Monday, June 13, 2016

sanggup tersungkur bagi yang memuja




Melihat kepada apa yang terpampang dalam media  terutama media elektronik bebas,yang pro semangat Jebat,amat nyata manusia sanggup menjadi penjilat ,demi pangkat,jawatan dan  habuan wang.

Kita jarang melakukan sifat-sifat,tunduk mencium tangan,menjadi sifat’ humble ‘ serta memuji dan memuja ini terhadap keluarga kita, tetapi kepentingan politik  dan status jawatan, kita sanggup tersungkur menyembah tanah bagi melahirkan kasih sayang kepada seorang yang dianggap tuan.  

Ada di kalang kita sebagai manusia dek kerana pegangan politik,terus teruja apabila di berikan setiap kali raya aidilfitri, sumbangan persenol sebanyak  RM 500 dan beberapa guni  beras berat 10 kg   sanggup memuja dan terus setia kepada pemimpin  politik yang nyata rasuah dan  pernah di penjarakan. Malahan di adakan satu upacara  bagi menyambut  kepulangan yang baru keluar penjara.

Hendak di katakan di kalangan mereka ini terdiri  8 kategori  golongan yang asnaf menerima zakat jauh sekali, kerana jumlah pencen dan pendapatan mereka lebih RM4000 sebulan. Mereka sanggup seperti burung kedidi apabila berdepan dengan si tuan menerima sumbangan.

Bagitulah negara kita hari ini ada yang sanggup menjadi seperti anjing suruhan, anjing pemuja,anjing pembela demi tuan yang di kategori seolah-olah  mengambil tugas Allah yang memberi rezeki. Menjadikan dialog dalam filem P.Ramlee,Ahmad Albab” rezeki bukan dari Allah rezeki datang dari bapak”.

Ada juga diantara kita apabila di ajukan soalan kenapa ada yang bagitu sayang kepada mereka yang dianggapnya pemimpin itu, sehingga sanggup menyimpan tali hayat politiknya ,dengan nada garang yang berjiwa Hang Tuah,menjelaskan bahawa “bukan sayang, hendak negara ini aman”. Bermakna menyokong dan memujanya itu akan  melahirkan keamanan.  Bermaksud tidak memuja  pemimpin kerajaan yang ada sekarang, melahirkan negara huru-hara.

Ketika catatan ini di buat, ‘debat hang jebat” sedang berlaku melalui media, terutama media portal internet yang debat tersebut membicarakan berkaitan fakta benar pembaziran yang dilakukan oleh orang sepatutnya tidak  ada hak berkaitan aktivitinya,namun sikapnya, berterusan menjadikan  hak kerajaan bagai harta keluarga 'mak dan bapaknya'.

Proses melahirkan rakyat yang berfikiran positif berkaitan pembentukan kerajaan selain kerajaan yang sedia ada masih sukar untuk di implementasikan.Lebih tepat lagi kerajaan yang sedia ada perlu dikekalkan sampai bila-bila. 

Rugi kita sebagai rakyat Malaysia yang di hidangkan stail pemerintahan yang sama lebih 58 tahun.Negara luar yang pemikiran politik rakyat yang matang bersilih ganti pemimpin tertinggi dan kerajaan ,masih mampu mengekalkan keamanan dan kemajuan yang rakyatnya sentiasa mencipta pelbagai inovasi dalam kehidupan untuk manusia dunia..Tidak perlu menjadi gila seperti negara-negara islam timur tengah untuk memilih pemimpin atau kerajaan, yang kita ketahui faktor sejarahnya tidak pernah aman.

Keadaan dalam negara ini sekarang, hanya berjaya mewujudkan  suasana pembangkang dalam persidangan parlimen, yang nyata tidak menguntungkan rakyat kerana apa yang disuarakan oleh Jebat dalam parlimen dinafikan  oleh mereka yang berkuasa ,dengan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

222 orang dalam parlimen hanya di gunakan untuk mencipta undang-undang yang bersifat, mengawal pergerakkan rakyat, undang-undang melindungi kerajaan digugat,dan melindungi individu dalam kerajaan .

No comments:

Post a Comment