Sunday, August 7, 2016

UTUSAN -Perdana Menteri,Menteri dan ahli UMNO ketua pengarangnya.




Kesian melihat gambaran akhbar atau Kumpulan Utusan Melayu yang di paparkan oleh ZAM(Zainudin Maidin).Akhbar dan majalah keluarannya suatu ketika dulu merupakan candu orang melayu setiap pagi ,yang melahirkan kegelisahan selagi  belum mendapatkan nya dari  pengedar. ZAM mengatakan syarikat ini dalam keadaan sakit.

Semua sudah maklum lama dah syarikat ini melalui akhbarnya Utusan Malaysia sedang parah bersama-sama akhbar berbahasa  melayu yang lain sejak cara persembahan beritanya dikawal oleh orang parti politik  yang perlu pembelaan dengan melindungi  perkara durjana yang dilakukan pemimpinnya  dari diketahui rakyat  demi untuk mengekalkan kuasa.

Sakit Utusan Malaysia tidak cukup dengan menelan ubat ‘paracetamal’atau luka-luka dengan memakan antibiotic atau membaham segenggam ubat tahan sakit .Utusan Melayu/ Malaysia perlu pembedahan seluruh anggotanya yang telah diserap racun perosak.

Paling penting  Utusan perlu  menjauhkan diri dari rumah tempat berteduhnya yang ada sekarang dan membina rumah sendiri atau mencari rumah baru luar dari kawasan yang sedia ada,juga perlu ke kawasan  yang ramai penghuni  yang berfikiran terbuka untuk merehatkan minda dari belenggu katak bawah tempurung.

Penjenamaan semula dan mengisytiharkan tidak ada kena mengena lagi dengan parti politik  kerajaan dan pemimpinnya manakala wartawan dan warga kerjanya perlu mencontohi persembahan beberapa akhbar yang telah mendapat tempat dihati pembaca,sebagai contoh Sinar Harian dan akhbar-akhbar portal internet. Tag line- pemangkin fikiran rakyat bukan terhad kepada memangkinkan fikiran satu golongan rakyat atau satu pegangan parti politik.

Sekarang ini utusan bukan sahaja bersikap akhbar parti dan bukan lagi akhbar global atau arus perdana seperti keluaran akhbar dan majalah kumpulan ini tahun 60an dan 70an.

Akhbar dan majalah keluaran kumpulan utusan masejnya atau tanggungjawabnya  lebih kepada alat penyebaran  maklumat kepada ahli parti UMNO dan mengawal  perasaan ahli serta pengundinya  jangan terpelecok aku janji  dulu,kini dan selama-lamanya kepada  ucapan dulu lain sekarang lain.

Akhbar dan majalahnya berwartawankan Perdana Menteri ,menteri-menteri  serta anggota UMNO yang lain akan terus sakit sekiranya masih di bawah kepongpong  yang menganggap utusan akhbar atau majalah lingkungan manusia tertentu.

Peminat majalah dan akhbar kumpulan utusan terlalu terhad tidak sampai ,suku ahli UMNO dan tidak sampai suku ahli MCA dan suku  ahli MIC kerana akhbar yang pemberitaan jumud bagaikani pemberitaan berkaitan kemalangan dan berita-berita yang berkonsepkan mengekori buntut Perdana Menteri dan menteri dan perkembangan kebaikan parti  tuan punya. Stail ini adalah stail wartawan yang tidak ada etika  kewartawanan yang sepatutnya  memberi maklumat dan bersifat pemangkin pemikiran pembacanya.
Keadaan utusan ini saya rasa akan berterusan sakit dan pincang selagi UMNO menguasai  pemikiran kumpulan syarikat ini dan UMNO susah hendak melepaskan syarikat ini bersendirian atau passing kepada individu lain sebagai pengganti  tuan punya syarikat.

Akta  mesin cetak dan akta komunikasi  serta , Official Secrets Act (OSA ) akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal kebebasan akhbar ini sekiranya syarikat telah bertukar tangan.Tekanan ini sebagai senjata berterusan  kerajaan UMNO bagi melindungi salah laku pemimpinnya. Wartawan yang cuba-cuba membongkar  dan berlagak  seperti  pendedah maklumat Sarawak Report  dan The Wall Street Journal iakan menerima nasib ke penjara.

Inilah merupakan satu masalah terbesar kumpulan utusan kiranya memilih bersendirian tidak ada campor tangan parti politik kerajaan. Apa yang telah berlaku kepada portal internet Malaysian Insider akan menjadi kenyataan kepada kumpulan utusan kiranya tidak bersama UMNO.

Sehingga ini syarikat dan penghuni kumpulan utusan masih selamat walau macam mana sekali rasis berita,dan artikal wartawannya, tidak ada apa-apa tindakan dibawah sebarang akta ke arah penjara.  
Nyata penyakit kumpulan utusan akan terus berpanjangan sekiranya dia terus bernaung di bawah parti politik yang dilanda masalah kepimpinan. Yang jelas utusan di tugaskan melindungi mereka.Manakala media luar terutama internet berterusan memaparkan yang mungkar mereka lakukan. Keluar dari ketiak UMNO inilah satu jenis ubat yang boleh menyembuhkan ke arah tutup kedai  syarikat.

No comments:

Post a Comment