Wednesday, August 24, 2016

selagi ular besar tak ditangkap jangan cakap nak hapus rasuah



Kebiasaan nya mereka yang naik pangkat,Tidak kira sebesar  mana jawatannya terpaksa berikrar,berjanji dengan manusia atau lebih besar lagi berjanji dengan Allah dengan pelbagai jenama bahasa yang lunak dan meyakinkan.

Datuk Dzukefli Ahmad - Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru telah melafazkan ikrar yang hebat iaitu satu janji serta amanah yang perlu dilaksanakan .Biasalah kiranya Pembantu Am sekali pun kiranya diberi peluang melahirkan hasratnya melalui media selepas perlantikan tentunya melahirkan janji lunak sebagai rasa kegembiraan.

Kita semua faham kenapa Datuk Dzulkefli melahirkan sikapnya dan menguar-uarkan kepada wartawan ,pertama sekali kerana situasi perlantikan ketika ini yang penuh tandatanya oleh rakyat Malaysia yang perihatin,yang kebiasaan orang dalam SPRM yang dinaikkan pangkat kiranya bos nombor satu berhenti atau kena buang . Perlantikannya menafikan hanya jauhari yang mengenal manikam.

Seterusnya selagi kepala terbesar dalam sejarah rasuah negara ini tidak ditangkap selagi itu sesiapa sahaja bercerita hendak menghapuskan rasuah akan terhenti dan rakyat mencebik bibir dan muntah mendengar kata ikrar “menghapus rasuah.

Kita akui kiranya sesiapa sahaja yang mengetuai SPRM boleh sahaja berjaya mengurangkan suasana rasuah dalam perkhidmatan  awam kerana mereka boleh disabit dengan mudah dibawah akta pencegahan rasuah.

Kebiasaan mereka ditangkap  dan didakwa di mahkamah kerana keterlaluan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Masih belum ada tangkapan ular besar yang ada jawatan dan kedudukan yang menerima wang yang di kategorikan sumbangan dari pelbagai pehak.

Apa yang berlaku kebelakangan ini terhadap tiga orang pegawai besar kakitangan awam yang disiasat SPRM tidak boleh rakyat melupakan angkara lebih besar perasuah beberapa bulan sebelum ini.

Usaha mengalihkan tumpuan rakyat berkaitan kes 1MDB dan anak syarikatnya SRC International bahawa, hendak menunjukkan SPRM bertindak bebas dan menyatakan tidak kira besar mana pangkat seseorang sedang dilakukan oleh kerajaan. 

Namun apa yang dikatakan oleh Datuk Dzulkefli itu hanya untuk golongan kakitangan awam yang  tidak dilindungi undang-undang kuasa eksekutif seperti Perdana Menteri dan menteri.


Manakala siasatan dan tangkapan akan terhenti sekiranya orang yang lebih berkuasa daripada Dzulkefli menengking  dengan mengatakan jangan siasat aku. Pasti Datuk Dzulkefli akan menggaru kepala. menggigil dan terpaksa mencampakkan uniformnya.

Sehebat mana,segarang mana, setegas mana yang memegang tampuk di SPRM tidak perlu melaungkan semboyan-besar borak, bercerita hendak menghapuskan rasuah di negara ini selagi ular besar dalam Malaysia yang sedang kekenyangan tidak di tangkap dan di kurung dalam zoo untuk tontonan umum.

Adanya suara-suara angkuh yang mengampu mengatakan dia sudah kaya tidak perlu mengisytiharkan harta di khuatiri didatangangi penyamun dan pemeras ugut sepatutnya manusia jenis ini terlebih dahulu di siasat kerana ada rasa takut didalam dirinya.

Sepuluh orang terkaya di Malaysia ini telah di ketahui umum ,tidak pernah melahirkan kebimbangan  menjadi mangsa penyamun serta melahirkan  kepada media.

SPRM kiranya mempunyai kesungguhan hendak mencegah atau mengurangkan rasuah perlu memulakan penyiasatan terhadap melayu yang kaya melalui UMNO. Keberanian siasatan adalah bermula dari macai-macai,balaci atau barua UMNO dari kampung hingga ke presidennya.

Kita kadangkala terkejut terdapatnya pengampu wakil rakyat UMNO di kampung atau dimana-mana sahaja dalam Malaysia ini yang memiliki kereta mewah,rumah seperti banglo,dan perabut yang mahal tanpa bekerja.Tanggungjawabnya hanya perlu tanda hormat mengekori buntut wakil rakyat serta tunduk sujud, mempersilakan wakil rakyat berada di satu-satu tempat.

Tugas dengan niat“kerja aku mudah. Ke mana sahaja aku pergi, aku hanya perlu berkata boss aku adalah manusia paling baik, suci dan murni sementara musuh boss aku pula adalah manusia paling jahat, buruk dan hina di dunia ini”.

Declare harta kepada ketua boleh diperlakukan silap mata kerana kekadang ketua kita adalah spesies yang sama yang tidak boleh berbuat apa-apa kiranya harta kita di luar kemampuan . Jangan kita tungang-terbalikkan kenyataan bagi mengelakkan menjadi mangsa di tangkap SPRM serta mengelirukan rakyat yang tidak ambil peduli.


Hanya hukuman mati mandatori dan harta dirampas dapat mengurangkan suasana rasuah di negara ini terutama mereka yang terlibat dengan nilai jutaan ringgit.Tidak keterlaluan kiranya dibuat perbandingan dengan mereka yang mengedar dadah.

1 comment:

  1. Apa yang dibuat oleh sprm buat masa ini tangkap sana tangkap sini kemudian media tahi kucing heboh bagai orang gila ialah wayang lapuk yang meloyakan.Sedang kan Pengkhianat Durjana Negar bebas sewenang wenang nye .Jadi rakyat tak kira umur dan bangsa dan ugama harus bangkit tangkap najib serta kuncu kuncu nye

    ReplyDelete