Wednesday, June 29, 2016

ZAKAT - MESRA kutipan TIDAK MESRA bantuan




Krisis keyakinan peranan pehak berkuasa mengurus zakat nampaknya telah serius .Semua orang telah membicarakan bukan sahaja melalui media sosial tetapi  telah menjadi isu negara,yang diperkatakan oleh mufti,menteri tidak ketinggalan orang ramai di meja kedai kopi. Ada diantaranya hendak mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang menggalakkan orang ramai menyerahkan wang zakat terus kepada asnaf.

Punca utama isu ini menjadi hangat adalah kerana tidak ada mesra bantuan yang ada mesra kutipan dan mungkin orang ramai terlihat mereka yang menguruskan kutipan  zakat terlalu mudah prosudernya iaitu perlu sekeping resit ,sedangkan mereka yang perlu bantuan melibatkan beberapa orang yang di anggap VIP.

Amil yang dilantik mengutip zakat, terutama zakat fitrah hanya melaksanakan tunggu kutipan di masjid-masjid atau kompleks beli-belah pada hal dia beperanan mengutip zakat rumah ke rumah bukan menunggu pembayar zakat  dengan duduk diam di satu-satu tempat.

Amil  seperti ini sepatutnya di nilai sebagai pekerja sukarela yang tidak perlu di kategorikan salah seorang golongan asnaf yang lapan. Kita lihat amil hanya memerlukan tangan dua kerat untuk menulis resit, yang sepatutnya  kerja semudah itu  boleh  dilakukan oleh mereka yang kurang upaya,atau golongan asnaf yang lain .

Apa yang berlaku hari ini adalah mereka yang dilantik sebagai amil pengutip zakat adalah golongan mereka yang  segar-bugar yang tergolong  dari mereka yang berpendapatan  tetap lebih RM1500 sebulan atau mereka yang telah bersara dan memperolehi pencen. Lebih hebat lagi mereka yang duduk di taman-taman perumahan amil yang dilantik terdapat di kalangan guru yang berpendapatan lebih RM4000 sebulan. 

Wang kutipan yang diberi kepada amil-amil  yang kaya raya ini sepatutnya di peruntukan kepada golongan asnaf lain yang amat memerlukan maka lebih ramai lagi bantuan dapat di agih-agihkan.

Keyakinan tidak sampainya  wang zakat fitrah dan pelbagai zakat yang lain kepada golongan asnaf yang memerlukan telah membuatkan penyumbang zakat bertindak sendiri menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pasrah kepada Allah sama-ada zakatnya di restui atau tidak. 

Banyak laporan dari orang ramai bahawa cerita-cerita mereka yang suntuk kewangan apabila memohon bantuan dari penguasa zakat tidak dipedulikan dan lebih serik lagi memerlukan sokongan atau pengesahan dari ketua kampong atau wakil rakyat atau pegawai penguasa kerajaan bagi maksud bantuan di luluskan.

Ada juga perbandingan di buat lebih mudah bantuan diperolehi melalui bandan-badan bukan islam walaupun keadaan ini di lihat sebagai propaganda golongan kafir hendak menarik mereka yang muslim terdesak tertarik dengan agamanya namun harus di ingat bahawa sepatutnya islam lebih senang memberi bantuan.

Mendengar kepincangan badan-badan berunsur islam berkaitan menguruskan kewangannya turut teruja orang ramai membuat keputusan sendiri menguruskan zakatnya.Institusi-institusi berunsur islam kadang kala di lihat sebagai badan menawarkan pekerjaan kepada mereka yang di ragui kejujurannya atau  menyimpan kakitangan mengambil kesempatan kepentingan diri dengan berbelanja untuk urusan yang remeh-temeh.

Mengembalikan keyakinan masyarakat islam supaya  membayar zakat melalui amil dan pejabat pungutan zakat memerlukan kejujuran individu sendiri .Tindakan undang-undang bukannya jalan penyelesaian, malah menambah kemarahan dan kedegilan penyumbang zakat.

Jangan dibiarkan ada individu islam yang dalam kesempitan mengadu ke tempat-tempat kebajikan bukan islam dan amil yang dilantik bertanggungjawab mencari mereka yang miskin ,fakir dan mualaf di kawasan jagaan masing-masing.Komisyen atau elaun yang diberi perlu di balas dengan khidmat terbaik kepada mereka yang memerlukan

Kakitangan PPZ negeri  hendaklah di kerah ke pelusuk daerah dan ceruk kampung mencari mereka yang daif,ibu tunggal yang mempunyai tanggungan untuk di berikan bantuan sertamerta. Jangan di tunggu laporan banci dari ketua kampong kerana kebiasaannya ketua kampung memasukkan sensitiviti pegangan politiknya untuk di senaraikan sebagai orang yang bakal menerima bantuan.

No comments:

Post a Comment