Hari hari Selasa 06 December,
2016 sudah 3 hari, hati dan perasaan beransur lega memandang gambar-gambar manusia baju merah dan baju biru melalui kaca
TV dan muka depan akhbar tempatan.
Berakhir lima hari yang
menjemukan,meloyokan memualkan, kerana satu perhimpunan di PWTC telah menjadi tempat manusia berhimpun dengan ketua-ketua
geng mereka, umpama langit dapat dilukis, disudut kambut diserayakan, tetapi
kelip-kelip terbang malam.Meluat kerana semua media utama berkiblatkan
perhimpunan UMNO dan menyiarkan secara langsung, mengakibatkan kehilangan ruang
maklumat yang lain.
Minggu rakyat frust ini, ramai yang iri hati kerana Mahathir berkuah sama menghirup,bersambal
sama mencolek,,berlapik seketiduran,sebantal sekalang hulu dengan LimKit
Siang.
Wartawan media dan setesyen TV berebut
–rebut hendak menyiarkan secara langsung perhimpunan . Mereka yang waras dan
tidak terpengaruh ampu bodek, tidak perlu berbuat demikian kerana tidak ada
sesuatu yang istimewa sama ada isi perhimpunan atau mereka yang menyertai
perhimpunan.Hanya sekadar berita mesyuarat JKKK kampung tradisional atau mesyuarat KRT taman perumahan.
Dapat kita lihat telah menjadi tempat
orang umno terutama presiden ,naib presiden,ketua wanita dan ketua pemudanya
melepaskan geram . Berucap sepanjang tali
beruk,barangkali mereka perasan atau berangan-angan agar 30 juta rakyat
Malaysia mengikutnya.
Presiden dan ahli Umno tidak
terfikir bahawa ucapan mereka hanya di tonton secara langsung oleh 3000 pewakilan dalam dewan PWTC itu sahaja,
dan berita serta lintas langsung , di
TV menjadi mangsa off dan on oleh rakyat
yang memilih channel yang merelakskan
minda.
Umat yang siuman akan sentiasa remove control di tangan yang berniat
mengalihkan berita individu merapu dengan
nada mencela, mengutuk manusia lain
di saluran TV ke cerita-cerita hiburan.Mereka tidak mahu bersama dengan
manusia munafik yang buat-buat lupa tiada
busuk yang tiada berbau.
Ketiga-tiga orang kuat geng yang
berhimpun sepanjang-panjang lorong masih
pajang mulut dan membicarakan rumput
di halaman orang,dihalaman sendiri hingga di kaki tangga. Pelbagai karakter
dan lakonan yang terpapar di skrin TV untuk ditonton, namun karakter angkat
ketiak menunjukkan adegan berkobar-kobar yang sangat menarik.
Setiap kali perhimpunan titah
ucapan perasmian atau penutup oleh presiden menjadikan berita utama media pencium
buntut memaparkan headlines ucapan perasmian catat sejarah. Entah
sejarah apa terlukis kerana setiap kali perhimpunan mereka yang berucap
hanya mengumpat dan mengatakan mereka
yang tidak sehaluan dan mengecop mereka sebagai pengkhianat.
tidak sehaluan dan keluar dari saf sebuah parti politik - itu
sahaja kesalahannya, di beri pingat sebagai pembelot bangsa melayu.
Tindakan mereka yang emosi hanya menegakkan benang basah dan menegakkan sumpit kosong. Sedap mulut berucap
melabelkan ahli parti yang setia lebih 45 tahun dan menabur bakti untuk negara
sepanjang masa tersebut.
Tidak selari dengan presiden parti kerana presiden terbukti merebut kekayaan negara yang bukan
sesuatu berita palsu. Memberi wala’ ketaatan kepada presiden dalam jangka
panjang akan menjahanamkan negara kerana presiden mengambil kesempatan terhadap
ketaatan membabi buta.
Wala’ hanya kepada pemimpin yang
bersih dan mempunyai ciri-ciri kehidupan seorang muslim yang dihormati semua
lapisan masyarakat bukan seperti saf kepimpinan Najib Razak dan kakitangan
kerajaannya.
Hanya Nabi Muhammad S.A.W yang layak di nobat dan mempunyai sifat
terbaik bai'ah wala’dan di taati di dunia ini. Najib
tidak ada sekelumit zarah pun diberi wala’ ini, tetapi orang UMNO telah melahirkan
deklarasi bahawa Najib seorang yang suci dan perlu di taati.
Adakah Najib dan pemimpin yang
lain dengan rakyatnya menjadi, penjaga, pemimpin, pelindung - wala’ Pemimpin
UMNO yang setia mengambil kesempatan firman Allah Surah an-Nisa: 59 iaitu kesetiaan selagi
pemimpin tidak melakukan perkara di luar batasan. Seperti kata Mahathir Nabi
SAW dan keluarga tidak wang dalam simpanan 2.6 billionn dan anak beranak tidak
ternilai ringgit dalam poketnya.
“wahai
orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (yang bertaqwa) di kalangan kamu. Maka
sekiranya kamu berselisih di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada
Allah dan Rasul”.Barangkali, kembali kepada rasul setelah perselisihan berlaku orang UMNO
menganggap kembali setia kepada Najib.Tidak mengambil pendekatan membuang yang keruh(Najib) ambil yang jernih(manusia lain)
Ketaatan yang mutlak hanya kepada
Allah dan RasulNya. Adapun terhadap pemimpin yang derhaka kepada Allah tidak
diharuskan kepada orang beriman memberi wala’ dan ketaatan bahkan Islam
mewajibkan umatnya supaya menentang kemungkaran dan kezaliman.
Zalim bukan sahaja bertindak
kejam dengan menyiksa manusia tetapi zalim terhadap rakyat terutama mereka yang
miskin tidak berkemampuan di kenakan pelbagai cukai,harga barang yang tidak
terkawal yang menyiksa rakyat mengawal perbelanjaan untuk meneruskan hidup,sedangkan ketua pemimpin bersama
saf kepimpinannya serta kerajaan, mampu atau boleh saja mengawal dan
menghentikan kesemua yang menyusahkan.
Apa yang berlaku hari ini adalah
sebaliknya,jurang kesenangan kepala pemimpin dan pemimpinnya ibarat langit dan
bumi. Tidak usah kita guna pakai perkataan wala’ terhadap pemimpin Malaysia
yang nyata korup dan seleweng kuasa.
Lihat kezaliman lagi!!!
Hari ini rakyat sentiasa terdesak
dan sesak nafas dimana hendak mengadu atau melahirkan perasaan yang tidak
puashati yang terbuku di dada melainkan kepada pemimpin lain seperti
pembangkang yang mahu melayan kerenah si miskin.
Kekejaman kerajaan berterusan
apabila ada pemimpin pembangkang yang melahirkan hasrat rakyat dan memaparkan kebobrokan
presiden Umno telah di nyah ke dalam penjara dengan alasan melanggar pelbagai
jenama akta.
Kita lihat beberapa kisah melalui
hadis dan riwayat sahabat Nabi SAW berkaitan menggunakan harta rakyat atau
harta kerajaan.Ada atau tidak sikap Najib seperti kisah ini yang perlu di
taati.
“Sesiapa yang dilantik dikalangan
kamu untuk melakukan satu tugas, kemudian dia menyembunyikan harta senilai
jarum atau pun lebih dari itu itu adalah harta yang dikhianati yang akan
ditanggungnya pada hari kiamat.”Hadis sahih Muslim
"Sesungguhnya
manusia-manusia yang menggunakan harta Allah swt dengan cara yang salah akan
mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat.” - Hadis sahih riwayat Bukhari.
Suatu hari Umar Al-Khattab terlambat keluar untuk solat Jumaat , apabila beliau naik
ke atas mimbar beliau meminta maaf kepada para jemaah dan berkata:
“ Baju aku yang menyebabkan lambat (basuh
baju). Aku hanya ada satu baju ini sahaja.”
Sesungguhnya suatu hari Umar
Al-Khattab keluar ke mimbar dan mengadu sakit.
Orang menyatakan bahawa dia perlu makan madu untuk merawat penyakitnya. Dalam
baitul mal (tempat simpanan kerajaan) terdapat madu. Lalu Umar berkata:
“Sekiranya kamu semua izinkan aku mengambilnya aku akan ambil. Jika tidak,
haram aku mengambilnya.”
Umar Al-Khattab tidak menggunakan harta rakyat melainkan benar-benar perlu dan dibenarkan oleh rakyatnya.
Umar Al-Khattab tidak menggunakan harta rakyat melainkan benar-benar perlu dan dibenarkan oleh rakyatnya.