Kebiasaan
nya mereka yang naik pangkat,Tidak kira sebesar
mana jawatannya terpaksa berikrar,berjanji dengan manusia atau lebih
besar lagi berjanji dengan Allah dengan pelbagai jenama bahasa yang lunak dan
meyakinkan.
Datuk
Dzukefli Ahmad - Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru telah melafazkan ikrar yang
hebat iaitu satu janji serta amanah yang perlu dilaksanakan .Biasalah kiranya
Pembantu Am sekali pun kiranya diberi peluang melahirkan hasratnya melalui
media selepas perlantikan tentunya melahirkan janji lunak sebagai rasa
kegembiraan.
Kita
semua faham kenapa Datuk Dzulkefli melahirkan sikapnya dan menguar-uarkan
kepada wartawan ,pertama sekali
kerana situasi perlantikan ketika ini yang penuh tandatanya oleh rakyat
Malaysia yang perihatin,yang kebiasaan orang dalam SPRM yang dinaikkan pangkat
kiranya bos nombor satu berhenti atau kena buang . Perlantikannya menafikan hanya jauhari yang mengenal manikam.
Seterusnya
selagi kepala terbesar dalam sejarah rasuah negara ini tidak ditangkap selagi
itu sesiapa sahaja bercerita hendak menghapuskan rasuah akan terhenti dan
rakyat mencebik bibir dan muntah mendengar kata ikrar “menghapus rasuah.
Kita
akui kiranya sesiapa sahaja yang mengetuai SPRM boleh sahaja berjaya
mengurangkan suasana rasuah dalam perkhidmatan
awam kerana mereka boleh disabit dengan mudah dibawah akta pencegahan
rasuah.
Kebiasaan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana keterlaluan menggunakan
jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Masih belum ada tangkapan ular
besar yang ada jawatan dan kedudukan yang menerima wang yang di kategorikan
sumbangan dari pelbagai pehak.
Apa
yang berlaku kebelakangan ini terhadap tiga orang pegawai besar kakitangan awam
yang disiasat SPRM tidak boleh rakyat melupakan angkara lebih besar perasuah
beberapa bulan sebelum ini.
Usaha
mengalihkan tumpuan rakyat berkaitan kes 1MDB dan anak syarikatnya SRC
International bahawa, hendak menunjukkan SPRM bertindak bebas dan menyatakan
tidak kira besar mana pangkat seseorang sedang dilakukan oleh kerajaan.
Namun
apa yang dikatakan oleh Datuk Dzulkefli itu hanya untuk golongan kakitangan
awam yang tidak dilindungi undang-undang
kuasa eksekutif seperti Perdana Menteri dan menteri.
Manakala siasatan dan tangkapan akan terhenti sekiranya orang yang lebih berkuasa daripada Dzulkefli menengking dengan mengatakan jangan siasat aku. Pasti Datuk Dzulkefli akan menggaru kepala. menggigil dan terpaksa mencampakkan uniformnya.
Manakala siasatan dan tangkapan akan terhenti sekiranya orang yang lebih berkuasa daripada Dzulkefli menengking dengan mengatakan jangan siasat aku. Pasti Datuk Dzulkefli akan menggaru kepala. menggigil dan terpaksa mencampakkan uniformnya.
Sehebat
mana,segarang mana, setegas mana yang memegang tampuk di SPRM tidak perlu melaungkan
semboyan-besar borak, bercerita hendak menghapuskan rasuah di negara ini selagi
ular besar dalam Malaysia yang sedang kekenyangan tidak di tangkap dan di
kurung dalam zoo untuk tontonan umum.
Adanya suara-suara angkuh yang
mengampu mengatakan dia sudah kaya tidak perlu mengisytiharkan harta di
khuatiri didatangangi penyamun dan pemeras ugut sepatutnya manusia jenis ini
terlebih dahulu di siasat kerana ada rasa takut didalam dirinya.
Sepuluh orang terkaya di Malaysia
ini telah di ketahui umum ,tidak pernah melahirkan kebimbangan menjadi mangsa penyamun serta melahirkan kepada media.
SPRM kiranya mempunyai kesungguhan hendak
mencegah atau mengurangkan rasuah perlu memulakan penyiasatan terhadap melayu
yang kaya melalui UMNO. Keberanian siasatan adalah bermula dari macai-macai,balaci
atau barua UMNO dari kampung hingga ke presidennya.
Kita kadangkala terkejut
terdapatnya pengampu wakil rakyat UMNO di kampung atau dimana-mana sahaja dalam
Malaysia ini yang memiliki kereta mewah,rumah seperti banglo,dan perabut yang
mahal tanpa bekerja.Tanggungjawabnya hanya perlu tanda hormat mengekori buntut
wakil rakyat serta tunduk sujud, mempersilakan wakil rakyat berada di satu-satu
tempat.
Tugas dengan niat“kerja aku mudah. Ke mana sahaja aku pergi, aku
hanya perlu berkata boss aku adalah manusia paling baik, suci dan murni sementara
musuh boss aku pula adalah manusia paling jahat, buruk dan hina di dunia ini”.
Declare harta kepada ketua boleh diperlakukan silap mata kerana kekadang ketua kita adalah spesies yang sama yang
tidak boleh berbuat apa-apa kiranya harta kita di luar kemampuan . Jangan kita
tungang-terbalikkan kenyataan bagi mengelakkan menjadi mangsa di tangkap SPRM serta
mengelirukan rakyat yang tidak ambil peduli.
Hanya hukuman mati mandatori dan harta dirampas dapat mengurangkan suasana rasuah di negara ini terutama mereka yang terlibat dengan nilai jutaan ringgit.Tidak keterlaluan kiranya dibuat perbandingan dengan mereka yang mengedar dadah.
Hanya hukuman mati mandatori dan harta dirampas dapat mengurangkan suasana rasuah di negara ini terutama mereka yang terlibat dengan nilai jutaan ringgit.Tidak keterlaluan kiranya dibuat perbandingan dengan mereka yang mengedar dadah.
Apa yang dibuat oleh sprm buat masa ini tangkap sana tangkap sini kemudian media tahi kucing heboh bagai orang gila ialah wayang lapuk yang meloyakan.Sedang kan Pengkhianat Durjana Negar bebas sewenang wenang nye .Jadi rakyat tak kira umur dan bangsa dan ugama harus bangkit tangkap najib serta kuncu kuncu nye
ReplyDelete