Bercakap mengenai golongan yang menggelar diri
ulamak dalam PAS dan ada satu unit khas mengaku ulamak telah memenangi
pemilihan parti. Golongan ini bersama perwakilan telah membuat keputusan
yang dianggapnya bijak memilih hanya satu spisis dalam PAS.
Golongan lain yang mungkin mengetahui pelbagai
ilmu dalam parti islam itu, tidak terpilih oleh
pewakilan muktamar, kerana perwakilan merasakan mereka ini tidak
diperlukan untuk menghidupkan parti.Mentadbir yang ada berunsur islam
sekurang-kurang seseorang itu bertaraf lobai, kalau pun tidak bergelar
ustaz atau lebih hebat tuan guru.
Satu kesilapan besar telah dilakukan oleh
pewakilan muktamar kerana bermuafakat memilih mereka yang berketayap putih dan
berserban menguasai parti itu,dan menutup peluang mereka yang bersongkok atau
tidak pakai apa-apa alas kepala, menyertai kepimpinan pada 2015-2017. Nyata mereka belum dijual dahulu ,maka
dibeli.Perlantikan selepas pemilihan merupakan mencabar kewibawaan moral
mereka yang bertanding kalah.
Sebulan-dua sebelum pertandingan merebut jawatan
kepimpinan,melihat kepada mood calon-calon yang berjuang dan kalah dalam
pemilihan amat teruja hendak mencurahkan bakti untuk memajukan -segarkan parti mengikut trend semasa. Namun mereka ini bersilat didepan sibuta..
Kebijaksanaan perwakilan memilih, di nilai melalui
keseimbangan calon yang terpilih terdiri dari semua golongan kalangan mereka.Tidak
perlu menggunakan sentiment kempen atau kehendak nafsu suara hati.
Tiga perkara perlu ada ,berhambakan tangan,bersaksikan mata,berhakimkan hati. Apa yang
berlaku terhadap pemilihan dalam
muktamar PAS adalah sebaliknya hanya berdasar kempen dan trend atau
kehendak calon popular .Sikap yang
diambil pewakilan seolah-olah tidak pedulikan mereka yang sederhana dalam
bertindak dan berhujah.
Kesal juga mereka yang terkorban di muktamar
pemilihan adalah terdiri dari mereka yang telah nampak kelibat jasa mengemudi
pelayaran parti menempuh ranjau beberapa tahun berlalu,terutama semasa
pilihanraya ke 13 yang membawa kecermerlangan kejayaan PAS seluruh Malaysia.
Sejak November 1951 belum pernah PAS secemerlang
2013 mengharungi pilihanraya persekutuan. Mat Sabu,,Khalid Samad,Hanipah
Maidin,Mujahid,Hatta Ramli dan Mahfuz Omar dan mereka yang bernafsu bertanding,
muktamar ke 61 tetapi tidak terpilih, adalah merupakan penyumbang kehebatan PAS
2013. Muktamar kali ini menjadikan mereka
semua umpama digenggam takut mati,di lepas takut terbang.
Mermutabatkan hudud,membatalkan harga petrol
,memusnahkan GST dan lain-lain yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang, yang
kita tidak suka, memerlukan PAS memerintah negara. Suasana di Malaysia hari ini
tidak membenarkan PAS mentadbir negara. Nyata dan jelas apa yang di katakan
mustahil PAS boleh bersendirian melahirkan Perdana Menteri dan kabinetnya.Umpama asyik memangku tangan,mati dalam
angan-angan.
Apakah, wakil rakyat PAS hanya cukup sekadar
bercakap berdegar-degar dan menjerit di parlimen tetapi tidak dipedulikan oleh
pemerintah yang berkuasa apa yang suarakan.
Sekiranya kepimpinan PAS sekarang menuju kearah bersendirian yang mengenepikan
parti-parti lain sama ada kafir atau separuh muslim – tidak usah bercakap
berkaitan parti kearah progresif, nescaya pada adatnya parti mencapai pasif,beku dan kurang aktif
sebagaimana sebelum menyertai pakatan.
Kewibawaan parti politik yang mengharapkan orang
melayu sebagai penyokongnya, terlalu mencabar dan perlu strategi kerana orang
melayu telah berpecah kepada dua parti besar iaitu UMNO dan PAS serta sedikit
PKR. Melayu UMNO mungkin sudah kukuh karatnya kerana disumbat dan dibakar mindanya
unsur kaum “melayu UMNO untuk melayu Malaysia”.Masyarakat Felda dan kampung-kampung melayu tradisional terlibat.
Sejarah sekadar memenangi satu atau dua kerusi parlimen akan
berulang kiranya pendekatan yang dipersetujui oleh pewakilan parti ingin
diteruskan dan kepimpinan tidak mengambil kira rekod, ada atau tidak pelanggaran
dasar parti dicemarkan oleh rakan pakatan.
Setakat hari ini yang kita tahu rakan pakatan
hanya melontarkan pandangan peribadi atau seorang atau dua orang ahli parti
lain mengulas beberapa perkara dasar islam yang dia sendiri tidak mendapat
penerangan lanjut.
Biar kita terus bersabar dalam satu kelompok
walaupun ada dalam kelompok kita tidak menyumbang faedah. Dalam pemikiran kita
selalunya menganggap kita sahaja berfaedah untuk orang lain.
Calon wakil rakyat, yang parti telah mencalonkan
beberapa kali pilihanraya, tetapi tidak pernah sekali pun memenanginya,walaupun
tokoh yang dicalon merupakan calon favourite
apakah ini menyumbang faedah kepada parti. Sekadar memenuhi carta organisasi
tidak semesti ada menyumbangkan khidmat atau satu manafaat kepada parti.
Mencari titik persefahaman kembali semua ahli
adalah lebih penting dan bersalaman-salaman dalam pakatan diteruskan.Mereka
yang menang dalam pemilihan perlu bermusyawarah dengan
yang kalah. Bukan yang kalah mencari yang menang.
Setakat ini masih tidak ada
usaha yang tahniah menghulurkan
tangan kepada yang takziah.
Mereka yang kalah terbiar membawa diri yang menghampiri serta melambai-lambai perpecahan
parti.Jangan mereka-reka istilah parasit dan menggunakan barua untuk mereka yang tidak setuju dengan kita.Tidak ada yang sempurna.Kita berpotensi jadi parasit atau jadi barua.
Perpecahan untungkan PAS sekiranya penubuhan
parti baru lanjut usianya kira-kira sekali pilihanraya. Kerugian kepada PAS
kiranya parti baru akan menjadi pesaing terdekat semasa pilihanraya dan kesegarnya mengatasi parti yang berusia lebih 64 tahun.Jangan melepaskan tanggapan yang mereka keluar parti lama dan menubuhkan parti baru tidak akan mendapat sambutan.Jangan apply kesilapan sebalikya membaiki kesilapan.
PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
ReplyDeleteMEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.
Duvid ka maruah ka
Pak lebai PAS memang sudah menempah kesilapan sebab anak muda seperti saya sememangnya tidak akan lagi menyokong PAS dalam PRU14 nanti dan mungkin juga pemuda-pemuda seangkatan dengan saya berbuat demikian jika dilihat dari gelagat pemimpin yang tidak konsisten dalam membuat keputusan pabila bercakap.
ReplyDelete