Tuesday, September 20, 2011

Internal Security Act (ISA)






Zalim atau tidak sekiranya manusia menafikan hak manusia lain seperti berikut:
  1. Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
  2. Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
  3. Kebebasan untuk bergerak;
  4. Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
  5. Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
  6. kebebasan daripada ketakutan
  7. kebebasan daripada kemahuan
  8. kebebasan bersuara
  9. kebebasan kepercayaan

  10. Sudah 51 tahun akta ini di gunapakai oleh kerajaan dan telah berapa banyak pula penjara Kemunting mengeluarkan banduan, serta entah berapa banyak rayuan keluarga mangsa supaya dibebaskan suami,anak dan isteri tidak dipedulikan. Lima PM yang ada kuasa eksekutif yang boleh mengistiharkan akta ini dimansuhkan sebagaimana Najib lakukan hari ini, tidak peduli apa yang berlaku.
    Setelah berusia 54 tahun kerajaan melaksanakan akta yang tidak ada nilai kemanusiaan ini baru nak bertaubat. Bertaubat mengurung minda dan fizikal manusia Malaysia yang telah menjadi mangsa akta ini. Kuasa eksekutif Najib tidak mungkin satu pembohongan kita terus menunggu akta ini di tong sampahkan.

    Kita kenangkan kembali semasa akta ini di puja oleh kerajaan. Mereka yang tergari tangannya dan dihantar ke Kemunting bila keluar dari sangkar itu akan berkata bahawa layanan terbaik dilakukan oleh wakil kerajaan. Sesiapa yang mendengar cakap banduan yang keluar dari penjara kemunting ini
    di interview oleh wartawan surat khabar parti atau media parti sudah pasti tidak perlu akta ini di mansuhkan.

    Akta gila ini telah menganiaya mangsa dengan keluarganya.Entah berapa besar dosa orang yang memberi cadangan dan menteri selaku pengarah yang terlibat.Perasaan rasa bersalah mereka yang mengurung manusia tanpa di paparkan dosanya sepatutnya telah berakhir sejak manusia malaysia mengenal dan memperjuangkan hak asasi manusia. Dalam perlembagaan yang di cipta 54 tahun lalu , menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan serta beragama.

    Perkara kebebasan ini selalu di pertikaikan dengan alasan"tanggungjawab saya menjaga keamanan rakyat adalah lebih penting dari menjaga diri atau perasaan individu yang dijangka mendatangkan huru-hara".Itulah alasan yang diberi oleh mereka membanduan rakyat Malaysia tanpa bicara sejak akta ini diperkenalkan .

    Bila Najib mengumumkan akta ini akan dicampakkan,semua yang menyokong kerja gila kerajaan selama ini memuji dengan mengatakan" akta ini sudah tidak sesuai dan satu tindakan berani PM". Itulah sikap orang yang selalu dan biasa menjadi atau memainkan peranan
    tungku buntut seorang yang ada kuasa.







No comments:

Post a Comment