Sunday, June 26, 2016

Kempunan kerajaan baru, BN bakal menyambung tali hayatnya 2018-2023



Tentunya mereka yang bercita-cita ingin melihat kerajaan baru yang akan datang terus kecewa sedikit melihat kepada keputusan PRK yang baru lalu.

Pembangkang melihatkan sikap mementing ideologi kepenting diri yang menguntungkan orang lain iaitu keuntungan parti politik yang sudah berzaman-zaman memerintah dan menjemukan itu. Pembangkang kehilangan nilai kesepakatan pilihanraya ke 13 semata-mata mementingkan ideologi mengikut perasaan hati dan ego ketua parti masing-masing.

Keadaan parti-parti yang bertanding dalam PRK tersebut adalah menggambarkan keadaan parti –parti politik yang akan bertanding pada pilihanraya ke 14 akan datang sekiranya parti yang di labelkan pembangkang akan terus menyombong hendak bertanding bersendirian.

PAS masih boleh berangan untuk berkuasa di Kelantan atau Terengganu  kerana kedua-dua negeri ini kebanyakan penduduknya berbangsa melayu  yang  mempunyai kesedaran menukar-nukar kerajaan serta berpengalaman berbuat demikian.

Amat berlainan melayu di negeri-negeri  lain kerana ‘takut tidak makan atau makan ubi kayu seperti zaman jepun ‘ sekiranya  selain UMNO atau BN yang menjadi kerajaan dan juga takut negara ini huru-hara kerana parti politik lain tidak ada pengalaman memerintah.

Selanjutnya ada di kalangan melayu kiranya bukan UMNO yang memerintah di khuatiri akan memudaratkan  bangsa melayu terutama cina DAP yang memerintah dan berikrar sentiasa sokong melayu yang memerintah, biarlah rasuah besar mana sekali  pun, tetap simpati dengan bangsanya.

Sikap melayu seperti ini PAS,DAP,PKR dan AMANAH hendak bergantung harap sokongan  tidak usah di impikan . Maka akan kempunan Haji Hadi,Mat Sabu,Lim Kit Siang dan Wan Azizah mengetuai kerajaan baru negara.

Rakyat tidak rugi apa kiranya kerajaan yang ada terus kekal biarlah berbilion rasuah menggunakan wang negara atau berbilion datang dari luar negara kerana masih mampu makan lauk dadar telor ayam dan bersayurkan kangkong. 

PAS bukan sahaja kempunan jadi penasihat terbaik kerajaan BN bahkan hanya memperoleh 2 atau 3 kerusi parlimen kerana parti tersebut hanya mempunyai 1/3 orang melayu. PKR hanya mempunyai penyokong separuh orang cina dan hanya  berjaya memenangi apa yang di perolehi pada tahun 2008.

Manakala DAP mungkin boleh mengekalkan kerusi parlimen yang sedia ada kerana mendapat sokongan total dari orang cina lebih-lebih lagi dia telah mengenepikan PAS dan mendapat rakan baru dalam pakatan.

Orang cina dikawasan majoriti melayu mungkin serik untuk menyokong calon melayu manakala orang melayu di kawasan majoriti cina terpengaruh dengan sentiment yang di canang oleh BN. Manakala parti AMANAH jangan terlalu perasan dengan keputusan PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana mood pilihananraya umum berlainan pilihanraya kecil.

Apa pun dari sudut pandangan dan analisa PRK di dua kawasan itu ketua-ketua parti politik perlu mengekalkan semangat  pakatan pilihanraya ke 13 seandainya masih ingin memberi nafas baru,dan baju baru kerajaan dalam negara ini.

Bercita-cita menjadi penasihat kepada kerajaan tidak perlu menyertai pilihanraya atau memenangi pilihanraya, tetapi cukup setakat menyertai NGO yang sukarela, yang duduk di satu sudut di Jabatan Perdana Menteri.

Terlalu dukacita melihat apa yang berlaku terhadap politik pembangkang hari ini, yang berterusan menguntungkan BN iaitu kerajaan yang sedia ada, bagi meneruskan kesinambungan jangka usianya sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.

No comments:

Post a Comment