Zalim atau tidak sekiranya manusia menafikan hak manusia lain seperti berikut:
- Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
- Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
- Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
- Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
- kebebasan daripada ketakutan
- kebebasan daripada kemahuan
- kebebasan bersuara
- kebebasan kepercayaan
Sudah 51 tahun akta ini di gunapakai oleh kerajaan dan telah berapa banyak pula penjara Kemunting mengeluarkan banduan, serta entah berapa banyak rayuan keluarga mangsa supaya dibebaskan suami,anak dan isteri tidak dipedulikan. Lima PM yang ada kuasa eksekutif yang boleh mengistiharkan akta ini dimansuhkan sebagaimana Najib lakukan hari ini, tidak peduli apa yang berlaku.
Kita kenangkan kembali semasa akta ini di puja oleh kerajaan. Mereka yang tergari tangannya dan dihantar ke Kemunting bila keluar dari sangkar itu akan berkata bahawa layanan terbaik dilakukan oleh wakil kerajaan. Sesiapa yang mendengar cakap banduan yang keluar dari penjara kemunting ini
Akta gila ini telah menganiaya mangsa dengan keluarganya.Entah berapa besar dosa orang yang memberi cadangan dan menteri selaku pengarah yang terlibat.Perasaan rasa bersalah mereka yang mengurung manusia tanpa di paparkan dosanya sepatutnya telah berakhir sejak manusia malaysia mengenal dan memperjuangkan hak asasi manusia. Dalam perlembagaan yang di cipta 54 tahun lalu , menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan serta beragama.
Perkara kebebasan ini selalu di pertikaikan dengan alasan"tanggungjawab saya menjaga keamanan rakyat adalah lebih penting dari menjaga diri atau perasaan individu yang dijangka mendatangkan huru-hara".Itulah alasan yang diberi oleh mereka membanduan rakyat Malaysia tanpa bicara sejak akta ini diperkenalkan .
Bila Najib mengumumkan akta ini akan dicampakkan,semua yang menyokong kerja gila kerajaan selama ini memuji dengan mengatakan" akta ini sudah tidak sesuai dan satu tindakan berani PM". Itulah sikap orang yang selalu dan biasa menjadi atau memainkan peranan