Thursday, September 15, 2011

Berbincang sikit pasal Merdeka?







Petikan  erti atau huraian merdeka dari Kamus Dewan Edisi pertama 1970.

Renungkan sebentar sambil mengimbau keadaan negara kita yang telah dikatakan telah merdeka 54 tahun.

 Merdeka dari penjajahan (British) boleh kita mengangguk kepala, tetapi ada bijak pandai melayu mengatakan Malaysia bukan di jajah hanya di naungi inggeris.Pendapat ini mungkin ada betulnya kerana senarai pejuang kemerdekaan hanya di perkuatkan atau ditonjolkan nama-nama rombongan ke London dan orang yang mengistiharkan kemerdekaan setiap kali perayaan . Kurang disebut  nama-nama yang melawan pejajah dengan senjata sejak Inggeris ke Malaya seperti
Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.

Bagaimana dengan akhbar-akhbar yang menganggap akhbar arus perdana di negara ini apakah merdeka atau tidak. Akhbar yang berada dalam kain politik hanya melaporkan corak kain tuan yang menyerungkup dirinya. Dia tidak tau bahawa  corak kain orang lain lebih cantik serta pasaran terlaris .Sikap ini atas sikit dari sikap katak bawah tempurung..

Idea atau pendapat yang berbeza dari kebiasaan.

"Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya  Mat Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong….”

“Hasan askar di bawah British dan watak Buang berkhidmat untuk Jepun. Kedua-duanya bekerja untuk penjajah”.

Satu hari nanti pasti ada pula orang mempertikaikan Tunku Abdul Rahman  bukan Bapa kemerdekaan kerana orang akan berfikir dan menyelidik kehebatan peranannya sebelum mengistiharkan "merdeka!,merdeka!,merdeka!.  Rakyat Malaysia semakin hebat dan ramai bijak pandai.Waktu 60an, 70an,dan 80an gred 3 paling ramai dalam peperiksaan SPM.Sekarang 12A1 lebih ramai daripada 12D.

 Apa yang berlaku hal semasa di Malaysia yang merdeka, kepada seseorang itu memberi idea, bercakap di negara merdeka.Pencetus idea dibelasah oleh akhbar yang merdeka, dengan tuduhan penyokong pengganas, berfahaman komunis dan ada yang mengesyorkan tidak layak duduk dalam negara yang merdeka ini.

Merdeka idea di negara ini hanya berlaku terhadap perkara-perkara yang baik terhadap pemerintah . Idea yang bertentangan di simpan dalam bakul sampah walaupun bertujuan menjadi pengajaran atau ke arah kebaikan.

Menonton filem hidustan,cina,inggeris dan filem luar, kita semua akan terasa realiti atau ada kemerdekaan idea.Cerita pegawai rasuah,anggota polis rasuah,menteri rasuah atau mereka semua melakukan kejahatan berlaku dalam filem tersebut. Di Malaysia kebebasan berkarya sebigini di paparkan sudah pasti banyak kutukan atau laporan polis akan di buat lebih teruk di saman atau dipenjarakan.Merdeka ke rakyat negara ini.
  










No comments:

Post a Comment