Kesian melihat gambaran akhbar
atau Kumpulan Utusan Melayu yang
di paparkan oleh ZAM(Zainudin Maidin).Akhbar dan majalah keluarannya suatu
ketika dulu merupakan candu orang melayu setiap pagi ,yang melahirkan
kegelisahan selagi belum mendapatkan nya
dari pengedar. ZAM mengatakan syarikat
ini dalam keadaan sakit.
Semua sudah maklum lama dah
syarikat ini melalui akhbarnya Utusan Malaysia sedang parah bersama-sama akhbar
berbahasa melayu yang lain sejak cara
persembahan beritanya dikawal oleh orang parti politik yang perlu pembelaan dengan melindungi perkara durjana yang dilakukan
pemimpinnya dari diketahui rakyat demi untuk mengekalkan kuasa.
Sakit Utusan Malaysia tidak cukup
dengan menelan ubat ‘paracetamal’atau
luka-luka dengan memakan antibiotic atau membaham segenggam ubat tahan sakit
.Utusan Melayu/ Malaysia perlu pembedahan seluruh anggotanya yang telah diserap
racun perosak.
Paling penting Utusan perlu menjauhkan diri dari rumah tempat berteduhnya
yang ada sekarang dan membina rumah sendiri atau mencari rumah baru luar dari
kawasan yang sedia ada,juga perlu ke kawasan
yang ramai penghuni yang
berfikiran terbuka untuk merehatkan minda dari belenggu katak bawah tempurung.
Penjenamaan semula dan
mengisytiharkan tidak ada kena mengena lagi dengan parti politik kerajaan dan pemimpinnya manakala wartawan
dan warga kerjanya perlu mencontohi persembahan beberapa akhbar yang telah
mendapat tempat dihati pembaca,sebagai contoh Sinar Harian dan akhbar-akhbar
portal internet. Tag line- pemangkin fikiran rakyat bukan terhad kepada memangkinkan
fikiran satu golongan rakyat atau satu pegangan parti politik.
Sekarang ini utusan bukan sahaja
bersikap akhbar parti dan bukan lagi akhbar global atau arus perdana seperti
keluaran akhbar dan majalah kumpulan ini tahun 60an dan 70an.
Akhbar dan majalah keluaran
kumpulan utusan masejnya atau tanggungjawabnya lebih kepada alat penyebaran maklumat kepada ahli parti UMNO dan mengawal perasaan ahli serta pengundinya jangan terpelecok aku janji dulu,kini
dan selama-lamanya kepada ucapan dulu lain sekarang lain.
Akhbar dan majalahnya
berwartawankan Perdana Menteri ,menteri-menteri
serta anggota UMNO yang lain akan terus sakit sekiranya masih di bawah
kepongpong yang menganggap utusan akhbar
atau majalah lingkungan manusia tertentu.
Peminat majalah dan akhbar
kumpulan utusan terlalu terhad tidak sampai ,suku ahli UMNO dan tidak sampai
suku ahli MCA dan suku ahli MIC kerana
akhbar yang pemberitaan jumud bagaikani pemberitaan berkaitan kemalangan dan
berita-berita yang berkonsepkan mengekori buntut Perdana Menteri dan menteri dan
perkembangan kebaikan parti tuan punya.
Stail ini adalah stail wartawan yang tidak ada etika kewartawanan yang sepatutnya memberi maklumat dan bersifat pemangkin pemikiran
pembacanya.
Keadaan utusan ini saya rasa akan
berterusan sakit dan pincang selagi UMNO menguasai pemikiran kumpulan syarikat ini dan UMNO
susah hendak melepaskan syarikat ini bersendirian atau passing kepada individu lain sebagai pengganti tuan punya syarikat.
Akta mesin cetak dan akta komunikasi serta , Official Secrets Act
(OSA ) akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal kebebasan akhbar ini
sekiranya syarikat telah bertukar tangan.Tekanan ini sebagai senjata berterusan
kerajaan UMNO bagi melindungi salah laku
pemimpinnya. Wartawan yang cuba-cuba membongkar dan berlagak
seperti pendedah maklumat Sarawak
Report dan The Wall
Street Journal iakan menerima nasib ke penjara.
Inilah merupakan satu masalah
terbesar kumpulan utusan kiranya memilih bersendirian tidak ada campor tangan
parti politik kerajaan. Apa yang telah berlaku kepada portal internet Malaysian
Insider akan menjadi kenyataan kepada kumpulan utusan kiranya tidak bersama
UMNO.
Sehingga ini syarikat dan
penghuni kumpulan utusan masih selamat walau macam mana sekali rasis berita,dan
artikal wartawannya, tidak ada apa-apa tindakan dibawah sebarang akta ke arah penjara.
Nyata penyakit kumpulan utusan
akan terus berpanjangan sekiranya dia terus bernaung di bawah parti politik
yang dilanda masalah kepimpinan. Yang jelas utusan di tugaskan melindungi
mereka.Manakala media luar terutama internet berterusan memaparkan yang mungkar
mereka lakukan. Keluar dari ketiak UMNO inilah satu jenis ubat yang boleh
menyembuhkan ke arah tutup kedai syarikat.
No comments:
Post a Comment