita bertindak membela dan menghulur khidmat untuk bangsa sendiri.

Apa yang kita lihat hari ini pembangkang  dalam parlimen yang terdiri pelbagai bangsa tidak dipedulikan oleh kerajaan hanya mampu membangkang dan mengkritik sahaja, sedangkan kerajaan akan meneruskan apa yang dirancang.

Maka lebih baik melayu tulin menjadi kerajaan manakala bangsa cina dan india menjadi pembangkang. Keadaan ini lebih selamat untuk menyelamatkan bangsa dari mengemis segala-galanya dibumi sendiri.

No comments:

Post a Comment