Padan muka orang melayu masih
perasan negara ini dia yang punya.Islam agama negara nya dan boleh memperlekehkan agama lain.Masih ingin menjadikan
sultan berkuasa macam zaman hang tuah.Ada istilah durhaka dan taat setia.
Melayu yang bertuankan UMNO lupa
57 tahun lalu buat perjanjian secara tangkap muat kerana tak menyempat-nyempat ghairah
hendak merdeka.Beri semua bangsa yang ada dalam negara ini kerayatan dan warganegara.Melayu
lupa bila sudah jadi warganegara taraf
haknya sama seperti dia mengaku bumiputra.Malahan boleh muafakat sesama
dia dan campakkan nama itu dari kamus
istilah.
Melayu masih bermimpi kisah, masam-masam manis dengan status keling botol dan peranan apek cina dalam Ali baba bujang lapok
dengan 40 penyamun.Lupa melayu UMNO telah menganugerahkan mereka kad pengenalan biru.
Sekarang melayu baru tahu rajanya
tidak ada kuasa hendak menghalang bangsa dan agama selain dari melayu dan islam
melakukan aktiviti.Melayu baru mula sedar sekarang ini, macam pak kadok terus
bersorak tapi kampung dah tergadai dan melompat-lompat terlalu suka sehingga
tidak sedar orang menggelakkan kainnya terlondeh.
Melayu sudah lupa dedalu sudah
penuh sebatang pokok dan pokok asal telah ditelan beringin. Api dapur telah mula hendak membakar rumah. Entah mana hendak
mengadu sultan sudah mula buat tidak tahu, kerana berbuih bertitah ,tidak
dipedulikan kerana hambanya sudah kaya
dari tuan . Hanya melayu yang terus melutut.
Rakyatnya yang 57 tahun
lalu bersikap “ampun tuanku! ampunkan patik tuanku !,sekarang ini telah
mula “sultan siapa ? ,berani menunjukkan isi buku undang-undang negara.Terus
mencabar berdasarkan kelemahan undang-undang yang dicipta oleh rombongan melayu
ke tanah kolonial. Melayu PAS ke, atau Melayu Keadilan yang bertanggungjawab.
Sekarang ini bukan sahaja bangsa melayu
yang menyeluk perkasam dalam tempayan yang sama, tetapi
bangsa cina dan bangsa india turut serta menyeluknya ,cuma belum tarik tangan ke
atas menikmati baunya.Mereka mendakwa ada hak terhadap perkasam tersebut.
Bangsa Melayu tidak usah
mengelamun sejarah bangsa yang mengatakan tidak
akan melayu hilang di dunia sebaliknya berfikir bagaimana hendak
menyelamatkan kuasa kedaulatan bangsanya, terus dicabar oleh bangsa lain, hasil
kemurahan hati pemimpin bangsanya 57 tahun lalu.
Melayu perlu lenyapkan perkara “Tiada
undang-undang untuk dakwa penderhaka”, menggantikan –“ "hukum mandatori penderhaka titah sultan boleh diusir dari negara ini”.Kesemua
masalah bangsa melayu berkaitan agamanya,undang-undangnya dan kuasa tuannya,
boleh di kembalikan kiranya melayu duduk satu lorong,berumahkan sebuah
rumah,berjemaah satu meja dan berlenggang satu lenggang.berbaju satu warna.
Apa yang kita sedihkan ialah
melayu masih belum sedar,tanah beralih tuan,sultan kehilangan kerisnya,penulis
dirampas pennya,masjid dikurung imamnya.
Inilah akibatnya pemerintah islam yg amat keberatan ataupun menolak untuk mendaulatkan undang2 islam. Undang2 ciptaan manusia diletakkan lebih tinggi berbanding undang2 Pencipta, maka terjadilah apa yg berlaku sekarang ini
ReplyDelete