Tuesday, March 10, 2020

Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur.






Bagi mengulas kerajaan hari ini ,perkataan pengkhianat tidak boleh dipisahkan,sehingga pilihanraya ke 15 yang membawa kerajaan pilihan rakyat.

Istilah Bahasa melayu, bersinonim dengan derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati;, Kata Terbitan : mengkhianat, , pengkhianatan, pengkhianat

Bagi mengulas kerajaan hari ini ,perkataan pengkhianat tidak boleh dipisahkan,sehingga pilihanraya ke 15 yang membawa kerajaan pilihan rakyat semula.

Yang khianat hari ini bertanding semula pada pilihanraya tersebut dan memenanginya bermakna telah ditentusahkan oleh rakyat kesucianya sebagai pengkhianat.
Semalam kerajaan pengkhianat atau kerajaan pintu belakang telah mengumumkan barisan kabinetnya.Barisan Kabinet yang menjaga hati dan habuan kepada yang membantu dan menjadi ahli gerombolan si pengkhianat.Kerajaan tuah anjing,celaka kuda.

Tentu senyum lebar pengkhianat dari PKR yang terjun lubuk Bersatu telah di lantik ke jawatan tetap menteri yang direstui oleh ketua pengkhianat sebagai Menteri kanan. Umpama kilat sudah si kaki,kilat pisau sudah ke tangan,kilat cermin sudah ke muka.

Kita semua faham hendak dilantik terus ke jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah terlalu awal dan kejutan yang menggegar jantung orang UMNO.

Agaknya adakah manusia di Malaysia ini bila melihat barisan kabinet kerajaan dari Perdana Menterinya hingga Timbalan Menteri adalah kerajaan yang sah dan halal. Kebanyakannya wakil rakyatnya tidak juga halal kerana khianat naungan politik asal.

Jika ada yang melupakan rupa wakil rakyat yang khianat atau persetankan perkataan khianat itu bermakna manusia itu, terpaksa kerana mencari makan dibawah tadbirurusnya. Golongan ini yang sanggup cium tangan kiri pengkhianat itu.

Syaitan politik yang mewakili pengkhianat tidak usah berbicara mengenai rakyat di utamakan. Fikirkan rakyat hari ini ,tinggi duduk daripada cangkung.

Mengutamakan rakyat hanya berlaku setelah pilihanraya 9 mei 2018  yang berjaya mengukir rakyat tersenyum kembali dari cengkaman politik, perompak,penyamun,perasuah dan kleptrokasi .  Harus di ingat mereka yang menghuni parti politik ini ,bagai kerbau runcing tanduk

Adat Melayu pantang khianat, Orang khianat dimakan kutuk; Menurutkan nafsu datanglah laknat, Orang terlaknat matinya teruk.


Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur.                                                                                                                                  

No comments:

Post a Comment