Krisis keyakinan peranan pehak
berkuasa mengurus zakat nampaknya telah serius .Semua orang telah membicarakan
bukan sahaja melalui media sosial tetapi
telah menjadi isu negara,yang diperkatakan oleh mufti,menteri tidak ketinggalan orang
ramai di meja kedai kopi. Ada diantaranya hendak mengambil tindakan undang-undang bagi
mereka yang menggalakkan orang ramai menyerahkan wang zakat terus kepada asnaf.
Punca utama isu ini menjadi
hangat adalah kerana tidak ada mesra
bantuan yang ada mesra kutipan
dan mungkin orang ramai terlihat mereka yang menguruskan kutipan zakat terlalu mudah prosudernya iaitu perlu
sekeping resit ,sedangkan mereka yang perlu bantuan melibatkan beberapa orang
yang di anggap VIP.
Amil yang dilantik mengutip
zakat, terutama zakat fitrah hanya melaksanakan tunggu kutipan di masjid-masjid
atau kompleks beli-belah pada hal dia beperanan mengutip zakat rumah ke rumah bukan menunggu pembayar zakat dengan duduk diam di satu-satu tempat.
Amil seperti ini sepatutnya di nilai sebagai
pekerja sukarela yang tidak perlu di kategorikan salah seorang golongan asnaf
yang lapan. Kita lihat amil hanya memerlukan tangan dua kerat untuk menulis
resit, yang sepatutnya kerja semudah itu boleh dilakukan oleh mereka yang kurang upaya,atau
golongan asnaf yang lain .
Apa yang berlaku hari ini adalah
mereka yang dilantik sebagai amil pengutip zakat adalah golongan mereka
yang segar-bugar yang tergolong dari mereka yang berpendapatan tetap lebih RM1500 sebulan
atau mereka yang telah bersara dan memperolehi pencen. Lebih hebat lagi mereka
yang duduk di taman-taman perumahan amil yang dilantik terdapat di kalangan guru
yang berpendapatan lebih RM4000 sebulan.
Wang kutipan yang diberi kepada
amil-amil yang kaya raya ini sepatutnya
di peruntukan kepada golongan asnaf lain yang amat memerlukan maka lebih ramai
lagi bantuan dapat di agih-agihkan.
Keyakinan tidak sampainya wang zakat fitrah dan pelbagai zakat yang
lain kepada golongan asnaf yang memerlukan telah membuatkan penyumbang zakat
bertindak sendiri menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pasrah
kepada Allah sama-ada zakatnya di restui atau tidak.
Banyak laporan dari orang ramai
bahawa cerita-cerita mereka yang suntuk kewangan apabila memohon bantuan dari
penguasa zakat tidak dipedulikan dan lebih serik lagi memerlukan sokongan atau
pengesahan dari ketua kampong atau wakil rakyat atau pegawai penguasa kerajaan
bagi maksud bantuan di luluskan.
Ada juga perbandingan di buat
lebih mudah bantuan diperolehi melalui bandan-badan bukan islam walaupun
keadaan ini di lihat sebagai propaganda golongan kafir hendak menarik mereka
yang muslim terdesak tertarik dengan agamanya namun harus di ingat bahawa sepatutnya
islam lebih senang memberi bantuan.
Mendengar kepincangan badan-badan
berunsur islam berkaitan menguruskan kewangannya turut teruja orang ramai
membuat keputusan sendiri menguruskan zakatnya.Institusi-institusi berunsur
islam kadang kala di lihat sebagai badan menawarkan pekerjaan kepada mereka yang di ragui
kejujurannya atau menyimpan kakitangan
mengambil kesempatan kepentingan diri dengan berbelanja untuk urusan yang
remeh-temeh.
Mengembalikan keyakinan
masyarakat islam supaya membayar zakat
melalui amil dan pejabat pungutan zakat memerlukan kejujuran individu sendiri .Tindakan undang-undang bukannya jalan penyelesaian, malah menambah kemarahan dan kedegilan penyumbang zakat.
Jangan dibiarkan ada individu
islam yang dalam kesempitan mengadu ke tempat-tempat kebajikan bukan islam dan
amil yang dilantik bertanggungjawab mencari mereka yang miskin ,fakir dan
mualaf di kawasan jagaan masing-masing.Komisyen atau elaun yang diberi perlu di balas dengan khidmat terbaik kepada mereka yang memerlukan
Kakitangan PPZ negeri hendaklah di kerah ke pelusuk daerah dan ceruk
kampung mencari mereka yang daif,ibu tunggal yang mempunyai tanggungan untuk di
berikan bantuan sertamerta. Jangan di tunggu laporan banci dari ketua kampong
kerana kebiasaannya ketua kampung memasukkan sensitiviti pegangan
politiknya untuk di senaraikan sebagai orang yang bakal menerima bantuan.