Setuju -seandainya saya seorang Perdana Menteri saya memilih mereka dikalangan yang memang sehaluan dan menunjukkan jari
tidak ada yang menghalang sebarang tindakan dan tidak peduli apa orang lain kata kerana saya
berkuasa. Saya mencari penasihat yang selari dengan otak saya supaya senang
bekerja jujur atau terlanjur.
Bagitu juga kiranya saya dipilih
oleh seorang PM dilantik bekerja dengannya, sudah tentu tidak menolak kerana
rezeki naik pangkat.Berapa ramai wakil rakyat
kecundang dalam mengejar cita-cita
hendak jadi,PM,Timbalan PM dan menteri.Menunggu berapa penggal mengidamkan
jawatan itu namun tidak terlantik.
Saya tidak akan timang-timang sia-sia
seseorang yang berkuasa, asalkan apa yang saya lakukan mendapat habuan. Itukan
lumrah manusia. Tidak menjadi kesalahan saya dilantik sebagai pengganti jawatan mereka yang dipecat Timbalan PM, atau
menteri kerana bukan salah saya .Saya
hanya melorongkan diri untuk dipilih tidak suruh pun PM pecat sesiapa.
Hari ini Allah telah takdirkan
kami terlantik menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet Najib -,Alhamdullilah,
satu sukses dalam hidup dan karier politik kami. Satu peluang yang tidak akan
berulang. Sungguh kami gembira, dengan menyatakan
merupakan satu tanggungjawab bukan habuan membodek.
Kami bekerja mengikut
kemampuan,serupa menteri-menteri dan Timbalan PM yang sebelum ini.Bukan susah,
cakap apa yang perlu dibuat. Cukup tiga tahun, kalau PM, nak tarik balik .
Silakan . Pencen Timbalan PM dan menteri sudah pasti melekat dan menerima
ganjaran lumayan .
Seandainya Najib tarik kembali
jawatan kami selepas beberapa bulan,silakan. Merupakan satu musibah,Innalilah hiwainnailaihirajiun.
Barangkali itulah hati-hati
mereka yang di pilih Najib bermula 29hb.July 2015. Mereka kelihatan tersenyum jalan
beriringan dengan Najib terutama yang di lantik ke jawatan Timbalan
Perdana Menteri menuju ke majlis angkat sumpah .
Tidak seorang pun boleh menafikan
kegembiraan individu yang terlantik, kerana tidak ada seorang pun berani mencipta sejarah,ada individu menolak perlantikan,
dengan alasan beratnya tanggungjawab,tetapi sebaliknya ada yang bercakap , “bekas timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianati parti”
Sebagai sahabat dalam satu parti
sepatutnya Timbalan PM dan menteri yang
di lantik menolak perlantikan oleh Najib dengan alasan Mahyuddin masih lagi
Timbalan Presiden UMNO dan tidak ada cacat celanya menjalankan tugas sebagai
TPM. Beliau bukan mengkhianat parti tetapi menegur serta menasihat individu
berkuasa dalam parti.
Menolak perlantikan diantara satu
langkah mengelakkan perpecahan dalam parti. Enggan terima jawatan, yang kecewa
hanya seorang individu yang melantik,manakala menerima jawatan mereka yang di
pecat akan mengeruhkan suasana perasaan yang ramai tidak setuju.
Kita maklum Najib tersentak
dibuat oleh cakap-cakap Mahyuddin
kebelakangan ini. Itu pun mungkin satu pandangan yang bersifat menjaga
keharmonian kabinet, berikutan Najib terus senyap apabila media asing
melontarkan tuduhan terhadap diri Najib sendiri. Najib pula bersikap negatif
mungkin menganggap Mahyuddin tidak sabar hendak jadi PM atau tidak ada lagi
kerjasama berpasukan.
Bagitu juga menteri-menteri yang baru dicadangkan untuk menggantikan menteri
yang sedia ada sepatutnya menarik diri dari menggantikan khidmat mereka yang
sedang bertugas. Kedaan ini biarlah sehingga pilihanraya akan datang.
Kelemahan rakyat Malaysia adalah
berkaitan meletak jawatan secara sukarela sebagai bukti bertanggungjawab
kelemahan diri memberi khimat kepada rakyat dan menolak perlantikan kerana
galasan tugas.Budaya rakyat Malaysia menerima sahaja apa sahaja tugas atau
jawatan yang diberikan sama ada satu,dua atau lebih walhal luar kemampuan .
Sebagai orang islam peristiwa
Israk dan Mikraj menggambarkan budaya rakyat Malaysia ini, di jelmakan melalui lelaki
yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah
lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah
tetapi masih menerima amanah yang lain.
Saya percaya semua yang baru
dilantik bukannya kenaikan pangkat kerana kehebatan atau ke cemerlangan
melaksanakan tugas. Sedia maklum mereka
yang dilantik telah melahirkan komitmen pembelaan ke atas Najib
sekurang-kurangnya sekali melalui media.
Pembelaan ini akan menjerat leher
mereka yang terlantik untuk melahirkan objection apabila PM melakukan
kesalahan. PM manusia biasa.Nanti tahulah nasib mereka dilakukan oleh Najib sebagaimana Muhyiddin Yassin,Hassan
Malek, dan Shafie Afdal.
Kita semua tahu kabinet ini
merupakan kabinet pak turut yang tidak berani bersuara sama ada di luar atau
dalam kabinet. Najib melantik mereka yang di perkira membolehkan mengekalkan
jawatannya sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang.
Kesimpulannya –banyak perkara
tidak baik ,dari yang lebih baik berkaitan sikap Najib bertindak memecat dan
melantik anggota kabinetnya. Meneruskan perpecahan di kalangan ahli UMNO.Tidak
ada seorang manusia dalam dunia ini akan tersenyum apabila terkejut dan hatinya
sakit.
.
No comments:
Post a Comment