Wednesday, June 29, 2016

ZAKAT - MESRA kutipan TIDAK MESRA bantuan




Krisis keyakinan peranan pehak berkuasa mengurus zakat nampaknya telah serius .Semua orang telah membicarakan bukan sahaja melalui media sosial tetapi  telah menjadi isu negara,yang diperkatakan oleh mufti,menteri tidak ketinggalan orang ramai di meja kedai kopi. Ada diantaranya hendak mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang menggalakkan orang ramai menyerahkan wang zakat terus kepada asnaf.

Punca utama isu ini menjadi hangat adalah kerana tidak ada mesra bantuan yang ada mesra kutipan dan mungkin orang ramai terlihat mereka yang menguruskan kutipan  zakat terlalu mudah prosudernya iaitu perlu sekeping resit ,sedangkan mereka yang perlu bantuan melibatkan beberapa orang yang di anggap VIP.

Amil yang dilantik mengutip zakat, terutama zakat fitrah hanya melaksanakan tunggu kutipan di masjid-masjid atau kompleks beli-belah pada hal dia beperanan mengutip zakat rumah ke rumah bukan menunggu pembayar zakat  dengan duduk diam di satu-satu tempat.

Amil  seperti ini sepatutnya di nilai sebagai pekerja sukarela yang tidak perlu di kategorikan salah seorang golongan asnaf yang lapan. Kita lihat amil hanya memerlukan tangan dua kerat untuk menulis resit, yang sepatutnya  kerja semudah itu  boleh  dilakukan oleh mereka yang kurang upaya,atau golongan asnaf yang lain .

Apa yang berlaku hari ini adalah mereka yang dilantik sebagai amil pengutip zakat adalah golongan mereka yang  segar-bugar yang tergolong  dari mereka yang berpendapatan  tetap lebih RM1500 sebulan atau mereka yang telah bersara dan memperolehi pencen. Lebih hebat lagi mereka yang duduk di taman-taman perumahan amil yang dilantik terdapat di kalangan guru yang berpendapatan lebih RM4000 sebulan. 

Wang kutipan yang diberi kepada amil-amil  yang kaya raya ini sepatutnya di peruntukan kepada golongan asnaf lain yang amat memerlukan maka lebih ramai lagi bantuan dapat di agih-agihkan.

Keyakinan tidak sampainya  wang zakat fitrah dan pelbagai zakat yang lain kepada golongan asnaf yang memerlukan telah membuatkan penyumbang zakat bertindak sendiri menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pasrah kepada Allah sama-ada zakatnya di restui atau tidak. 

Banyak laporan dari orang ramai bahawa cerita-cerita mereka yang suntuk kewangan apabila memohon bantuan dari penguasa zakat tidak dipedulikan dan lebih serik lagi memerlukan sokongan atau pengesahan dari ketua kampong atau wakil rakyat atau pegawai penguasa kerajaan bagi maksud bantuan di luluskan.

Ada juga perbandingan di buat lebih mudah bantuan diperolehi melalui bandan-badan bukan islam walaupun keadaan ini di lihat sebagai propaganda golongan kafir hendak menarik mereka yang muslim terdesak tertarik dengan agamanya namun harus di ingat bahawa sepatutnya islam lebih senang memberi bantuan.

Mendengar kepincangan badan-badan berunsur islam berkaitan menguruskan kewangannya turut teruja orang ramai membuat keputusan sendiri menguruskan zakatnya.Institusi-institusi berunsur islam kadang kala di lihat sebagai badan menawarkan pekerjaan kepada mereka yang di ragui kejujurannya atau  menyimpan kakitangan mengambil kesempatan kepentingan diri dengan berbelanja untuk urusan yang remeh-temeh.

Mengembalikan keyakinan masyarakat islam supaya  membayar zakat melalui amil dan pejabat pungutan zakat memerlukan kejujuran individu sendiri .Tindakan undang-undang bukannya jalan penyelesaian, malah menambah kemarahan dan kedegilan penyumbang zakat.

Jangan dibiarkan ada individu islam yang dalam kesempitan mengadu ke tempat-tempat kebajikan bukan islam dan amil yang dilantik bertanggungjawab mencari mereka yang miskin ,fakir dan mualaf di kawasan jagaan masing-masing.Komisyen atau elaun yang diberi perlu di balas dengan khidmat terbaik kepada mereka yang memerlukan

Kakitangan PPZ negeri  hendaklah di kerah ke pelusuk daerah dan ceruk kampung mencari mereka yang daif,ibu tunggal yang mempunyai tanggungan untuk di berikan bantuan sertamerta. Jangan di tunggu laporan banci dari ketua kampong kerana kebiasaannya ketua kampung memasukkan sensitiviti pegangan politiknya untuk di senaraikan sebagai orang yang bakal menerima bantuan.

Sunday, June 26, 2016

Kempunan kerajaan baru, BN bakal menyambung tali hayatnya 2018-2023



Tentunya mereka yang bercita-cita ingin melihat kerajaan baru yang akan datang terus kecewa sedikit melihat kepada keputusan PRK yang baru lalu.

Pembangkang melihatkan sikap mementing ideologi kepenting diri yang menguntungkan orang lain iaitu keuntungan parti politik yang sudah berzaman-zaman memerintah dan menjemukan itu. Pembangkang kehilangan nilai kesepakatan pilihanraya ke 13 semata-mata mementingkan ideologi mengikut perasaan hati dan ego ketua parti masing-masing.

Keadaan parti-parti yang bertanding dalam PRK tersebut adalah menggambarkan keadaan parti –parti politik yang akan bertanding pada pilihanraya ke 14 akan datang sekiranya parti yang di labelkan pembangkang akan terus menyombong hendak bertanding bersendirian.

PAS masih boleh berangan untuk berkuasa di Kelantan atau Terengganu  kerana kedua-dua negeri ini kebanyakan penduduknya berbangsa melayu  yang  mempunyai kesedaran menukar-nukar kerajaan serta berpengalaman berbuat demikian.

Amat berlainan melayu di negeri-negeri  lain kerana ‘takut tidak makan atau makan ubi kayu seperti zaman jepun ‘ sekiranya  selain UMNO atau BN yang menjadi kerajaan dan juga takut negara ini huru-hara kerana parti politik lain tidak ada pengalaman memerintah.

Selanjutnya ada di kalangan melayu kiranya bukan UMNO yang memerintah di khuatiri akan memudaratkan  bangsa melayu terutama cina DAP yang memerintah dan berikrar sentiasa sokong melayu yang memerintah, biarlah rasuah besar mana sekali  pun, tetap simpati dengan bangsanya.

Sikap melayu seperti ini PAS,DAP,PKR dan AMANAH hendak bergantung harap sokongan  tidak usah di impikan . Maka akan kempunan Haji Hadi,Mat Sabu,Lim Kit Siang dan Wan Azizah mengetuai kerajaan baru negara.

Rakyat tidak rugi apa kiranya kerajaan yang ada terus kekal biarlah berbilion rasuah menggunakan wang negara atau berbilion datang dari luar negara kerana masih mampu makan lauk dadar telor ayam dan bersayurkan kangkong. 

PAS bukan sahaja kempunan jadi penasihat terbaik kerajaan BN bahkan hanya memperoleh 2 atau 3 kerusi parlimen kerana parti tersebut hanya mempunyai 1/3 orang melayu. PKR hanya mempunyai penyokong separuh orang cina dan hanya  berjaya memenangi apa yang di perolehi pada tahun 2008.

Manakala DAP mungkin boleh mengekalkan kerusi parlimen yang sedia ada kerana mendapat sokongan total dari orang cina lebih-lebih lagi dia telah mengenepikan PAS dan mendapat rakan baru dalam pakatan.

Orang cina dikawasan majoriti melayu mungkin serik untuk menyokong calon melayu manakala orang melayu di kawasan majoriti cina terpengaruh dengan sentiment yang di canang oleh BN. Manakala parti AMANAH jangan terlalu perasan dengan keputusan PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana mood pilihananraya umum berlainan pilihanraya kecil.

Apa pun dari sudut pandangan dan analisa PRK di dua kawasan itu ketua-ketua parti politik perlu mengekalkan semangat  pakatan pilihanraya ke 13 seandainya masih ingin memberi nafas baru,dan baju baru kerajaan dalam negara ini.

Bercita-cita menjadi penasihat kepada kerajaan tidak perlu menyertai pilihanraya atau memenangi pilihanraya, tetapi cukup setakat menyertai NGO yang sukarela, yang duduk di satu sudut di Jabatan Perdana Menteri.

Terlalu dukacita melihat apa yang berlaku terhadap politik pembangkang hari ini, yang berterusan menguntungkan BN iaitu kerajaan yang sedia ada, bagi meneruskan kesinambungan jangka usianya sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.

Monday, June 13, 2016

sanggup tersungkur bagi yang memuja




Melihat kepada apa yang terpampang dalam media  terutama media elektronik bebas,yang pro semangat Jebat,amat nyata manusia sanggup menjadi penjilat ,demi pangkat,jawatan dan  habuan wang.

Kita jarang melakukan sifat-sifat,tunduk mencium tangan,menjadi sifat’ humble ‘ serta memuji dan memuja ini terhadap keluarga kita, tetapi kepentingan politik  dan status jawatan, kita sanggup tersungkur menyembah tanah bagi melahirkan kasih sayang kepada seorang yang dianggap tuan.  

Ada di kalang kita sebagai manusia dek kerana pegangan politik,terus teruja apabila di berikan setiap kali raya aidilfitri, sumbangan persenol sebanyak  RM 500 dan beberapa guni  beras berat 10 kg   sanggup memuja dan terus setia kepada pemimpin  politik yang nyata rasuah dan  pernah di penjarakan. Malahan di adakan satu upacara  bagi menyambut  kepulangan yang baru keluar penjara.

Hendak di katakan di kalangan mereka ini terdiri  8 kategori  golongan yang asnaf menerima zakat jauh sekali, kerana jumlah pencen dan pendapatan mereka lebih RM4000 sebulan. Mereka sanggup seperti burung kedidi apabila berdepan dengan si tuan menerima sumbangan.

Bagitulah negara kita hari ini ada yang sanggup menjadi seperti anjing suruhan, anjing pemuja,anjing pembela demi tuan yang di kategori seolah-olah  mengambil tugas Allah yang memberi rezeki. Menjadikan dialog dalam filem P.Ramlee,Ahmad Albab” rezeki bukan dari Allah rezeki datang dari bapak”.

Ada juga diantara kita apabila di ajukan soalan kenapa ada yang bagitu sayang kepada mereka yang dianggapnya pemimpin itu, sehingga sanggup menyimpan tali hayat politiknya ,dengan nada garang yang berjiwa Hang Tuah,menjelaskan bahawa “bukan sayang, hendak negara ini aman”. Bermakna menyokong dan memujanya itu akan  melahirkan keamanan.  Bermaksud tidak memuja  pemimpin kerajaan yang ada sekarang, melahirkan negara huru-hara.

Ketika catatan ini di buat, ‘debat hang jebat” sedang berlaku melalui media, terutama media portal internet yang debat tersebut membicarakan berkaitan fakta benar pembaziran yang dilakukan oleh orang sepatutnya tidak  ada hak berkaitan aktivitinya,namun sikapnya, berterusan menjadikan  hak kerajaan bagai harta keluarga 'mak dan bapaknya'.

Proses melahirkan rakyat yang berfikiran positif berkaitan pembentukan kerajaan selain kerajaan yang sedia ada masih sukar untuk di implementasikan.Lebih tepat lagi kerajaan yang sedia ada perlu dikekalkan sampai bila-bila. 

Rugi kita sebagai rakyat Malaysia yang di hidangkan stail pemerintahan yang sama lebih 58 tahun.Negara luar yang pemikiran politik rakyat yang matang bersilih ganti pemimpin tertinggi dan kerajaan ,masih mampu mengekalkan keamanan dan kemajuan yang rakyatnya sentiasa mencipta pelbagai inovasi dalam kehidupan untuk manusia dunia..Tidak perlu menjadi gila seperti negara-negara islam timur tengah untuk memilih pemimpin atau kerajaan, yang kita ketahui faktor sejarahnya tidak pernah aman.

Keadaan dalam negara ini sekarang, hanya berjaya mewujudkan  suasana pembangkang dalam persidangan parlimen, yang nyata tidak menguntungkan rakyat kerana apa yang disuarakan oleh Jebat dalam parlimen dinafikan  oleh mereka yang berkuasa ,dengan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

222 orang dalam parlimen hanya di gunakan untuk mencipta undang-undang yang bersifat, mengawal pergerakkan rakyat, undang-undang melindungi kerajaan digugat,dan melindungi individu dalam kerajaan .

Wednesday, June 8, 2016

MCA ke,MIC ke, DAP ke = sama

MCA ke,MIC ke DAP ke = sama


Menambah baik kuasa mahkamah syariah,menambah baik undang-undang islam tidak kira usaha mempraktikkan hukum hudud atau sebarang hukum islam, saya percaya sebagai seorang islam yang siuman dan beriman serta berfikir positif  berkaitan agama Allah itu, akan terus memberi sokongan perlaksanaannya.

Usaha Tuan guru Haji Hadi tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini. di parliman mestinya disokong oleh semua orang islam ,tidak sepatutnya  ada seorang pun di kalangan orang melayu islam bersuara bagi pehak kafir.

Biarkan  niat Haji Hadi (PAS) dan UMNO berkompromi bagi tujuan menarik hati pengundi di pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,atau cuba mengalih pelbagai isu negara namun apa yang penting, kita  yang islam tetap menyokongnya kerana berkaitan urusan agama Allah. 

Ketepikan kepentingan parti dan individu terutama parti Amanah yang masih belum teruji serta fikirkanlah strategi untuk pilihanraya lebih  besar atau pilihanraya umum akan datang.Tidak sewajarnya ada dikalangan orang islam dari parti Amanah membuat protes menyertai orang-orang cina yang tidak menyokong islam.

Satu kesilapan besar orang melayu bernama Khalid Abdul Samad dan partinya, yang berterusan menetang . Belum lagi di bahaskan undang-undang hudud di parliman, cuma mahu di bincangkan menambah baik kuasa mahkamah , sikap Khalid turut berada di belakang orang bukan islam.Saya rasa disinilah bermulanya sikap muak orang melayu terhadap Khalid dan partinya.

Pedulikan pemimpin kanan MIC dan MCA cuba mengugut kerajaan hendak letak jawatan dan keluar parti, kerana sikap mereka  ini tidak menghuru-harakan negara. Mahkamah syariah adalah untuk proses undang-undang bagi orang-orang islam, mereka yang kafir atau tidak islam tidak perlu melibatkan diri atau cuba-cuba melahirkan prihatin.

Ketakutan orang melayu islam terhadap tindakan rakyat yang bukan islam di negara ini,jangan sehingga usaha-usaha melahirkan ketaat kepada Allah terjejas.Orang islam di negara ini belum lagi ada usaha atau melahirkan sikap campor tangan berkaitan aktiviti kepercayaan mereka.

Kita semua tahu semua orang cina kafir tidak kira DAP,MCA dan Gerakan atau india kafir MIC atau DAP tidak akan adanya menyokong orang islam di Malaysia ini.Sedia maklum bukan bangsa cina dan india sahaja menentang bahkan orang melayu sendiri ada ramai  seperti Ahli Parliman Shah Alam.

Kita tidak bersetuju Haji Hadi membuat kenyataan mengkhususkan DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam.

Dia takut hendak menyebut orang cina di kalangan MCA yang juga turut biadab kerana menyinggung perasaan rakan barunya UMNO. Biarlah  keikhlasan hati haji Hadi di nilai Allah sendiri berkaitan sikap ‘double standard’ ini.

Parti Amanah akan dapat malu besar kiranya partinya bertanding pada kedua-dua PRK ini kalah dengan majoriti yang besar atau hilang wang pertaruhan.Sudah pasti mod pilihanraya akan datang terjejas atau mengaibkan. Tidak keterlaluan  ada yang mengatakan bahawa Parti Amanah perlu ukur baju di badan sendiri.

Sekarang ini orang melayu telah bertambah sukar untuk menguruskan agamanya dan bangsanya kerana rasa tidak puashati berterusan berlaku dikalangan rakyat yang ada di negara ini,kerana kesemua mereka merupakan warganegara yang berhak apa yang melayu perolehi maka semestinya mereka juga ada hak.

Kesilapan siapa berkaitan sikap bangsa-bangsa lain biadab terhadap agama orang melayu iaitu islam.Tentunya kita meletakkan kesalahan kepada benak otak mereka ini Tungku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Hussin Onn,Mahathir Mohamad dan di teruskan oleh Najib Razak yang berlumba-lumba mengambil hati bangsa-bangsa ini dengan mengorbankan kewarganegaraan,kewangan dan tolenrasi politik.