Semuanya boleh berlaku .Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan.
Pengkhianat juga ingin berkuasa boleh mendapat sokongan parti politik yang sudah sah perompak ,pencuri,penyamun,perasuah wang rakyat.
Hari ini wakil rakyat kurang akal
melakukan perkara yang menjijikkan mengkhianat sesama sendiri yang memikirkan
perut sendiri dan menggila kerana hendak menjadi perdana Menteri atau sebangsat-bangsatnya
jawatan setiausaha politik.
Sudah beberapa minggu wakil
rakyat yang seterus saya gelar mereka syaitan politik ini keluar
masuk istana negara dan istana sultan dengan
kereta-kereta mewah bertujuan hendak melobi sultan jawatan perdana Menteri ,menteri
besar atau ketua Menteri ,yang rakyat hanya mampu membulatkan mata.
Sehingga ini belum nampak syaitan-syaitan
politik terlantik sebagai Menteri dan timbalan Menteri.Syaitan politik telah mengeluarkan
kenyataan bahawa mereka mengkhianat demi rakyat. Kelam-kabutkan politik negara lebih
seminggu apakah ini rakyat diutamakan.lebih meloyakan bercakap berkaitan kabinet
bersih,bercakap bersama dengan penyamun.
Saat hendak membuat perubahan
stail pentadbiran negara oleh beberapa orang pemimpin politik yang mungkin
ikhlas selepas bulan mei 2018, namun beberapa orang syaitan politik
ini terus berusaha menghancurkan niat mereka.
Hari ini syaitan politik ini
sanggup menjaga kepentingan diri dari kepentingan negara dan rakyat dengan
memecahkan gabungan politik yang sedang memerintah dikira terbaik dalam tempoh
60 tahun lalu.
Syaitan-syaitan ini tidak
memandang kekurangan diri mereka sebaliknya nampak suatu hari mereka terkeluar
dari blok kepimpinan sama ada ditolak oleh rakan politik atau penghakiman
rakyat.
Mereka sentiasa merencana menjadi
gunting dalam lipatan dan duri dalam daging ,serta api dalam sekam gerombolan
politik mereka bertujuan menghancurkan kerajaan.
Mereka yang bertopengkan reformasi
dan taubat dasar politik lama hari ini telah menghancurkan
harapan rakyat yang memilih mereka pada pilihanraya ke 14.
Rakyat yang sentiasa berfikiran
mahukan kebaikan dari kerajaan telah faham bahawa syaitan politik ini
mementingkan perutnya serta poketnya dan
berfikir,kalau-kalau akan berlaku perubahan kepimpinan dia tidak terlantik
sebagai menteri maka syaitan-syaitan ini telah mencipta krisis
Takutkan bayang-bayang sendiri
ini disebabkan sikap atau kelakuan mereka sendiri yang menjerumuskan kearah
perangai si Kitol atau menubuhkan
grembolan pengkhianat.
Kita bimbang binatang -binatang
perasuah perompak,wang rakyat akan hidup semula berikutan parutnya masih segar
yang berada di 42 tempat kawasan parlimen.
Perompak yang masih aktif tidak
dapat di bunuh kerana undang-undang berstatus sarang labah-labah.
Ahli serakah dan kleptrokasi yang sedang dibacarakan mengitai-ngitai
peluang untuk berkuasa semula atau mencari simpati rakan seperjuangannya
membebaskan dari tuduhan merompak berbilion ringgit.
Saya beristaghfar beberapa kali
melihat wakil rakyat mempermainkan mandate rakyat .Saya tahu mereka ini mahukan
bubarkan parlimen serta mengadakan semula pilihanraya kerana perasan bahawa
gabungan parti politik mereka memenangi
beberapa siri pilihanraya kecil.
Mengharapkan perubahan kerajaan
dengan mengadakan pilihanraya ,syaitan-syaitan politik ini berangan bahawa rakyat
akan memilih parti politik mereka atau mengekalkan mereka sebagai wakil rakyat.
Mereka lupa apa yang berlaku di
negeri Selangor selepas pilihanraya ke 13 banyak syaitan-syaitan politik
kehilangan kerusi.
Kebimbangan negara kearah
kehancuran apabila parti-parti politik bertaraf syaitan ini telah berusia lebih 60 tahun tidak akan
bertaubat mengumpul wang berbilion untuk diri sendiri berbelanja wang derma
untuk memiliki kereta mewah,menjual dan memiliki tanah rezab melayu menyerahkan
kepada bangsa lain.
Syaitan-syaitan politik tentu
melepaskan dendam dan menyambung kembali program memperkaya diri dan kroni dengan menjual atau menganugerah kewarganegaraan keapada
bangsa lain .
Menyekat aktiviti syaitan politik
ini hanya mampu, selama dua tahun dua
bulan. kini ada parti politik bekas
gabungan kerajaan duduk semeja bagi menambat hati perompak ,pencuri bersama
melambai-lambai jawatan perdana Menteri kelapan.
Untuk menghalalkan mereka
bersekongkol dengan perompak,penyamun dan perasuah ada yang berkata “undang-undang ada tidak boleh melabelkan
mereka bersalah “.
Kini pengkhianat telah Berjaya menguasai perdana Menteri kelapan
kita hanya bergantung kepada “untung sabut timbul,untung batu tenggelam”
Untuk menyelamatkan negara cukup terus istiqamah dalam kerajaan yang diberi mandat bermula 9 mei 2018 bukan melakukan perjumpaan dan keluar dari pakatan politik.
Untuk menyelamatkan negara cukup terus istiqamah dalam kerajaan yang diberi mandat bermula 9 mei 2018 bukan melakukan perjumpaan dan keluar dari pakatan politik.
2017 ford fusion hybrid titanium titanium steel
ReplyDeleteFounded in 2017, 2017, the fusion engine is 바카라 사이트 추천 a new spinoff from the famous 2017 ford fusion energi titanium Triple Reacting. titanium trim hair cutter It replaces the existing Fusion Engine black titanium wedding bands Fusion titanium phone case engine.